














 Sumber gambar : FB Tok Guru Nik Aziz
Sumber gambar : FB Tok Guru Nik AzizKOTA BHARU: Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata terdapat anggota masyarakat terpesona dengan ‘permainan’ Barat menyebabkan terpengaruh dengan dakwaan ‘agama lain, politik lain’.
Bahkan
 Islam dianggap mampu mengawal manusia dalam aspek ibadat dan  urusan 
keluarga saja sedangkan Kerajaan Islam lebih mustahak ditegakkan  di 
muka dunia.“Dunia ini bukan Arab yang buat, bukan Melayu yang buat, 
tetapi diciptakan Allah swt.
“Namun
 oleh kerana kita lena dengan ‘permainan' Inggeris, Peranchis,  Itali 
dan sebagainya, maka ada rakyat biasa atau golongan terpelajar,  bahkan 
di kalangan tuk guru sendiri terasa bahawa dakwaan ‘agama suku,  politik
 suku’ itu betul,” katanya.
Malahan menganggap agama hanya untuk  menjaga manusia dalam aspek ibadat dan urusan kekeluargaan saja.
Beliau
 yang juga Mursyidul Am PAS berkata demikian semasa  menyampaikan 
khutbah Hari Raya Aidilfitri di Masjid Pulau Melaka dekat  sini, 
semalam.“Sesungguhnya dalam perkara ‘urusan agama’ dan ‘politik’ 
mestilah selari.
'“Itulah perbezaan di antara hidup 'beragama’ dengan hidup 'berdemokrasi’ yang tidak disebut Eropah,” katanya.
Beliau
 berkata, kalau komunis ada kerajaan, demokrasi ada kerajaan,  maka 
kenapa ‘Islam’ tidak boleh ada kerajaan, selaras dengan bumi dan  
manusia serta segala benda di dunia ini dijadikan Allah.
Justeru, kata Nik Aziz, Kerajaan Islam lebih mustahak didirikan di muka dunia ini.
Bahkan
 dalam perkara agama, sangat penting bagi manusia mengikuti  jalan 
Nabi-Nabi termasuk dalam urusan rumah tangga, peperangan dan  lain-lain.
Beliau
 menambah terdapat manusia yang sibuk dengan ‘kebangsaan’ dan 
‘Melayu’.Justeru secara sinis beliau meminta golongan itu supaya mencari
 ‘Nabi Melayu’.
“Ini kerana Nabi Muhammad bukan orang Melayu tetapi orang Arab."(Oleh itu) carilah Nabi Melayu, jangan cari Nabi Arab.
Mengulas
 sambutan hari raya Aidilfitri 1433 Hijriah, beliau  mencadangkan untuk 
tahun hadapan, kad ucapan Selamat Hari Raya ditambah  ‘dunia akhirat’ 
pada rangkaian ucapan  ‘Selamat  Hari Raya, Maaf Zahir  Batin’.Ini 
penting bagi membolehkan semua kaum mengingati apa itu ‘akhirat’.
“Melayu
 baca teringatkan akhirat, Cina baca teringatkan akhirat.  Orang putih 
baca, teringatkan akhirat.“Ini membolehkan kita berdakwah apabila mereka
 bertanya apa itu ‘akhirat’,” ujarnya.
Tuan
 Guru menambah, selepas manusia mati dihidupkan semula, mereka  akan 
ditanya diberi Al-Quran sama ada membacanya atau tidak, diberi  telinga 
sama ada mendengar nasihat Al-Quran atau tidak.
Demikian
 juga diberi kaki sama ada digunakan pergi ke masjid,  diberikan tangan 
sama ada menggunakan untuk mengundi ke arah  mendaulatkan Islam atau 
menjahanamkan manusia.Hrkh


 


 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
