Adam Adli has not broken any laws of the country by lowering the 'Najib flag'. In fact, he should be lauded for courageous stand in the cause of student freedom and university autonomy. In the face of aggressive UMNO and government attacks upon him, Adam has stood firm and unflinching. UPSI has utterly disgraced itself, by toeing the government line and persecuting Adam.
Walaupun ditekan hebat termasuk menerima ancaman ugutan bunuh, pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim, tetap bertekad untuk meneruskan perjuangannya menuntut kebebasan mahasiswa di negara ini.
Walaupun sedar jalan yang ditempuhinya itu amat rumit, tetapi beliau dan rakan-rakannya dari kalangan mahasiswa tetap akan meneruskan perjuangan mereka sehingga pihak Kerajaan BN sendiri sedar dengan kesilapannya selama ini.
Menurut Adam, Kerajaan BN perlu sedar para mahasiswa juga mempunyai hak untuk bersuara dan tidak selamanya boleh dikongkong dengan pelbagai sekatan termasuk menerusi Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang telah dilaksanakan sejak sekian lama di negara ini.