Annuar
menandatangan sebagai tanda sokongan hak royalti minyak kepada rakyat
kelantan di luar stadium bukit jalil sebentar tadi!
Gomo Kelantan Gomo!
Gomo Kelantan Gomo!
Kuala Lumpur: Sempena aksi final Piala FA antara Kelantan dengan Sime Darby malam ini, NGO Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Kelantan (Gegar) mengadakan kempen mengumpul tandatangan di Stadium Bukit Jalil hari ini.
Gambar: Tandatangan rakyat Kelantan minta kembalikan hak royalti minyak Kelantan "didaratkan" di Perkarangan Dataran Stadium Bukit Jalil.
Setiausahanya, Muhammad Hishammuddin Ghazali berkata, kempen tersebut sudah bermula sejak malam tadi dan akan berterusan sehingga malam ini.
"Kita mahu mengumpul sekurang-kurangnya 20,000 tandatangan sebagai sokongan terhadap usaha kerajaan negeri menuntut hak royalti negeri itu," katanya kepada Harakahdaily.
Selain tandatangan, pihak Gegar juga katanya akan mengadakan persembahan dikir royalti dan puisi royalti secara spontan di perkarangan stadium tengah hari ini.
Mereka juga turut membuka khemah khas Royalti Minyak sebagai simbolik kempen mereka.
Serentak itu juga, satu lagi NGO bersama mereka iaitu Gerakan Rakyat Boikot Petronas turut menganjurkan kempen serupa.
Gerakan itu antara lain mahu rakyat khususnya Kelantan untuk memboikot Petronas selagi tidak membayar wang royalti kepada Kelantan.
"Kita juga akan edarkan 10,000 pelekat 'huruf R' yang berwarna merah sebagai tanda menuntut royalti dan pelekat boikot Petronas," kata Hishammuddin lagi.
Kempen serupa sebenarnya pernah dibuat Gegar pada aksi final Piala FA 2011 lalu ketika Kelantan bertemu Terengganu di stadium sama.
Sebagai kemuncak malam ini, mereka akan menaikkan kain rentang gergasi menuntut royalti. -HD
Piala FA: Penyokong Kelantan tiba di Bukit Jalil
(Sebahagian penyokong Kelantan yang tiba di Stadium Bukit Jalil pagi ini)
KUALA LUMPUR: Ribuan penyokong Kelantan mula tiba di ibu negara sejak awal pagi tadi bagi menyaksikan pasukan negeri mereka menentang Sime Darby pada aksi final Piala FA malam ini.
Biarpun wisel permulaan dijangka hanya akan dibunyikan tepat jam 8.45 malam, namun sebahagian penyokong skuad 'The Red Warriors' itu sudah mula berkampung di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur sejak awal pagi.
Kebanyakan mereka yang tiba pagi ini adalah yang menaiki bas sewa khas yang bertolak dari Kelantan malam tadi.
Dijangkakan seramai 50,000 penyokong 'The Red Warriors' dijangka hadir menyaksikan perlawanan penuh bersejarah malam ini, manakala sekurang-kurangnya 15,000 dari Sime Darby atau 'Giant Killer'.
Turut berangkat meyaksikan perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini adalah Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra.
Bagi kerajaan negeri pula akan diwakili Timbalan Menteri Besar Kelantan Dato Ahmad Yakub serta Exco Datuk Abdul Fatah Mahmood.
Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa yang kini dalam penggantungan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), juga mengesahkan akan hadir.
Beliau yang juga Timbalan Presiden FAM sebelum ini menegaskan, beliau tetap akan hadir di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebagai "penyokong biasa". -HD