Ikuti Blog ini

WIFI Percuma - Satu Lagi Projek Pakatan Rakyat Selangor Untuk Rakyat Selangor

Perintis bandar WiFi

PETALING JAYA: Penduduk di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kini tidak perlu bimbang mengenai kos perkhidmatan Internet apabila kawasan tempat tinggal mereka dipilih sebagai perintis projek jalur lebar (WiFi) percuma di negeri itu.

Di bawah projek Perkhidmatan Awam Berintegrasi Selangor (Spins), penduduk Selangor khususnya di kawasan Petaling Jaya dijangka menikmati kemudahan itu di lebih 200 lokasi mulai Jun depan.

Pada pelancarannya baru-baru ini, Datuk Bandar, Datuk Mohamad Roslan Sakiman berkata, projek itu bukan saja di kawasan Petaling Jaya, malah turut membabitkan 4,000 lokasi termasuk kawasan terpencil seluruh Selangor yang kebanyakannya didiami golongan kurang berkemampuan mendapatkan perkhidmatan Internet.

Beliau berkata, ia dijangka siap secara keseluruhannya pada 2015 dengan menyaksikan Taman Datuk Harun sebagai lokasi perintis bagi projek terbabit yang siap pada 29 Februari lalu.

Tinjauan Metroplus ke Taman Datuk Harun, di sini mendapati orang ramai tidak melepaskan peluang menggunakan kemudahan itu di merata tempat termasuk kedai makan.

Ia membuktikan projek terbabit mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai, malah memudahkan mereka mendapatkan maklumat terkini pada bila-bila masa walau di mana mereka berada.

Bagi penduduk, Adnan Khan Ali Khan, 29, dia gembira dan pada masa sama berbangga apabila kawasan perumahannya dipilih menjadi lokasi pertama pelaksanaan perkhidmatan itu.

Katanya, jika sebelum ini dia perlu membayar untuk mendapatkan perkhidmatan itu, namun melalui pemberian WiFi percuma ternyata mampu mengurangkan kos perbelanjaan bulanan, malah membolehkannya menjalankan urusan harian dengan lebih mudah.

“Oleh kerana saya seorang peniaga, Internet menjadi platform penting kepada saya khususnya dalam membuat pembayaran bil serta mempromosikan produk.

“Justeru, apabila MBPJ melancarkan perkhidmatan mengakses Internet secara percuma, bagi saya ia pendekatan terbaik yang dapat memajukan rakyat di samping meluaskan lagi pengetahuan khusus bagi golongan muda,” katanya ketika ditemui.

Penduduk lain, Muizzuddin Muhamad, 24, berkata, sejak pelancarannya pada 29 Februari lalu, kemudahan WiFi percuma itu terus memberikan perkhidmatan yang baik dengan kelajuan mengakses Internet sangat memuaskan walaupun bilangan pengguna di kawasan itu ramai.

“Saya sangkakan masalah akan timbul apabila ramai orang mengakses Internet pada satu-satu masa apatah lagi kawasan ini penduduknya memang ramai, tertanya kelajuannya tetap sama dan saya cukup berpuas hati.

“Diharapkan kemudahan WiFi ini akan diteruskan kerana ia banyak memberi manfaat kepada penduduk setempat terutama pelajar apabila mereka boleh menggunakan kemudahan teknologi maklumat dengan percuma tanpa membebankan ibu bapa,” katanya.

Syarikat Beta Excelsior Sdn Bhd yang diberi tanggungjawab menguruskan projek berkenaan sudah membina tiang pelbagai guna (Monopoles) untuk menyediakan perkhidmatan ini. Tiang berkenaan boleh berhubung terus dengan pusat kawal selia yang bertempat di ibu pejabat MBPJ. Ini sekali gus boleh membantu Beta Excelsior dan MBPJ memantau sebarang masalah yang bakal berlaku. Alatan penggunaan digunakan adalah peralatan sistem berteknologi terkini yang diperbuat dari Australia. Oleh itu, penggunaan alatan ini mampu meningkatkan tahap teknologi setaraf dengan bandar raya membangun di negara lain. -hm



WIFI Percuma untuk Negeri Selangor...Satu lagi projek Pakatan Rakyat Selangor untuk Rakyat Selangor


Perasmian Wifi Percuma oleh Menteri Besar Selangor di Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor.



YAB. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim merasmikan program SPINS (Perkhidmatan Awam Berintegrasi Selangor) - pelancaran Wifi Percuma kepada penduduk negeri Selangor di Dewan Serbaguna PJS 2C/6.


MBPJ dipilih menjadi PBT pertama yang akan menyediakan Wifi percuma ini. Urusan dengan MBPJ sekarang boleh dibuat tanpa perlu datang ke kaunter lagi. 200 tiang wifi akan dipasang mengikut zon di Petaling Jaya. Kawasan pertama yang akan mendapat wifi percuma adalah di Taman Dato Harun & PJS 1 di dun Taman Medan iaitu kawasan YB Haniza Talha.



Turut hadir iaitu YB Rodziah Ismail selaku Exco kerajaan negeri Selangor menjelaskan bahawa 4000 tapak untuk memasang tiang wifi percuma telah dikenalpasti di seluruh Selangor untuk dipasang secara berperingkat, termasuklah kawasan luar bandar.


Menteri Besar menyatakan harapan beliau agar rakyat dapat memanafaatkan keseluruhan sistem wifi ini. Dengan ini, segala urusan dapat dipermudahkan dengan cepat. Teknologi ini bukan sahaja dapat memberikan kemudahan kepada orang ramai menerima maklumat malahan orang ramai dapat melakukan kerja-kerja harian menjadi lebih cepat dan pantas.



Perasan tak tiang seperti di atas...Itulah tiang Wifi SPINS


Rasanya cara untuk menggunakan Wifi SPINS ni samalah juga dengan cara menggunakan wireless City Selangor yang diperkenalkan pada April 2010.


*Sebagai contoh, katakan anda berada di kawasan tiang wifi SPINS dan ingin melayari internet menggunakan komputer riba atau telefon pintar. Berikut cara membuat sambungan kali pertama :-


1. Pastikan komputer atau telefon menerima isyarat Wireless SPINS Selangor. Seterusnya sambungkan kepada isyarat tersebut.


Pilih Signal


2. Buka Browser dan mula menaip sebarang alamat laman web, contohnya www.selangor.gov.my
Buka Browser dan mula menaip url


3. Laman web yang di acess tidak akan dibuka serta merta, tetapi akan dipaparkan Skrin pendaftaran pengguna Wireless SPINS Selangor. Ini membolehkan anda mencipta Username dan Password untuk Log Masuk.


Skrin utama Wireless SPINS Selangor


4. Lengkapkan maklumat pendaftaran dan Klik "Create My Account"
Skrin pendaftaran


5. Pendaftaran yang berjaya akan dipaparkan Skrin berikut dan meminta anda Log Masuk atau login untuk terus melayari Internet


Pendaftaran berjaya


6. Skrin Login. Masukkan Username dan Password yang anda telah cipta, kemudian Klik Login


Skrin Login


7. Anda boleh mula melayari laman web dengan percuma selama 30 minit. Masa penggunaan akan dipaparkan untuk rujukan.


Browse percuma.


P/S : Percuma 30 minit bagi mengurangkan kesesakan trafik....tapi boleh connect balik...jangan salah faham...PERCUMA TETAP PERCUMA. -kmwicbmwid



FREE WiFi SERVICES FOR PJ RESIDENTS


The Selangor government launched the Selangor Public Integrated Services (SPINS) yesterday, which will provide free WiFi services to the residents of Petaling Jaya.

Selangor Mentri Besar, Tan Si Abdul Khalid Ibrahim, said the services will empower the residents with knowledge and information from the internet whilst bridging the information gap to the residents.

He said the online services could be better managed to cater to the needs of the population which will make their business with the state government and local authority more convenient and less time consuming.

"The initiative led by Petaling Jaya City Council [MBPJ] is not only aimed at the rich but also to the people who are in the lower income bracket to ensure they are not left behind.

They will provide direct services to the people with more internet-based services like paying taxes or settling summons to the local councils", he said after launching the event.

Khalid said that the local council will work with local residents associations to provide training and promote the services to the people.

"We will provide free classes to teach the basics of the internet to school children, housewives and the elderly so they could use the services provided," he said.

Petaling Jaya Mayor Datuk Roslan Sakiman said he as proud that PJ was selected to be the pioneer in the Spins project which will be expanded to the whole state this year.

The project costs RM40 million with 200 monopoles to distribute broadband signals to PJ city.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .