Ikuti Blog ini
[VIDEO & GAMBAR] Pekerja CIMB Tibai Adik Najib, Nazir Razak, Dakwa Penipu Rakyat Malaysia ,Ahad, Disember 16, 2012 at 16.12.12,
Kira-kira 1,000 pekerja bank berpiket depan Menara CIMB.
KUALA LUMPUR - Kira-Kira 1,000 pekerja bank berpiket di depan Menara CIMB di Jalan Raja Laut di sini bagi memperjuang dan mempertahan hak, maruah serta martabat mereka.
Dalam piket selama tiga jam bermula pukul 10 pagi tadi, pekerja dari seluruh Semenanjung memegang kain rentang serta sepanduk yang menuntut pihak pengurusan CIMB lebih peka dengan kehendak dan keperluan mereka.
Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE) J. Solomon berkata piket itu bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap CIMB yang tidak memberi hak kebebasan untuk pekerja menyuarakan pendapat.
"Pada masa ini, di CIMB Bank, pekerja diganggu, didiskriminasi dan didera secara literal, pekerja dinafikan kebebasan untuk menyuarakan pendapat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau juga mendakwa pihak CIMB tidak menjalankan tugas mereka sewajarnya dalam menunaikan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).
"Sebanyak 27 aduan pekerja tidak dapat diselesaikan setakat ini, pihak tertinggi CIMB Bank enggan menyelesaikan aduan di peringkat yang paling rendah," katanya.
Solomon berkata seramai 100 pekerja kontrak sementara yang berkala turut dinafikan jaminan pekerjaan dan hak untuk kehidupan lebih baik seperti di bawah kontrak tetap.
"Pekerja ini tertakluk kepada diskriminasi yang melampau," katanya.
Anggota Exco Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) A. Sivananthan berkata kedua-dua pihak sepatutnya dapat menyelesaikan perkara ini secara baik.
"Saya harap Ketua Eksekutif Kumpulan Datuk Seri Nazir Razak dapat duduk dan berbincang bersama-sama, jika dapat selesai, perkara seperti ini (piket) tidak akan berlaku," katanya yang mewakili Pengerusi MTUC Syed Shahir Syed Mohamud. - Bernama