Ikuti Blog ini

Piala FA: Tuan Guru Nik Aziz ucap tahniah


KUALA LUMPUR, 19 Mei: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak negeri itu yang berjaya merangkul Piala FA pada perlawanan akhir, malam ini.

“Tahniah diucapkan atas kejayaan pasukan The Red Warriors yang telah berjaya menjuarai Piala FA sebentar tadi,” tulisnya dalam Facebook beliau.

Kelantan berjaya menjuarai Piala FA selepas menewaskan Sime Darby 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Gol kemenangan pasukan Red Warriors itu dijaringkan oleh Mohammed Ghaddar pada minit ke-59 menerusi sepakan penalti.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan juga mengucapkan tahniah kepada Kelantan di atas kejayan itu.

“Tahniah Kelate atas tropi yang dimiliki malam ini setelah menewaskan Sime Darby. Sime Darby cuba lagi tahun depan,” tulisnya juga melalui Facebook. -Hrkh
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .