Ikuti Blog ini

Kenapa Polis Tak Turunkan Bendera UMNO BN Di Penanti?

Semasa PRK Bukit Selambau dan Bukit Gantang dulu, polis memberitahu parti yang tidak bertanding tidak boleh pasang poster dan bendera serta tak boleh anjurkan ceramah. Sebab itu poster PAS tak dibenarkan dipasang di Bukit Selambau, manakala poster PKR tak boleh dipasang di Bukit Gantang.

Tapi di Penanti lain pula ceritanya. BN tak bertanding tapi difahamkan ceramah yang dianjurkan oleh parti itu dibenarkan, dikeluarkan permit polis pula tu. Begitu juga bendera Umno dan BN boleh pula dinaikkan di Penanti tanpa masalah. Polis pun tak mai turunkan bendera Umno-BN seperti yang depa buat terhadap PAS dan PKR di Bukit Selambau dan Bukit Gantang.

Mungkin Musa Hassan tok ketua besar polis tu tak faham falsafah 1 Malaysia Najib kot? Kalau dia faham tentu 1 Malaysia akan diterjemahkan menerusi tindakan 1 Malaysia 1 Undang-undang, bukannya 1 Malaysia 2 undang-undang - untuk PR undang-undang yang semuanya tak boleh, untuk BN undang-undang yang semuanya boleh.Mabuk kot depa nie, gila babi betoi!!! - pendikargunungkriang





Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .