Petaling Jaya: Pengacara Imam Muda musim kedua (IM2), Dzulkarnain Hamzah
atau ustaz Dzul terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Sepang,
Selangor ketika dalam perjalanan untuk mengadakan ceramah di Port
Dickson, Negeri Sembilan, Sabtu lalu.Dalam kejadian yang berlaku
kira-kira pukul 2.30 petang itu, ustaz Dzul mengalami kecederaan pada
bahagian muka dan lutut kiri apabila kereta BMW 5 Siri yang dipandunya
bertembung dengan sebuah lori membawa muatan kelapa sawit.
Malangnya pada waktu itu juga lori berkenaan membelok ke kanan tanpa
memberikan lampu isyarat menyebabkan kenderaan saya merempuhnya,”
katanya.Disebabkan kejadian itu, ustaz Dzull tidak sedarkan diri
sehinggalah ketika dirawat di Hospital Putrajaya.Katanya, kemalangan itu
menyebabkan dia mengalami kecederaan pada bahagian muka dan lutut
kirinya.
“Saya terpaksa menerima 12 jahitan pada bahagian lutut serta lapan
jahitan pada bahagian dalam mulut termasuk bibir. Alhamdulillah, tiada
kecederaan dalaman semasa imbasan x-ray dibuat oleh doktor,”
jelasnya.Dia yang trauma dengan kejadian itu memberitahu, kemalangan
tersebut menyebabkan bahagian depan sebelah penumpang keretanya remuk
selepas terperosok dalam perut lori berkenaan.
"Saya juga bersyukur kerana hanya saya sahaja di dalam kereta
berkenaan,” katanya.Berikutan itu dia terpaksa berehat untuk
mengacarakan rancangan Iman Muda 2 sehinggalah benar-benar pulih
sepenuhnya.Sementara itu Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar
berkata, tempat ustaz Dzull akan digantikan sementara oleh pelakon
Fahrin Ahmad.
Pada Jumaat ini, rakaman peringkat separuh akhir rancangan tersebut akan
disiarkan bermula pukul 9 malam menerusi saluran Astro Oasis (saluran
106) yang dilakukan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. ~mstar