Sekumpulan pesara tentera yang melakukan "senaman punggung" depan rumah
Pengerusi Bersama BERSIH S Ambiga bercadang menggempur rumah Ketua
Pemuda Umno KhairyJamaluddin Abu Bakar pula.
Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) Mohd Ali Baharom berkata (kanan),
Khairy tidak patut masuk campur urusan NGO dengan mengkritik tindakan
itu sebagai tidak wajar, tidak masuk akal dan menjadi bahan ketawa
dunia.
"Khairy sepatutnya menjaga Pemudanya sahaja sebab saya lihat Pemuda semakin lemah.
"Saya
rasa dia keluarkan kenyataan macam itu sebab tak dapat jawatan menteri
dan nak membalas dendam," kata Ali sambil memaklumkan tindakan itu akan
dilakukan dalam masa terdekat.
Khairy semalam menyuarakan
perasaan tidak senang terhadap "protes punggung" depan rumah Ambiga
kerana masih terdapat kaedah lain untuk meluahkan perbezaan pendapat.
Sebagai
contoh, katanya, beliau sendiri sudah berdebat dengan Ambiga berhubung
isu berkaitan pilihan raya dan tidak perlu berkumpul membantah depan
rumah bekas presiden Majlis Peguam itu.
Sementara itu, menamakan
senaman itu sebagai "senaman tarian ala gempur", Mohd Ali berkata beliau
kini sedang membincangkan lanjut rancangan itu dengan rakan-rakannya
yang lain.
"Masa dan tarikh nanti dulu. Tapi memang kita akan buat...
"Khairy
tak layak menjadi pemimpin dan gila jawatan sebenarnya... kami, veteran
memang marah dengan kenyataan dia," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.