Bekas
Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari
menyertai PAS. Majlis pengisytiharan beliau masuk PAS akan diadakan di
Batu Kurau 20 Mei ini.
Penyertaan
beliau dalam PAS membuktikan bahawa PAS sebuah parti yang baik dan
tidak ganas sebagaimana digembar gemburkan oleh sesetengah pihak.
Kemungkinan juga Datuk Fauzi akan menjadi calon PAS pada PRU 13 nanti.
Dilahirkan
di Larut Matang, Perak pada 25 September 1950, Fauzi memulakan kerjaya
dalam PDRM sebagai Kadet Asisten Supritendan Polis pada 30 April 1975
iaitu selepas menamatkan latihan di Maktab Polis Kuala Kubu Baru.
Hampir kebanyakan masanya dalam PDRM dihabiskan dengan bergelumang dalam dunia membanteras jenayah.
Antaranya
sebagai ASP Kongsi Gelap Pulau Pinang, Timbalan Ketua Siasatan Jenayah
Sentul, Timbalan Penguasa Pentadbiran Jenayah Bukit Aman sebelum
dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Dang Wangi pada 10 Oktober 1991.
Beliau
dinaikkan pangkat ke Senior Asisten Komisioner II dengan memegang
jawatan Komander Briged di Sarawak pada tahun 1998 sebelum dilantik
sebagai Timbalan Pengarah 1 Logistik dua tahun kemudian.
Beliau
kemudian diberi kepercayaan untuk menjadi Ketua Polis Selangor dengan
pangkat Deputi Komisioner Polis dan seterusnya dinaikkan pangkat dengan
menjawat jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Fauzi
yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya
pernah menghadiri kursus Asas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Kursus
Kongsi Gelap di Maktab JSJ, kursus Sekolah Komando Angkatan Bersenjata
Republik Indonesia (Sesko-ABRI), kursus pentadbiran di Jepun dan kursus
menyelam di Sarawak.
Beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Fauziah Ngah dan dikurniakan dengan empat orang cahaya mata.