Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia
berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku
salah mencuri ubi kayu.
Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak
pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu
merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya
kelaparan. Namun pengurus
ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.
Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.
”Saya tidak dapat membuat di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim
duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh
mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak
lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya
ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar
kepada orang lain.
Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya,
membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke
topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.
‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang
yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang
RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan
sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.
“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh”
Sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang
sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk
membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan
terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar
oleh pengurus ladang yang mendakwanya. -sumber