Ikuti Blog ini

PM Najib disambut pulang dari Mekah dengan buku baru terbitan Umno..

PM Najib dan isteri kedua kesayangannya bersama rombongan yang baru pulang dari menunaikan haji telah disambut dengan buku baru terbitan dari puak-puak Umno yang secara kerasnya mahu PM Najib melepaskan jawatan PM dan Pengerusi Umno yang disandangnya. Dia dapat jawatan tu pun bukan dengan cara bersusah payah menang dalam pertandingan pun, cuma dapat lepas mantan PM yang dulu, Pak Lah didesak melepaskan jawatan.

Kini apa yang Pak Lah rasai, turut sama dia rasai. Dulu, pecacai-pecacai dia yang desak Pak Lah melepaskan jawatan bila Umno/BN terlepas banyak negeri kepada Pakatan Rakyat dan majoriti 2/3 dalam Parlimen. Kini, puak-puak pecacai Muhyiddin pulak yang mendesak.

Buku yang telah diterbitkan itu mendakwa bahawa kepimpinan PM Najib sudah tidak relevan dan harus melepaskan jawatan sebelum PRU 13 demi memastikan Umno terus mendapat sokongan rakyat. PM Najib harus berkorban demi menyelamatkan Umno dan masa depan orang-orang Melayu.

Buku ini telah ditulis oleh Shahbudin Husin, ahli Umno Bahagian Wangsa Maju, Kuala Lumpur antara lain mempertikaikan dan tidak mempercayai lagi kepimpinan PM Naijib yang dilanda pelbagai kontroversi sejak dia mengambilalih jawatan itu dari Pak Lah. Malah buku ini merupakan versi kedua yang merupakan sambungan versi pertama yang berjudul "Tak Berubah, Faktor Rosmah dan pola Sarawak petanda BN the End ... Najib Perdana Menteri Terakhir". 

Isi kandungan buku tersebut menceritakan bahawa dengan memenangi PRU 13 dengan majoriti 2/3  sahaja akan meyakinkan akan kredibiliti PM Najib namun perkara itu dilihat sebagai sesuatu yang amat mustahil untuk dicapai walaupun pelbagai lakonan dan drama telah dipertontonkan kepada rakyat kerana rakyat kini terdiri dari kalangan yang bijak pandai dan tahu menilai. 

Percubaan Najib untuk memikat hati rakyat dengan memansuhkan ISA, memberi gula-gula dalam Bajet 2012, naik bas di Perak dan berbasikal di Penang dan macam-macam lagi dilihat gagal membuahkan hasil malah menjengkal dia kembali. Rakyat rasa tertipu dengan lakonan Najib apabila berita bini dan anaknya berbelanja mewah hanya dengan membeli perhiasan diri kembali menggemparkan negara.

Dengan menggariskan 19 kesilapan PM Najib dalam buku ini, kegagalan untuk memenangi PRU 13 nanti sudah pasti akan menyebabkan Umno/BN kehilangan kuasa dan kegagalan ini akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada Najib.

Jika itu berlaku, sudah pasti ahli Umno akan mempersalahkan dan tidak akan memaafkan Najib kerana ianya berpunca dari kelemahan dan kegagalan kerana terlalu banyak melakukan kesilapan dan hilang sokongan rakyat.

Banyak tajuk-tajuk kecil dalam buku ini yang menceritakan keburukan dan kesilapan yang telah Najib lakukan sejak bergelar Perdana Menteri Malaysia yang keenam. Yang nyata desakan ini sedikit sebanyak mewakili suara hati dari akar umbi yang mahu Najib berundur secara terhormat sebelum tersungkur dengan lebih hina lagi.

Penulis buku ini tidak mahu Umno/BN tersungkur gara-gara PM Najib yang tidak mampu untuk mentadbir walau keluarga, inikan pulak negara yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Gara-gara rakyat menolak Najib, sekali dengan Umno/BN turut terhumban dan dikuburkan dalam PRU 13 yang akan menyusul sedikit waktu lagi.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .