Ikuti Blog ini

"GANTUNG AMBIGA" : MASYARAKAT INDIA TOLAK UMNO/BN

Barisan Nasional (BN) berisiko kehilangan sokongan masyarakat India yang penting bagi memenangi pilihan raya umum akan datang, selepas serangan terhadap Datuk Ambiga Sreevasan ketahap kemuncak minggu lalu apabila ahli parlimen Umno, Datuk Mohamad Aziz mencadangkan agar dia digantung kerana menderhaka.

Akhbar-akhbar Tamil di negara ini menghebohkan berita dan analisis mengenai kenyataan di parlimen  ahli parlimen Sri Gading dan ini mencerminkan populariti pemimpin gerakan reformasi pilihan raya – Bersih.

Ini menyebabkan kebimbangan pemimpin BN yang bekerja keras bagi mendapatkan kembali sokongan daripada 1.8 juta masyarakat India di negara ini, yang membentuk tujuh peratus daripada jumlah populasi penduduk dan juga pengundi.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .