Ikuti Blog ini
Polis Jangan Berdalih Lagi, Siasat Segera Insiden Hina Pemimpin Pakatan Rakyat ,Jumaat, September 07, 2012 at 7.9.12,
Angkatan Muda Keadilan hari ini membuat laporan polis di balai Polis Rawang terhadap insiden-insiden yang melibat gambar-gambar pemimpin Pakatan Rakyat yang dipijak, dikencing dan dibakar oleh sekumpulan manusia yang dipercayai penyokong parti Kerajaan.
Polis perlu menyegerakan siasatan dan tidak boleh lagi berdalih dengan menyatakan bahawa tidak ada laporan polis dilakukan maka dengan sebab itu tiada siasatan.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh menafikan pasukan keselamatan pilih kasih dengan bertindak terhadap pelajar yang memijak gambar perdana menteri tetapi membiarkan insiden sama terhadap pemimpin pembangkang, lapor malaysiakini.
Beliau menegaskan, polis akan menyiasat semua laporan sekiranya terdapat laporan polis dibuat.
"Kita kena ingat apa-apa tindakan polis berdasarkan laporan yang dibuat.
"Kalau tiada orang buat laporan kita tak tahu dan bagaimana kita hendak siasat," katanya sewaktu ditemui pada rumah terbuka polis Kuala Lumpur di Pasar Seni dekat ibu negara.