PUTRAJAYA:
Para pemimpin Pakatan Rakyat menyifatkan program pertemuan Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) bersama pimpinan parti politik hari ini tidak 'ada
apa-apa' malah taklimat yang disampaikan lebih kepada perkara yang sudah
ketahui umum.
(Gambar: Demonstrasi proses di dalam bilik mengundi.)
Taklimat yang diberikan itu lebih menjurus kepada peraturan-peraturan dan perkara baru yang sebagaimana dipersetujui oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PAC) berhubung penambahbaikan proses pilihan raya.
Difahamkan, para pimpinan Pakatan Rakyat meninggalkan program ini lebih awal apabila dimaklumkan tidak ada sesi soal jawab antara SPR dengan wakil parti yang hadir, walaupun pembesar suara disediakan di dalam dewan itu.
Apa yang berlaku sebaliknya, persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh wakil parti hanya berkaitan proses pengundian ketika sesi simulasi susun atur tempat mengundi sahaja.
Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Malaysia Mohd Sany Hamzan (gambar) yang turut menghadiri pertemuan itu melahirkan rasa kecewa apabila taklimat yang disampaikan itu adalah perkara umum hanya berkaitan proses pilihan raya sahaja.
"Ini satu taklimat biasa sahaja, mengenai proses membuang undi, penamaan calon, proses ini kita kira ia adalah biasa," katanya ketika ditemui.
Malah yang mendukacitakan katanya, dengan kehadiran wakil-wakil parti politik daripada PAS dan Pakatan Rakyat mahu mendengar dan melihat berlakunya perubahan secara drastik oleh SPR berkaitan dengan lapan tuntutan yang diminta oleh rakyat.
Di mana katanya, lapan tuntutan itu melibatkan perkara dasar yang diminta oleh rakyat melalui Himpunan Bersih, Bersih 2.0 dan 3.0.
"Kita nak tahu bagaimana usaha pihak SPR untuk membersihkan senarai daftar pemilih yang sangat diragui khususnya daripada Pakatan Rakyat. Kita juga nak tahu apakah usaha SPR terhadap tujuh lagi tuntutan kita soal akses media untuk menerangkan manifesto kepada seluruh masyarakat.
"Walaupun pihak kementerian ada menyatakan parti politik Pakatan Rakyat juga akan dibenarkan untuk menerangkan manisfesto ini, keadaan ini mungkin kita hanya diberikan beberapa minit sahaja sedangkan Umno BN akan menggunakan semaksimum mungkin media ini," katanya.
Katanya, perkara-perkara inilah yang sepatutnya ditekankan oleh SPR dalam program hari ini sebelum berlakunya pilihan raya nanti.
Malah katanya, soal penyalahgunaan agensi dan premis kerajaan oleh Umno BN setiap kali pilihan raya, juga tidak dibangkitkan.
Sementara itu, Adun Seri Setia, Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad berpendapat SPR agak defensif terhadap kritikan-kritikan yang dilontarkan oleh Pakatan Rakyat sebelum ini.
Katanya, apa yang Pakatan Rakyat mahu ialah pembaharuan dan penambahbaikan yang dilakukan oleh SPR, namun tidak dinafikan ada peraturan baru dibuat setelah berlakunya tiga siri Himpunan Bersih.
"Walaupun ada sedikit perubahan, tetapi masih ada banyak perubahan yang belum dilaksanakan oleh SPR, kalau ada undi pos kerana ada anggota keselamatan bertugas di luar negara, kenapa rakyat Malaysia yang belajar dan bekerja di luar negara tidak boleh dapat hak yang sama. Dan untuk laksanakan itu perlu tempoh kempen yang lebih lama," katanya ketika ditemui.
Beliau yang ditemui selepas sesi taklimat persediaan PRU ke-13 yang disampaikan oleh Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar, tertunggu-tunggu untuk mengajukan beberapa pertanyaan termasuklah undi pos dan pengundian awal.
"Tunggulah macam mana, kalau kita tengok mereka sediakan 'mic' macam ada sesi soal jawab dan saya akan bangkitkan perkara ini," katanya.
Turut bersama dalam program ini, Ketua Penerangan PKR Dr Mohd Nor Manuty, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S.Arutchelvan, dan beberapa wakil dari DAP.
Program pertemuan SPR bersama pimpinan parti politik yang diadakan di sebuah hotel bertaraf lima bintang di Putrajaya bermula jam 8.30 pagi diikuti ucaptama oleh Pengerusi SPR Tan Sri Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof.
Sejurus selepas itu taklimat persediaan PRU ke-13 hampir dua jam disampaikan oleh Wan Ahmad, kemudian sesi simulasi susun atur tempat mengundi dan proses pengundian mengakhiri taklimat hari ini. -Hrkh