![]()  | 
| Mengganggu majlis dan menyerang adik-adik mahasiswa adalah 'Akidah' yang dibawa Hasan Ali ? | 
Kenyataan Terbuka
19 April 2012
Umno dicabar bertanggungjawab terhadap serangan terhadap pelajar di Dataran Merdeka.
Seperti   yang dijangka Umno yang terdesak dengan sekumpulan pelajar yang  membuat  keputusan nekad untuk berkhemah di Dataran Merdeka dalam protes  mereka  terhadap PTPTN dan tuntutan pendidikan percuma telah bertindak  diluar  norma biasa. Regim takut menggunakan polis kerana pilihanraya  yang  terlalu hampir, kerana imej kekasaran polis terhadap kumpulan  pelajar  ini pasti akan memberi kesan besar terhadap undi rakyat. hanya  DBKL  digunakan malangnya DBKL tidak mampu berdepan semangat kental  kumpulan  pelajar ini yang walaupun beberapa kali 'diserbu' DBKL tetapi  terus  bertahan.
Kumpulan   yang mulanya kecil mula membesar, ramai teman muda lain mula sama   mendirikan khemah berkampung bersolidariti bersama menemani pelajar ini.   Ramai yang tampil menyumbang. SAMM dalam kemampuan terhad turut hadir   memberikan bantuan seperti tikar dan makanan sekadar termampu.
![]()  | 
| Sumbangan dari SAMM Utara; Tiga Penyelaras SAMM Negeri iaitu sdr Habib (Kedah), Aidil (P.Pinang) dan Asrul (Perlis). Sedang memberi taklimat ialah Pengarah Seketariat SAMM Pusat sdr Zulkifli Ibrahim | 
Kumpulan   pelajar ini yang mula meraih perhatian dalam dan luar negara terus  cuba  diburukkan imej mereka sebagai alat politik pihak tertentu oleh  media  dan pemimpin regim. Namun mereka terus mendapat perhatian. Bukan  sekadar  itu pelajar ini juga telah berjaya menjawab kekeliruan yang  cuba dibuat  termasuk oleh Menteri, malah mereka sedia mencabar Menteri  dan pimpinan  parti politik penguasa regim untuk berdebat terbuka. Ini  semua  meletakkan regim dalam keadaan serba salah.
Mati   akal dengan perkembangan ini semalam awal pagi tadi gangster telah   digunakan oleh pihak yang tertekan untuk menyerang tapak perkhemahan   pelajar tersebut. Dalam serangan itu ada yang cedera, barang - barang   mereka dirosakkan dan diberitakan ada pelajar yang hilang diculik.   Penggunaan gangster ini menjadi taktik yang semakin biasa digunakan   setelah kalah berhujah dan seperti biasa juga polis akan terus lambat   bertindak. Dalam serangan di Dataran Merdeka, Polis yang berada di   tempat kejadian dilaporkan olek saksi hanya memerhatikan sahaja   kejadian. 
| Ini penjenayah jalan kebun | 
![]()  | 
| Penjenayah yang melakukan serangan di Jalan Kebun ini terus bebas dan melakukan jenayah ini semula di Dataran Merdeka semalam | 
![]()  | 
| Siapakah yang sebenarnya bersekongkol dengan penjenayah? | 
![]()  | 
| Penjenayah Jalan Kebun ini mengakui sebagai 'Panglima BN' | 
Ini   semua juga taktik sama dengan beberapa regim di hujung usia.   Perhatikanlah regim Mubarak ketika hujung usianya juga menggunakan   gangster memukul dan menyerang demonstran dan kemudian bersembunyi   disebalik hujah kononya serangan dibuat oleh rakyat yang marah. Percaya   dan yakinlah begitu juga di sini pasti media akan memainkan hujah  serupa  kononya serangan oleh rakyat yang marah.
SAMM   mencabar Umno supaya jangan bacul dan tampil bertanggungjawab terhadap   kejadian serangan terhadap pelajar ini. Sepatutnya Umno tampil  berhujah  dengan kumpulan pelajar ini bukan menjawab dengan keganasan  fizikal. 
Dengan   perkembangan ini SAMM menyeru seluruh anak muda supaya membuat   pertimbangan terhadap kejadian ini dan menolak Umno dan Barisan Nasional   yangs emakin hilang rasional mereka.
SAMM   juga menyeru rakyat untuk tampil sama memberikan bantuan kepada teman -   teman pelajar yang berjuang ke arah pendidikan percuma dalam negara.   SAMM juga tidak menolak kemungkinan dengan perkembangan ini akan   menyemarakkan lagi semangat rakyat untuk turun bersama dalam Himpunan   BERSIH 28 April ini yang kebetulan akan diadakan dilokasi yangs ama ,   Dataran Merdeka. SAMM juga tidak menolak kemungkinan akan turut sama   'berkampung' bersama para pelajar ini kemudianya.
Sekian.
che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia
 
Di bawah ini gambar istimewa untuk semua...
Solidariti Anak Muda Malaysia
Di bawah ini gambar istimewa untuk semua...
edyesdotcom








