MALAM tadi ReJaM© ada menonton stesen TV propaganda United Malays
National Organization, TV3 Al-Musyrikin melalui siaran Buletin Utama
tentang kisah protes di depan rumah Ambiga.
ReJaM© tengok ramai betul mamak-mamak pakai baju lambang "1 Malaysia" yang marah dengan Ambiga kononnya kerana Perhimpunan Bersih 3.0, diorang golongan peniaga-peniaga ni rugi besar.
Diorang ni siap minta Ambiga membayar ganti rugi atas kerugian mereka.
Apa yang menjadi persoalan, macam mana diorang boleh rugi? Kena rompak?
Gerai kena pecah? Gerai kena sabotaj? Tak ada pulak keluar berita gerai
diorang diapa-apakan oleh peserta Bersih 3.0.
Jawapannya mudah, diorang rugi sebab tak meniaga masa Perhimpunan
Bersih 3.0, itu saja. Siapa suruh tak meniaga? Tiada siapa pun larang
kalau nak meniaga masa tu. Regime BN pun tak larang.
Orang yang bijak akan ambil peluang berniaga masa Perhimpunan Bersih 3.0 yang lalu, kerana masa tu orang ramai betul.
Sebagai contoh, video di bawah ini ReJaM© sendiri rakamkan masa
Perhimpunan Bersih 3.0 di salah sebuah Seven Eleven di ibu negara.
Korang tengok dengan mata kepala sendiri betapa larisnya Seven Eleven
masa tu.