Pakatan Rakyat telah memulakan Konvensyen Bersejarah pada tepat jam 9.30 pagi dengan ucapan aluan oleh Dato' Mahfuz dan dimulakan ucapan pembukaan oleh YB Senator Tunku Aziz.
Majlis diteruskan dengan ucapan pembakar semangat oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan diikuti oleh Timbalan Keadilan, Azmin Ali.
LAPORAN TERKINI
10.25 - Keberangkatan Pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat, DS Wan Azizah, Datuk Seri Haji Hadi, TG Nik Aziz Nik Mat.
10:35 - Konvensyen dimulakan dengan luahan hati Rakyat yang diwakili dari pelbagai peringkat, dimulai oleh wakil Felda,wakil Penjawat Awam (Brid.General Hadi Katab), wakil Sabah (Tan Sri Simon Sipauan), wakil Sarawak dan golongan Budayawan, (Sdr Dinsman) yang mengharapkan hubungan rapat dengan ahli budawayan.
11:30 - Konvensyen diteruskan lagi dgn luahan hati dari golongan Akademik (Prof.Dr.Nazari Ismail) berucap mengenai negara impiannya. Disusuli dengan pandangan dari wakil NGO, Dato' Ambiga yg menyatakan beberapa isu termasuk rasuah negara. Perwakilan terakhir diwakili oleh wakil Mahasiswa,Sdr Akram Ikrami yang membicarakan soal mahasiswa, universiti dan anak muda.
12:00 - Sessi ketiga - Perbahasan Perwakilan oleh 5 wakil Pimpinan Pakatan Rakyat :
1. YB Dr Dzulkefly Ahmad
2. Tuan Hj Suhaimi Said
3. Tan Sri Khalid Ibrahim
4. YB Anthony Loke
5. YB Dato'Paduka Husam Musa
15:00 - Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat berada di atas pentas Konvensyen dengan keyakinan yang baru untuk memimpin perubahan dalam PRU 13.
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Konvensyen Pakatan Rakyat dan disambut dengan laungan "Reformasi!"
15:10 - DS Anwar Ibrahim, YAB Tuan Guru Dato' Nik Aziz, YB Tuan Guru Haji Hadi Awang, YB Lim Kit Siang, CM Guan Eng dan DS Wan Azizah bersedia untuk memberi ucapan.
15:15 - Bacaan ikrar di konvensyen Pakatan Rakyat.
Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Suka Menanti, Alor Setar penuh sesak dengan perwakilan dan pendukung Pakatan Rakyat.
15:20 - Ucapan DS Wan Azizah
15:50 - CM Guan Eng selesai berucap. Katanya DSAI sudah bebas dari kezaliman UMNO. Kini kita perlu bebaskan Malaysia dari parti ekstrimis UMNO
16:00 - Tuan Guru Hadi Awang memberi ucapan
16:20 - Lim Kit Siang menegaskan sekarang ini kita memasuki "Malaysian Spring". Beliau juga berkata Pakatan Rakyat akan membela Melayu, agama Islam dan Raja-Raja Melayu.
Lim kit Siang cabar Najib dan Umno terima keputusan PRU13 sekiranya rakyat pilih Pakatan Rakyat.
16:35 - Tuan Guru Nik Aziz berkata antaranya bagaimana ada org Cina di Kelantan mewasiatkan wang usia emas kepada Masjid.
Tuan Guru juga tegas menyatakan sejarah gabungan UMNO-PAS berakhir apabila UMNO menyingkir PAS keluar. Bila dijemput sekali lagi dalam kerajaan perpaduan, saya kata Cis!
16:45 - DS anwaribrahim mulakan amanat dgn dhamir hati. Beliau amat SYUKUR kepada Allah & HARGAI sokongan & doa rakyat. Beliau membawa pesanan cucu Mahatma Gandhi utk hidupkan politik Gandhi iaitu politik berteraskan hati nurani manusia.
DSAI menegaskan jika benar NajibRazak berpegang kpd demokrasi maka pastikan tidak ada sebarang penipuan di PRU yg akan datang. Laksanakan reformasi pilihanraya.
Umno tidak boleh dipercayai memegang amanah negara. "BN tidak boleh diharapkan untuk menjaga amanah khazanah negara…Noktah!!!". Tanpa suara gigih Rakyat dan anak-anak muda pakatan Rakyat, aset Sharizat tidak mungkin dibekukan spt pengumuman Najib tadi.
Anwaribrahim ulangi cabaran debat krisis negara dengan PM NajibRazak. Rakyat semua menantikan Debat Agung PRU ke-13.
17:15 - Fokus kita seluruhnya adalah Pilihanraya. 3 parti Pakatan Rakyat satu pimpinan, satu wadah, satu suara dan satu agenda.
Anggota parti diminta hafal dan dicerakinkan Agenda Pakatan Rakyat.
Umno umpama “Singa Tua yang tidak mempunyai gigi sama sekali”.
Mendokong ketelusan Ketua Menteri P.Pinang Lim Guan Eng. Melayu jenis apa yg hantar kek najis kepada seorang Ketua Menteri? Saya sokong Ketua Menteri kerana dia telus dan bersih.
Budaya Umno adalah menutup rasuah.
Pertembungan nilai diantara PR & BN, nilai pertahan keadilan vs penindasan ke atas manusia, kepelbagaian vs perkauman sempit.
Akhir sekali, Anwar nyatakan Malaysia bersedia untuk "Malaysia Spring 2012" !!!
--------------------------------------------------------------------------------
Pakatan Rakyat yang memerintah empat negeri yang dimenangi semasa pilihanraya pada tahun 2008, berkumpul di sini untuk memuktamadkan pelan untuk pilihan raya ke-13.
Menurut Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad, Pakatan Rakyat perlu cepat memanfaatkan momentum yang diperolehi dari pembebasan Anwar Ibrahim dan segera membina gelombang untuk menggalakkan teras dasar yang bertujuan untuk memenangi sokongan kumpulan pengundi utama.
Konvensyen ini akan memberi tumpuan kepada :
- 4 dasar teras iaitu perkhidmatan awam, Felda, monopoli ekonomi, serta hubungan antara kerajaan persekutuan dan negeri, yang akan membantu meyakinkan pengundi bahawa Pakatan Rakyat adalah "serius untuk berada di dalam kerajaan Persekutuan".
- Mempengaruhi pengundi Melayu, kakitangan awam, kelas pekerja dan rakyat di Sabah dan Sarawak, iaitu blok undi yang agak besar yang dilihat memegang kunci ke Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.
- Menyelidiki secara mendalam “inti” dasar di dalam manifesto Buku Jingga.
- Mengupas kembali keputusan Konvensyen yang pertama iaitu meletakkan prinsip-prinsip yang luas. Dalam konvensyen kedua, Pakatan Rakyat telah melihat pada pelan tindakan.
reformisanakmuda