Hari ini 26 Mei 2009, telah termaktub dalam sejarah kebaculan manusia yang bernama Zahid Hamidi kerana membatalkan perdebatannya dengan YB Husam Musa di TV9 atas tajuk RASUAH POLITIK. Sebelum ini pada tanggal 6 April 2009, Zahid Hamidi juga telah tidak hadir didalam perdebatannya dengan YB Husam Musa di Dataran Tok Guru di Simpang, Taiping Perak tanpa sebarang alasan. Justeru boleh kita simpulkan 2 - 0. Yang menjadi bahan ketawanya ialah tempat Zahid diganti pula dengan Ezam yang nyata telah diserang oleh Profeser Agus dengan soalan2 mengandungi jerat membelit diri Ezam sendiri.
Bila ditanya kepada para penonton yang memberi komen diatas perdebatan itu, mereka mengatakan Profeser Agus yang sepatutnya menjadi pengerusi panel dah jadi ahli panel pulak yang menghukum Ezam dengan soalan2 yang berhemah. Wahai Ezam, ingin diperingatkan, rakyat Malaysia sekarang adalah yang berilmu dan mampu menimbangkan yang mana intan dan mutiara,yang mana batu yang mata kaca.
Tidak ingatkah anda Ezam sewaktu anda datang di Parlimen B.Gantang kononnya untuk berkempen melalui ceramah tetapi berapa orangkah yang hadir mendengar ceramah anda berbanding dengan yang hadir berdekatan tempat anda berceramah mendengar ceramah Naib presiden Pas saudara MD Sabu? Disitu telah menunjukkan pengaruh anda telah jatuh kerana orang sudah tahu siapa anda. Yang peliknya setiap kali berlaku pilihanraya kecil barulah ada muka manusia bernama Ezam datang menyibuk.
Yang hairannya apakah yang dia dapat? Jawatan dalam UMNO? Jawatan dalam BN? Jawatan dalam PPPkot? Naik berbuihdah mulut beliau berjuang tetapi masih tidak nampak lagi hasilnya. Heboh nak bongkar 6 kotak hitam tapi yang saya nampak dia dah dikambing hitamkan.
Berbalik kisah si Zahid Hamidi, Alhamdulillah dengan ketidakhadiran beliau rakyat Malaysia khususnya di Perak lebih tahulah tahap perjuangan beliau. Adakah beliau dikategorikan sebagai pejuang rakyat ataupun tidak. Percayalah Malaysia, seandai dan sekiranya kebenaran ada pada beliau, beliau berani datang untuk menegakkan kebenaran.
Umpama kita yang dituduh bermacam2, nescaya kita tidak akan berdiam diri dalam menegak hak kita. Lihatlah Presiden Pas yang sanggup menyaman media luar negara yang menfitnah beliau. Disini menunjukkan siapa yang berada dilandasan kebenaran mereka tidak gentar berjuang walau hingga ke titisan darah terakhir.
Mungkin Zahid takut soalan Husam siapa yang datang jumpa Pesuruhjaya Pas di rumahnya yang kononnya mengatakan Mursyidul Am Pas setuju Pas bergabung dengan Umno, waktu Pakatan Rakyat mendapat majoriti di dalam pilihanraya yang lepas diketahui 1Malaysiakot ? Tepuk dada Zahid, tanya iman...sempurnakah iman kita kita kalau asyik menipu...
ANAK KOMANDO REJIMEN 1