DUNGUN  -  Empat orang mahasiswa melakar sejarah politik negeri Terengganu  apabila mereka berucap di khalayak ramai dalam Majlis yang dianjurkan  oleh pertubuhan bukan kerajaan WARIS, disini pada Sabtu 14 Januari.Pengerusi BEBAS (Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik) Safwan Anang menuntut di Universiti Malaya, Ketua Koordinator Legasi Mahasiswa Progresif, Adam Adli Abdul Halim dari UPSI, Khairul Naim dari Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) UiTM dan Ehsan Bukhari dari Universiti Selangor (UNISEL) dengan berani menyuarakan hasrat mereka dan menyeru rakyat menumbangkan regim Umno dan Barisan Nasional.
[Gambar kanan atas - Safwan menunjukkan gaya, bagaimana beliau mengoyak kertas kebenaran hospital yang bersekongkol dengan polis, merakam 'curi' gambarnya, ketika beliau terlantar di hospital setelah di belasah pada peristiwa UPI berdarah]
Keempat-empat  mereka berkongsi dengan ribuan hadirin, bagaimana mereka diperlakukan  dengan zalim oleh ‘Sang Penguasa’ dalam himpunan aman yang di adakan di  UPSI pada malam tahun baru 2012.[Gambar kiri atas - Adam menunjukkan isyarat 3 dengan jarinya, dengan tegas mengatakan, ia akan kembali selepas digantung oleh UPSI, untuk meneruskan perjuangan menuntut hak dan kebebasan mahasiswa]
Safwan digelar sebagai siswa yang diterajang oleh polis, Adam digelar sebagai penurun bendera Najib serta dua rakannya, sedang mengadakan jelajah ke seluruh Negara.
Adam yang telah digantung dari pengajiannya selama tiga semester pada 9 Janurai lalu memberi amaran, bahawa mahasiswa akan bangkit bersama Solidariti Mahsiswa Malaysia meneruskan kebebasan akademik.
Katanya, jika seorang mahasiswa tumbang, seratus yang lain akan bangkit, meneruskan perjuangan! -BO


