Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, walaupun tidak kenal
pihak yang memijak gambarnya dalam insiden di Shah Alam dua tahun lepas,
beliau dapat mengagak individu terlibat daripada kumpulan mana.
"Apabila
ditanya sama ada saya kenal atau tidak samseng tersebut, saya katakan
tidak, tetapi boleh mengagak dari 'cawangan' mana.
"Saya
memberitahunya sekiranya diperlukan, saya boleh cuba dapatkan maklumat
berhubung siapakah mereka ini," kata Khalid mendedahkan pertemuannya
dengan pegawai polis yang menyiasat insiden itu baru-baru ini.
Menulis
dalam blognya, Khalid berkata, setelah memuatkan gambar berkaitan di
blog pada 3 September lalu, beliau dikunjungi polis sepuluh hari
kemudiaannya.
Katanya, ia ekoran laporan polis seorang individu di Gombak.
"Semasa
pertemuan tersebut, pegawai berkenaan meminta maklumat berhubung
peristiwa yang melibatkan gambar saya dipijak di perkarangan Masjid
Negeri Shah Alam.
"Saya memaklumkan bahawa ia berlaku pada awal
2010 dan bukan sekadar gambar, video pun ada," coret timbalan
pesuruhjaya III PAS Selangor itu hari ini.
Kain rentang Nik Aziz dikencing mungkin di Sek 7
Sementara
itu, Khalid berkata, polis Terengganu juga mengunjunginya pada 14
September berhubung insiden yang menyaksikan gambarnya bersama pemimpin
tertinggi PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Abdul Hadi
Awang dikencing sekumpulan lelaki.
Justeru, kata Khalid, beliau menjelaskan, ia berlaku semasa tempoh berkempen dalam pilihan raya umum pada Mac 2008.
Menurutnya lagi, PAS Shah Alam memasang 5 sepanduk besar ukuran 10' x 20' di beberapa lokasi strategik.
"Banner (kain rentang) yang dikencing adalah salah satu darinya dan mungkin ia banner yang dipasang di Seksyen 7," katanya yang berpendapat pihak terlibat bukan warga Shah Alam.
"Itu sahaja maklumat yang ada pada saya.
"Gambar
itu jelas menunjukkan kumpulan berkenaan berpakaian baju BN dan mungkin
juga merupakan para petugas yang pemasang bendera yang diupah untuk
berkerja pada waktu malam." -M'kini