Ikuti Blog ini

Amaran sebelun tangkapan kelmarin : macam budak main pondok-pondok


















Kembalikan Hak Rakyat!

Saya kira semua rakyat Malaysia khususnya yang sempat menyaksikan berita di NTV 7 mendengar arahan atau pengumuman dari seorang pegawai keselamatan yang memakai pembesar suara "heler" dengan amaran kurang lebih berikut :

...tuan-tuan diminta bersurai kalau tidak kami akan tangkap. satu. dua tiga, tangkap..."

Sesudah amaran sesingkat itu tangkapan terus dibuat. Aneh tapi nyata.

Sebenarnya perlembagaan Malaysia memperuntukkan rakyatnya untuk bebas bergerak ke mana sahaja dalam negara tercinta ini. Tindakan menangkap sejumlah 21 orang MP, ADUN dan orang awam kelmarin juga didapati tidak jelas maksud dan tujuan.Seseorang yang ingin ditangkap juga mestilah atas kesalahan yang jelas.

Setahu saya mereka kebanyakan berjalan bersama-sama dengan polis, FRU dan wartawan selepas acara di Wisma DAP selesai. Jumlah mereka yang ditangkap sangat sedikit berbanding dengan ratusan polis.

Kalau atas alasan perhimpunan haram, sebenarnya polislah yang membuat perhimpunan haram kelmarin.

Malah ada seorang ADUN cuba ditangkap selepas arahan "kartun" di atas semasa beliau menuju ke keretanya, lalu dia berkata "mana boleh tangkap saya hendak ke kereta saya," lalu dia dibebaskan.

Lain pula tangkapan 2 orang di sebelah malam, mereka sedang menunggu di pintu masuk untuk naik ke tingkat atas di mana letaknya Wisma DAP. Dua orang yang ditahan kerana mereka adalah aktivis parti salah seorangnya dari Taiping. Mereka berkeras mengatakan apa salahnya berada di situ, lalu mereka berdua ditahan.

Seorang yang lain menceritakan dia juga dipegang dengan kasar sambil menunjukkan bekas kekasaran calar sedikit di lengannya kepada saya. Tetapi dia sedikit berlembut dengan mengatakan akan beredar dari situ, lalu dia dilepaskan.

Inilah gambaran insiden yang mencemarkan institusi keselamatan yang telah dipergunakan oleh BN untuk menganggu program Pakatan Rakyat dari pagi hinggalah ke malam.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .