Ikuti Blog ini

[Wajib Baca] Pakatan Rakyat Janji HAPUSKAN Cukai Pendapatan Bawah RM5 Ribu , Kelantan HAPUSKAN Hutang PTPTN

 
KOTA BHARU - Pakatan Rakyat (PR) berjanji mansuhkan cukai pendapatan kepada individu berpendapatan RM5,000 ke bawah sebulan jika berjaya menguasai negara pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, pendekatan tersebut lebih memudahkan rakyat berbanding Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan Kerajaan Persekutuan.

“Saya merasakan tindakan Kerajaan Persekutuan memberikan bantuan RM500 kepada rakyat berpendapatan RM3,000 ke bawah membebankan. Oleh itu saya cadangkan agar Perdana Menteri, letakkan dasar supaya mereka yang berpendapatan RM5,000 ke bawah dikecualikan cukai pendapatan.

“Tak perlu mengisi borang, mendengar ucapan menteri dan dapatkan tandatangan penggawa dan sebagainya, ini membuang masa, kaedah pengecualian cukai pendapatan saya rasa lebih sistematik,” katanya ketika menghadiri Majlis Pengumuman Pembangunan Kota Bharu Sentral @ Tunjong di Hotel Rennaisance, dekat sini, hari ini.

Majlis perasmian projek usaha sama antara Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Tunjong Development Corporation (TDC) dan Sara- Timur Urban Development Sdn. Bhd. (ST) itu disempurnakan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mengulas mengenai cadangannya untuk menghapuskan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada rakyat Kelantan, Husam yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata, beliau sudah mengarahkan Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) mengenal pasti individu terlibat.

Menurutnya, hutang yang akan dilupuskan itu melibatkan jumlah yang dipinjam oleh pelajar berkenaan sejak tahun 2005 hingga sekarang.

“Negeri lain saya tidak tahu, tetapi di Kelantan kita mempunyai royalti minyak dan ia membolehkan hutang berkenaan dihapuskan,” katanya.

Beliau bagaimanapun menolak dakwaan ia dibangkitkan sebagai modal politik, sebaliknya menyuarakan perkara itu sejak enam bulan lalu, namun tidak mendapat perhatian.-SH
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .