Ikuti Blog ini

Mahkamah Rayuan Perlu Kemuka Penghakiman Bertulis

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, NH Chan mempersoalkan rasional keputusan Mahkamah Rayuan 22 Mei lalu berhubung pengesahan Dr Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar Perak. Keputusan kontroversi itu mengundang pelbagai reaksi, antaranya "shotgun judgement" kerana mahkamah hanya mengambil masa lima minit untuk mengumumkan keputusannya tanpa sebarang alasan bertulis yang kukuh diberi untuk menolak keputusan Mahkamah Tinggi 11 Mei lalu yang mengesahkan kedudukan Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah. Ini berbanding dengan Hakim Abdul Aziz Abd Rahim mengambil masa 1 jam 27 minit untuk membaca ulasan penghakiman beliau yang sarat dengan hujah-hujah kukuh berhubung keabsahan Nizar sebagai Menteri Besar.

Dalam artikel beliau bertarikh 26 Mei hakim NH Chan menyatakan sekiranya Mahkamah Rayuan menolak hujah-hujah Mahkamah Tinggi maka ia perlulah mengemukakan alasan bagi tindaknya itu. Tanpa penghakiman bertulis keputusan mahkamah tersebut tetap akan dipersoalkan rakyat kata beliau.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .