Di
China, terdapat seorang ibu yang dikenali dengan nama Tan Chayoun
memiliki empat orang anak kembar. Dirinya telah mencetuskan idea unik
apabila bertindak mencukur rambut bagi membentuk angka di setiap kepala
anaknya.
Jika
kita mempunyai anak kembar, sudah pastinya orang yang melihat akan
keliru yang mana satu abangnya, yang mana satu pula adiknya. Tambah
lagi, yang mana keluar dulu, yang mana keluar kemudian. Melihat masalah
ini, seorang ibu yang dikenali dengan nama Tan Chayoun mencetuskan
sebuah solusi yang dianggapnya paling efektif. Ia mencukur keempat
rambut anaknya berbentuk angka, sesuai dengan urutan usia, dari angka 1
sampai 4.
Daripada yang tua sampai termuda, Jiang Yunlong (1), Jiang Yunxiao (2), Jiang Yunhan (3) dan Jiang Yunlin (4)
Keadaan
ini tentu saja menjadi buah mulut di internet. Foto kelucuan empat
bersaudara ini mendapat perhatian khusus dari seluruh dunia.
Meski
banyak yang mentertawakan kerana di luar kelaziman, namun keempat anak
itu tidak peduli. Sejalan dengan keinginan orang tua mereka, hal
terpenting bagi Yunlong, Yunxiao, Yunhan dan Yunlin adalah bersekolah
dan mendapat pendidikan yang baik.
Tan Chaoyun, memutuskan memberi nombor di kepala anak-anaknya agar mudah membezakan mereka.