Ikuti Blog ini

Blogger umno dibayar agar bela Jamil dalam isu penyelewengan ZAKAT!



Merujuk kepada sumber di bawah neh beb. Baca sampai habis strategi depa ;

Antara maklumat-maklumat yang diarahkan kepada blogger UMNO untuk menjawab ialah:-

1. Yuran guaman tersebut dibayar oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menggunakan wang zakat kerana pertikaian undang-undang tersebut melibatkan pihak Majlis, bukan individu.

2. Membangkitkan soal pembayaran yuran guaman oleh kerajaan negeri Selangor dalam kes menghina Sultan Selangor oleh ADUN Seri Muda, Shuhaimi Shafei yang menurut sumber tersebut adalah masalah peribadi dan tidak membabitkan kerajaan negeri (tapi yuran guaman masih dibayar kerajaan negeri).

3. Membangkitkan soal penerimaan zakat pelajaran oleh anak-anak Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang dikatakan tidak layak kerana selain Ahli Parlimen, Khalid juga adalah seorang jurutera yang mampu menampung kos pengajian anak-anaknya.

4. Memberi gambaran bahawa perkara ini sengaja dipolitikkan kerana melibatkan ketua pembangkang.

5. Mewujudkan ‘asnaf fisabillilah’ untuk menutup penyalahgunaan dana zakat bagi tujuan yuran guaman.

6. Pemberi maklumat yang membekalkan ‘payment voucher’ kepada PKR telah dikenal pasti dan akan dikenakan tindakan disiplin termasuk pembuangan kerja.

Penulis difahamkan ada beberapa ketetapan lain juga telah diputuskan tapi oleh kerana maklumatnya tidak lengkap, penulis tidak yakin untuk menyiarkannya di laman ini.

Selain penulis juga perlu melindungi sumber yang mendedahkan perkara ini kepada penulis.

Ada diantara strategi yang disebutkan diatas sudah pun mula digunakan, seperti dalam contoh ‘asnaf fisabilillah’.

Penulis difahamkan bahawa sebelum ini, kategori ‘asnaf’ tersebut tidak wujud (atau dormant) tapi sengaja diadakan untuk melepaskan Jamil Khir dari sebarang tuduhan salah laku.

Mungkin PKR boleh mengesahkan maklumat mengenai kewujuduan asnaf ini melalui sumber dalaman yang membekalkan salinan ‘payment voucher’ tersebut, sebelum beliau dikenakan tindakan disiplin seperti yang disebutkan di atas.

Kelihatannya Jamil Khir dan UMNO begitu bersungguh-sungguh untuk menutup isu ini dengan segera. ‘Kesungguhan’ Jamil Khir itu menimbulkan banyak tanda tanya – apa yang sebenarnya cuba disembunyikan?

Penulis difahamkan yang Jamil Khir tertarik untuk menggunakan pendekatan sama yang oleh Shahrizat dan suaminya dalam isu National Fedlot Corporation (NFC) dengan menggunakan sepenuhnya kekuatan blogger UMNO untuk mematahkan hujah Pakatan Rakyat.

Selain dari isu wang zakat, blogger UMNO juga diarahkan untuk membela Jamil Khir dalam soal pembinaan rumah mewahnya yang dibeli pada 1994 untuk dibandingkan dengan rumah Datuk Seri Anwar di Segambut Dalam. Pelbagai cerita bohong mengenai rumah Anwar, termasuk kolam renang dalam rumah, telah direka cipta untuk disebarkan.-SABAHKINI-
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .