Ikuti Blog ini

Peningkatan Kes Jenayah; Tiba Masanya Melihat kepada Perlaksanaan Hukum Islam

KUALA TERENGGANU – Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi menekankan kes-kes jenayah yang sering berlaku seperti ragut, curi dan rogol mestilah diberi perhatian oleh semua pihak.

Menurutnya, beliau dimaklumkan oleh pihak polis kes-kes jenayah seumpama itu semakin meningkat dan membimbangkan, khususnya di negeri Terengganu.

“semua pihak termasuk polis dan masyarakat umum mesti memberikan perhatian dan mengambil tindakan bersama (mencegah jenayah),

“saya dimaklumkan oleh pihak polis bahawa kes-kes jenayah di Terengganu ini secara khususnya meningkat dan sangat membimbangkan,”ujarnya.

Ustaz Khalil berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kejadian jenayah ragut yang berlaku kepada beliau serta isterinya pada 21 Mei baru-baru ini.

Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Marang  menegaskan, situasi peningkatan jenayah masakini  itu perlu di muhasabah dengan melihat kepada keperluan perlaksanaan hukum jenayah Islam.

“masyarakat Islam mesti kembali kepada hukum jenayah Islam (hudud dan qisas) untuk menyelesaikan masaalah ini,

“penjenayah pada hari ini tidak takut dan (tidak) menghormati dengan undang-undang yang ada pada hari ini,’tegasnya.

Oleh kerana itulah, katanya,  kejadian jenayah semakin hari semakin ketara dan meningkat secara mendadak.

Katanya, sejarah telah membuktikan bahawa hanya undang-undang jenayah Islam yang berjaya menyelesaikan masalah jenayah di dalam masyarakat.

Menurutnya, perlaksanaan Hudud dan Qisas adalah bertepatan bagi penyelesaian masakini kearana ia adalah satu pencegahan.

“Undang-undang hudud dan qisas secara falsafahnya bukan untuk menghukum orang yang bersalah tetapi lebih kepada untuk mengajar dan mendidik penjenayah dan masyarakat supaya takut dan gerun kepada Allah,

“Cuba kita bayang apabila pencuri dihukum potong tangan selepas cukup syarat-syaratnya dan hukuman ini dilaksanakan di hadapan orang ramai,

“sudah tentu ia menyedar dan menakutkan penjenayah untuk melakukan jenayah ini,”jelasnya.

Pada kejadian yang menimpa beliau hari Isnin lalu, seorang pemuda yang berpura-pura memesan makanan di sebuah restoran telah secara tiba-tiba merampa beg tangan isterinya, Dr Dr Farhana Hasbullah, 32, ketika mereka sekeluarga sedang menikmati makan malam.

Dalam pergelutan dengan ‘suspek’ peragut itu, Ustaz Khalil mengalami kecederaan di betis kanan dan salah satu jari ditangan kanannnya patah. -BO
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .