(Speaker DUN Kelantan, Datuk Nasruddin membakar replika NST di Kota Bharum - Gambar Yusri)
KOTA BHARU: Marah dengan tuduhan akhbar Umno, New Strait Times yang mendakwa Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai 'Bapak Kafir', replika akhbar berkenaan dibakar hari ini.
Pembakaran itu dibuat sendiri oleh Speaker DUN Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud di Medan Ilmu tempat umat Islam berkumpul untuk mendengar Kuliah Jumaat Yang diberikan oleh Tuan Guru Nik Aziz di bandar ini.
Pembakaran itu dibuat bagi membantah kenyataan Tan Sri Rahim Noor yang mendakwa 'Nik Aziz is father of kafir' yang disiarkan di muka 6 NST 8 Mei lepas. (gambar)
Semalam, Rahim dilaporkan menafikan beliau membuat kenyataan sedemikian.
Pemberita yang namanya tersiar sebagai salah seorang penulis berita itu, Rahmah Ghazali juga menafikan beliau menulis berita itu.
Seorang lagi pemberita yang dinamakan sebagai penulis berita itu adalah Lim Poh Lean. -Hrkh