Wafatnya
Rasulullah SAW sangat mengejutkan kaum Muslimin yang sedang berada di
dalam masjid. Sebab, pagi harinya mereka melihat Nabi SAW menunjukkan
tanda-tanda kesembuhan.
Setelah
mengetahui hal itu, Umar segera ke tempat disemayamkannya jenazah
Rasulullah. Ia tidak percaya bahawa Rasulullah sudah wafat. Ketika dia
datang, dibukanya tutup wajah beliau. Ternyata beliau sudah tidak
bergerak lagi.
Umar
menduga bahawa Nabi sedang pengsan, tentu akan siuman lagi. Mughirah
meyakinkan Umar atas kenyataan yang pahit ini, namun Umar tetap
berkeyakinan bahawa Rasulullah tidak wafat. Oleh kerana itu Mughirah
degil dan berkata kepada Umar, "Engkau dusta!"
Kemudian
Umar keluar ke masjid sambil berteriak, "Ada orang dari kaum munafik
yang mengira bahawa Rasulullah SAW telah meninggal dunia. Tetapi demi
Allah, sebenarnya dia tidak meninggal, melainkan ia pergi kepada Tuhan,
seperti Musa bin Imran. Ia telah menghilang dari tengah-tengah
masyarakatnya selama 40 hari, kemudian kembali lagi ke tengah mereka
setelah dikatakan dia sudah mati. Sungguh, Rasulullah pasti akan kembali
seperti Musa juga. Orang yang menduga bahawa dia telah meninggal,
tangan dan kakinya harus dipotong! "
Teriakan
Umar yang kencang dan berulang-ulang ini didengar oleh kaum Muslimin di
masjid. Mereka pun kebingungan. Mereka kemudian mengerumuni Umar,
mempercayai pendapatnya, bahawa Rasulullah tidak meninggal.
Tiba-tiba
Abu Bakar Ash-Shiddiq datang. Ketika dilihatnya kaum Muslimin dalam
keadaan demikian, dan Umar sedang berpidato, ia tidak berhenti lama-lama
di tempat itu melainkan terus ke rumah Aisyah tanpa menoleh lagi.
Ketika
masuk ke rumah anak perempuannya, dilihatnya Nabi di salah satu
bahagian dalam rumah itu sudah diselubungi burd hibara (kain buatan
Yaman). Abu Bakar menyingkap selubung itu dari wajah Nabi dan menciumnya
sambil berkata, "Alangkah indahnya di waktu engkau hidup, alangkah
indahnya pula di waktu engkau mati. Demi ibu-bapaku, maut yang sudah
ditentukan Allah kepadamu sekarang sudah sampai kau rasakan. Sesudah itu
takkan ada lagi maut menimpa kamu. "
Sesudah
itu, Abu Bakar keluar. Ternyata Umar masih bercakap dan meyakinkan
orang-orang bahawa Muhammad SAW tidak meninggal. Orang banyak memberikan
jalan kepada Abu Bakar. "Sabar, sabarlah Umar!" kata Abu Bakar, setelah
ia berada di dekat Umar. "Dengar!"
Tetapi
Umar tidak mau diam dan juga tidak mahu mendengar. Ia terus saja
bicara. Abu Bakar menghampiri orang-orang itu seraya memberi isyarat,
bahawa dia akan bercakap dengan mereka. Setelah mengucapkan puji syukur
kepada Allah Abu Bakar berkata, "Saudara-saudara, sesiapa mahu menyembah
Muhammad, maka Muhammad sudah meninggal. Tetapi barangsiapa mahu
menyembah Allah, maka Allah selalu hidup dan tak pernah mati."
Kemudian
Abu Bakar membacakan firman Allah, "Muhammad itu tidak lain hanyalah
seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul.
Apakah Jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)?
Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan
mudarat kepada Allah sedikit pun, dan Allah akan memberi balasan kepada
orang-orang yang bersyukur. " (QS. Ali Imran: 144).
Setelah
didengarnya Abu Bakar membacakan ayat itu, Umar jatuh tersungkur ke
tanah. Kedua kakinya sudah tak dapat menahan lagi, setelah ia yakin
bahawa Rasulullah memang sudah meninggal dunia. Adapun orang banyak-yang
sebelumnya sudah terpengaruh oleh pendapat Umar-begitu mendengar bunyi
ayat yang dibacakan Abu Bakar, langsung sedar. Seolah-oleh mereka tidak
pernah mengetahui bahawa ayat ini pernah turun. Dengan demikian segala
perasaan yang masih ragu-ragu bahawa Rasulullah SAW sudah berpulang ke
rahmat Allah, boleh dihilangkan.
Sumber Sejarah Hidup Muhammad oleh Muhammad Husain Haekal