

Walau 15 buah khemah mereka musnah dalam kejadian itu, sebanyak 12 lagi khemah baru didirikan hasil sumbangan orang ramai, selain 30 khemah lagi yang masih di dalam simpanan mereka.
Selain khemah, pelajar berkenaan juga menerima sumbangan makanan dan minuman termasuk nasi lemak, mee, dan biskut oleh orang ramai yang hadir.

Tinjauan Malaysiakini juga mendapati kawasan itu dikawal hampir 45 orang daripada Unit Amal PAS yang akan melakukan kawalan sehingga jam 6 pagi.
Golongan pelajar berkenaan antara lainnya menyertai kegiatan Sidang Siswa yang dikendalikan aktivis dan pengarah filem Fahmi Reza dan mengikuti ucapan oleh ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mahasiswa dan aktivis telah berkampung di Dataran Merdeka selama tujuh hari bermula Sabtu lalu untuk menuntut pendidikan tinggi percuma dan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional. -M'kini