Najib dilaporkan meminta anggota Barisan Nasional (BN) bersatu hati membentuk 'sekatan politik' untuk memastikan hasrat dan langkah pembangkang merampas Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang dapat dihalang, demikian lapor BERNAMA kelmarin.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata sebab itu Umno dan parti komponen BN yang lain perlu muncul sebagai parti yang bukan sahaja boleh menang tetapi menang besar dengan cukup bergaya.
"Kalau mereka (pembangkang) ada slogan 'The Road To Putarajaya' (Laluan Ke Putrajaya), kita nak sekat mereka jangan sampai ke Putrajaya, kita tak nak buat 'roadblock' (sekatan jalan) polis tapi kita buat 'roadblock' daripada segi politik kerana mereka tidak layak duduk di Putrajaya.
Apa yang disampaikan oleh Najib itu lansung tidak akan memberi bekas kerana tiada siapa layak untuk mengadakan sekatan jika Allah mengkehendaki pertukaran kerajaan dari BN kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir negara.
Putrajaya bukan milik UMNO BN.
Firman Allah di dalam Al-Quran surah Ali-Imran ayat ke 26 bermaksud;
“.... Engkau memberikan kekuasan kepada orang yang Engkau kehendaki dan mencabut kekuasaan dari orang yang Engkau kehendaki...” (Ali-Imran: 26)
Doa dan munajat berterusan kita akan mengalahkan UMNO BN dan menurunkan Najib dari takhta kekuasaannya. Segala penipuan, segala kezaliman dan segala ketidak-adilan UMNO BN perlu dihentikan dengan segera dengan menggantikan mereka dengan Pakatan Rakyat.
Qunut Nazilah
Doa Qunut Nazilah dibaca ketika kaum muslimin terkena bencana, ancaman, penganiayaan, kezaliman, penindasan dari musuh-musuh Allah dan musuh kaum Muslimin.
Dalam sejarah Islam, qunut nazilah sering dilakukan baginda Rasulullah SAW dan Khulafa Rasyidin yang empat. Pada permulaan Hijrah, baginda membaca qunut nazilah untuk keselamatan Ayyasy, al-Walid dan Salamah yang berpakat hijrah dengan melarikan diri dari Makkah ke Madinah.
Imam at-Tirmidzi berkata: "Ahmad (bin Hanbal) dan Ishaq bin Rahawaih telah berkata: "Tidak ada qunut dalam solat Fajar (Shubuh) kecuali bila terjadi Nazilah (musibah) yang menimpa kaum Muslimin. Maka, apabila telah terjadi sesuatu, hendaklah Imam mendo'akan kemenangan bagi tentera-tentera kaum Muslimin."
Allahumma inna naj’aluka fii nuhuri a’da ina
wa nauzubillahi min syuruurihim,
Allahumma baddad syamlahum,
wa farriq jam’ahum,
wa syattit kalimatahum,
wa zalzil aqdaamahum,
wa sallidt ‘alaihim kalban min kilabik
Ya Qahaar, Ya Jabbar, Ya Muntaqim,
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah.
Allahumma ya munzilal kitab,
wa Ya mujriassahaab,
wa Ya hazimal Ahzab
ihzimhum, ihzimhum, ihzinmhum
wansurna 'alaihim
Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan leher musuh -musuh kami kepada Engkau
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan pertubuhan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing Engkau kepada mereka
Wahai Tuhan yang gagah perkasa
Wahai Tuhan yang Maha Kuat
Wahai Tuhan yang ada bersifat murka
Ya Allah Ya Allah Ya Allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Dan menangkan kami ke atas mereka.
Tidak Akan Mampu
Sekat Yang Ini