MOV selain mendakwa Pengerusi SPR dan timbalanya itu menipu juga mendesak 2 orang kuat (pusing) SPR itu meletakkan jawatan.
MOV
merujuk kepada kenyataan Abdul Aziz Jumaat lalu bahawa Pejabat Peguam
Negara masih mengkaji sama ada pindaan Akta Pilihan Raya diperlukan
bagi membolehkan pengundian pos kumpulan itu.
Sementara itu, MOV
juga membariskan kronologi peristiwa yang didakwa menggambarkan SPR
tiada hasrat untuk memberikan hak pengundian pos kepada mereka dalam pilihan raya umum akan datang.
Nampaknya rakyat
sudah hilang kayakinan pada SPR, bagaimana proses pilihanraya yang
bersih dan adil boleh dijalankan jika suruhanjaya itu sudah tidak lagi
diyakini, ini pelik kerana pengadil dalam sesebuah perlawanan sudah tidak lagi dilihat mampu mengadili perlawanan secara adil.
Seeloknya jika
masih rasa ada maruah diri, lebih baik undur saja, apakah mahu terus
jaga kepentingan BN lebih dari menjaga kepentingan dan hak rakyat
sehingga sanggup dicaci maki oleh rakyat kerana gagal menjaga kepercayaan rakyat terhadap amanah yang diberi.
Jika beginilah caranya, tidak terkejut Bn masih mampu berkuasa dalam keadaan rakyat sudah jelas menolak dan sepakat mahu membenamkan BN kedalam lubang najis, kerana masih ada halangan besar dalam usaha menjalankan pilihanraya yang bersih dan adil.
Halangan
itu ialah orang yang tak tahu malu dan masih mahu duduk dikerusi empuk
walaupun rata-rata rakyat mahu dia bangun dari kerusi tersebut kerana gagal meyakinkan rakyat bahawa pilihanraya yang adil dapat mereka laksanakan..
Ingat
hak kita, jangan terus duduk dan diam, jadi bisu dan bodoh, kerana itu
yang dimahukan umno untuk mereka terus menang dan terus menjarah harta
negara, kita ini rakyat dilayan seperti hamba. diperbodohkan tiap
masa.