Ikuti Blog ini

MCA ugut keluar BN lagi?


TheMalaysiaTimens melaporkan:
Parti Malaysian Chinese Association (MCA) kekal dengan pendirian mereka iaitu akan keluar dari Barisan Nasional (BN) sekiranya UMNO menguatkuasakan undang-undang Islam iaitu Hudud.

Datuk Chua Tee Yong selaku Pengerusi Biro Professional Muda MCA berkata, pendirian MCA berkenaan perlaksanaan hukum Hudud tidak pernah berubah dan tidak akan teragak-agak untuk keluar dari menjadi parti komponen BN sekiranya ia dilaksanakan. - TMT.
Kesian kat Adun Kemelah dari Umno tu, buat satu cadangan yang 'cukup baik' tapi langsung tak dihargai oleh Umno BN.

Dah la tak dihargai Umno BN, dibelasah teruk pulak oleh MCA. Semalam Presiden MCA kata Adun Umno ni 'hilang akal' dan hari ni MCA kata akan keluar BN kalau Johor laksanakan hukum hudud.

Yang kesiannya, sampai hari ni aku tak jumpa langsung kenyataan dari pemimpin Umno yang bela Adun Kemelah ni.

Umno yang mengaku 'pejuang Islam' di Malaysia ni langsung tak berani panggung kepala bila Presiden MCA kata pemimpin Umno 'hilang akal' pasai cadangkan Johor laksanakan hukum hudud.

Macam gesaan Hj Mahfuz, memang patut sangat Najib sebagai Presiden Umno bela pemimpin Umno yang dihina Presiden MCA pasai 'perjuangkan Islam'.

Harakahdaily melaporkan:

KUALA LUMPUR: PAS mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tampil membela Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah Datuk Ayub Rahmat yang disifatkan "hilang akal" oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Menurut Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar), Chua Soi Lek bukan sahaja menyifatkan Ayub sebagai 'hilang akal' tetapi ia juga menyifatkan pemimpin Umno itu sebagai "gila".

"Hilang akal maknanya gila. Apa sikap pimpinan Umno terhadap Soi Lek yang mendakwa cadangan Umno satu cadangan menggambarkan orang hilang akal, yang bermakna cadangan daripada orang gila?" soal Mahfuz.

Bercakap dalam sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini, Mahfuz meminta Perkasa dan Perkida mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Soi Lek kerana telah menghina Umno. - Hrkh.
Nak harap Perkasa dan Perkida buat tunjuk perasaan bab ni? Tunggu babi boleh terbang pun belum tentu, lain la kalau tiba-tiba Najib berani buat kona baring, bela Adun kemelah tu.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .