Ikuti Blog ini

Rakyat Patut Hukum Siapa Ahli Parlimen Yang Menyokong Rang Undang - Undang Yang Menindas dan Menutup Ruang Demokrasi



Kenyataan Media

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

23 November 2011


Menyebut pembentangan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman di Dewan Rakyat kononnya bagi menjamin kebebasan berhimpun adalah retorik terbesar Kerajaan Najib Razak dalam merealisasikan apa yang dikata 'Transformasi Politik'. Memang ianya suatu transformasi, tetapi malangnya ia menuju ke arah yang lebih negetif apabila satu demi satu hak rakyat dinafikan terutamanya dalam tajuk berhimpun.

Rakyat negara ini seolah-olah diijanjikan sebuah sinar harapan apabila beberapa langkah Kerajaan Malaysia termasuklah pemansuhkan akta keselamatan dalam negeri (ISA), namun akhirnya rakyat sekali lagi ditipu atas nama transformasi Barisan Nasional apabila akta tersebut masih lagi digunakan di Sabah baru-baru ini menahan antaranya dikenali sebagai aktivis PAS.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memandang serius pembentangan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman, melihat pembentangan RUU ini sebagai satu perangkap yang licik. Tiada lagi perhimpunan akan diberi laluan kepada pihak yang dicop berfahaman politik yang menentang dasar kerajaan walaupun perhimpunan itu di dalam kawasan persendirian, maka tiada lagi ceramah umum akan dibenarkan. Kita sebenarnya menuju ke pemerintahan kuku besi dalam bahasa lunak yang dicanang kerajaan pemerintah.

SAMM menyarankan semua pihak mengambil sikap berhati-hati dan setiap langkah kerajaan itu harus diterjemah dengan lebih berhati-hati kerana rakyat sudah muak untuk ditipu berkali-kali dan terus ditipu lagi. Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman secara halus akan menyekat ruang demokrasi buat rakyat. Inikah Transformasi politik yang dilaungkan oleh Najib Razak? Ia lebih mencengkam dan menafikan ruang demokrasi dari undang-undang sebelum ini (akta polis) sebelum ini.

Akhirnya bila penguasa menggunakan undang-undang untuk menindas rakyat, perlawanan menjadi wajib. Lebih kuat rakyat ditekan dan dicengkam oleh regim pemerintah, maka secara langsung dan tidak langsung ia memupuk api kemarahan lalu semangat perlawanan itu meruncing ke penghujungnya. Rakyat harus sedar negara sedar mengundur kebelakang dalam perbagai bidang termasuk menutup ruang demokrasi. bangkit dan hentikan segera sebelum terlambat.

Pergerakan anak muda SAMM berpendapat, Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman yang akan dibentangkan ini satu lagi proses penipuan regim penguasa. Rakyat diseru bangkit. Ahli parlimen yang menyokong rang undang-undang seperti ini harus dihukum.

Che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

revolusi13
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .