Ini satu lagi
maklumat yang perlu Najib Altantuya ambl peduli sesuai dengan slogannya
Berubah Atau Rebah kerana tatkala beliau dan Timbalan Presiden Umno
sedang berusaha dan hampir berjaya sepenuhnya memulihkan imej parti dan
kerajaan, ada pula pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan mengaut
keuntungan secara peribadi dan mungkin percuma tetapi meninggalkan kesan
yang amat besar serta parah kepada rakyat.
Najib Altantuya
dan Muhyiddin pasti yakin dan mengetahui bahawa Johor adalah kubu kuat
ataupun benteng yang mempertahankan Umno selama ini dan rakyat Johor
hidup mati mereka adalah sebagai orang Umno dan akan terus menyokong
Umno sampai bila-bila tetapi kalau maklumat yang diterima ini benar dan
Najib terus mempertahankan kepimpinan yang ada,kita bimbang kedegilan
Wan Mokhtar Menteri Besar Terengganu satu ketika dulu berjangkit
terhadap rakyat Johor.
Menjelang PRU13
nanti, Najib Altantuya tidak ada pilihan, beliau perlu berani membuat
tindakan dan bukan sekadar tegas bercakap semata-mata, itupun kalau
Najib Altantuya sayangkan rakyat Johor yang cinta serta kasih sayang
mereka pada Umno dan Barisan Nasional tidak pernah pudar,
Saya harap
maklumat ini tidak benar dan kalau ada kebenarannya, ada pihak yang
perlu dipertanggungjawabkan terutama sekali mengenai isu pengambilan
tanah untuk pembangunan di Danga Bay yang asalnya milik Kumpulan Prasana
Rakyat Johor (KPRJ) telah dijual kepada Danga Bay Sdn Bhd dan dikecualikan daripada bayaran premium.
Sukar kita
membayangkan andainya maklumat ini benar bahawa Danga A seluas 214 ekar
dan Danga B seluas 135 ekar dijual dengan harga satu kaki persegi dengan
RM13.12 sedangkan harga semasa bermula dari RM200-RM250 satu kaki
persegi.
Manakala Danga C
seluas 524 ekar dikatakan telah dijual satu kaki persegi dengan harga
RM1.50 sedangkan harga semasa RM80-RM120 satu kaki persegi. Danga D1 da
Danga D2 192 ekar dijual dengan harga RM1.50 satu kaki persegi sedangkan
harga semasa bermula dari RM80.00 ke RM 120.00.
Danga D3 seluas 84 ekar dijual dengan harga RM1.50 satu kaki persegi, harga semasa bermula dari RM80.00 ke RM100.
Lebih malang
lagi Danga E yang luasnya 154 ekar dijual hanya RM28 juta sedangkan
nilai semasa RM500 juta manakala Danga D4 dan D5 seluas 485 ekar
diberikan secara percuma manakal untuk pembangunan Iskandar Water Front,
sekali lagi KPRJ telah memberikan tanah kepada Danga Bay seluas 1800
ekar tetapi KPRJ hanya memegang saham sebanyak 12.30 %,Danga Bay 36.50
%,Iskandar Water Front Holding memegang saham sebanyak 51.20 %.
Selain itu KPRJ
juga telah menyerahkan banyak tanahnya untuk dibangunkan oleh Danga Bay
dan apa istimewanya Danga Bay sehingga begitu banyak kehendak syarikat
ini dipenuhi oleh KPRJ hinggakan dalam KPRJ. Lim Kang Hoo dikatakan
memegang saham sebanyak 70 % manakala KPRJ hanya 30 %. Siapa yang
menguasai KPRJ ini sebenarnya?
Atau ada
pemimpin Melayu yang menjadi barua ataupun tali barutnya sehingga dengan
cukup wewenang tanah-tanah tersebut diserah untuk dibangunkan tanpa
memikirkan kesan jangka panjang kepada rakyat Johor?
Cara pembangunan
ini seolah-olah untuk menghalau orang-orang Melayu secara terhormat
dari Johor Bharu. Rakyat Johor bukan menolak pembangunan tetapi
pembangunan harus dibangunkan tanpa meminggirkan atau membunuh
kepentingan orang-orang Melayu di negeri itu.
Saya amat
berharap maklumat ini tidak benar dan kalau benar betapa bersimpatinya
kita dengan Najib Altantuya yang bertungkus lumus menggerakan
transforamsi namun dalam masa yang sama ada pihak-pihak tertentu
berpakat dari dalam untuk menggulingkan kepimpinan Najib.mejahanamkan
kepercayaan rakyat Johor terhadap Umno dan Barisan Nasional.
Kerakusan mereka
ini jika tidak dihalang,kita bimbang ada kejutan ataupun tsunami pada
PRU13 nanti dan ketika itu, sudah tiada erti lagi keramatnya sebuah
negeri yang menjadi tapak penubuhan Umno yang akhirnya ada pemimpinnya
menikam Umno dari belakang.
Menjelang PRU13,
demi masa depan rakyat Johor yang sedang disumbat dengan serangan
pembangkang, Najib Altantuya harus melaksanakan program transformasi
politiknya dengan kadar paling segera. Andai kepimpinan negeri
sumbang,tempang serta rakus mengejar kekayaan peribadi,mereka ini perlu
diganti ataupun disingkirkan.
Johor terlalu
ramai pemimpin yang berpotensi serta berkualiti dan rakyat Johor tidak
akan menangis andainya keputusan yang Najib buat itu adalah untuk
mempertahankan kepentingan mereka malah kita percaya rakyat Johor akan
berdiri teguh menyokong Najib Altantuya dan Muhyiddin.
Kita tidak mahu
nasib Terengganu satu ketika dulu tempiasnya menepis rakyat Johor.
Mereka cukup sayangkan Umno tetapi mereka mula benci kepada pemimpin
yang mengkhianati kesetiaan dan keyakinan mereka terhadap parti.
Bayangkanlah
bagaimanakah kemampuan yang rakyat Johor harus ada untuk memiliki rumah
baik banglo,teres ataupun kondominum di jajaran Danga Bay itu yang
dijual melebihi harga setengah juta ringgit seunit itu?
Harga rumah melebih setengah juta... |
Dan adakah ini
yang disebut-sebut oleh pembangkang bahawa pimpinan kerajaan negeri
berpakat dengan orang –orang tertentu untuk `makan’ tanah-tanah rakyat
Johor terutamanya tanah orang-orang Melayu demi mengkayakan mereka dan
krooni-kroni mereka.
Saya menyimpan
banyak lagi maklumat-malumat ini dan saya percaya maklumat-maklumat ini
sudah sampai ke pihak sepatutnya terutama sekali Perdana Menteri, SPRM
serta pihak berkuasa lain dan saya amat berharap bahawa maklumat ini
tidak benar.
Meskipun
pembangkang telah mendedahkannya dan tidak ada penafian ataupun
kenyataan dikeluarkan oleh oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab, kita
bimbang maklumat-maklumat ini sahih dan benar.
Untuk peringkat
ini saya tidak bersedia untuk mendedahkan berapa banyak syraikat yang
menguasai pembangunan hartanah di Johor yang dimonopoli oleh seorang
individu sahaja dan kita percaya Cina yang mendatangi Johor ini tidak
berani bertindak sedemikian seandainya tidak ada tangan-tangan ghaib di
belakang mereka. -Jalan Pulang
Siapa tangan itu?
Siapa dalangnya?
Siapa exconya?