Ikuti Blog ini

[DASYAT] Bayi Dibunuh Sebaik Dilahir


Kuantan: “Hampir menitis air mata saya melihat mayat bayi tidak berdosa itu terperosok dalam lubang tandas, tapi demi tanggungjawab, saya dan tujuh rakan yang lain kuatkan juga semangat untuk menjalankan tugas.”

Demikian, kata seorang daripada anggota bomba ditugaskan mengeluarkan mayat bayi baru lahir yang tersumbat dalam lubang tandas Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini semalam.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Adli, 40-an, berkata, dia dan rakan-rakan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan, mengambil masa lebih tiga jam untuk memecahkan tandas bagi mengeluarkan mayat bayi itu, bermula jam 8 pagi.

“Sebaik saja melihat separuh kepala bayi itu terperosok dalam lubang tandas, kami sedar tiada cara lain untuk mengeluarkannya kecuali memecahkan mangkuk tandas itu dengan berhati-hati kerana bimbang ia mencacatkan tubuh bayi berkenaan.

“Kami mengambil masa lebih tiga jam untuk memecahkan tandas itu perlahan-lahan. Kami bergilir-gilir melakukannya. Ketika itu juga hati saya bercampur baur antara sedih dan geram dengan manusia yang membuang bayi itu,” katanya. -HM

Bayi ditemui mati dalam mangkuk tandas hospital

KUANTAN — Seorang bayi lelaki yang dipercayai baharu dilahirkan dijumpai mati dalam mangkuk tandas di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini kira-kira 4.45 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd. Jasmani Yusof berkata, berikutan itu seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun yang dipercayai melahirkan bayi tersebut telah ditahan di hospital berkenaan.

“Bayi lelaki berkenaan telah dijumpai mati di dalam sebuah mangkuk tandas di Wad Teratai 2C dengan keadaan kepala bayi itu terperosok ke dalam mangkuk tandas.

“Anggota bomba terpaksa dipanggil bagi mengeluarkan bayi yang tersepit di dalam mangkuk tandas itu,” katanya.

Beliau berkata, sebelum itu pihaknya menerima panggilan dari pihak hospital tentang perkara tersebut setelah dimaklumkan oleh petugasnya.
— BERNAMA
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .