Ikuti Blog ini

DS Nizar Berkata Benar: Sah Muhammad Taib Sertai PAS



Borang kemasukkan yang sudah diisi bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib kini berada ditangan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din, kata sumber yang juga pemimpin tertinggi veteran PAS hari ini.

Muhammad merupakan bekas pemimpin utama dalam Umno yang menyandang pelbagai jawatan utama dalam parti, disamping pernah menjadi MB Selangor dari tahun 1986 hingga 1997.

“Ya, Muhammad akan sertai kami,” kata pemimpin tertinggi veteran itu kepada The Malaysian Insider.

“Beliau sudah mendekati beberapa pemimpin utama ketika ini.

“Ini agak signifikan buat kami, ia satu kelebihan walaupun dosa lampau dan kesalahan yang dilakukannya dahulu.”

Sumber tersebut juga memberitahu pengumuman akan dilakukan dalam masa terdekat ini.

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman yang dihubungi walau bagaimanapun pula berkata mungkin terdapat kebenaran berita tersebut, tetapi tidak dapat mengesahkannya memandangkan belum menerima borang daripada Muhammad lagi. -TMI



Salahuddin sahkan bekas menteri besar sertai PAS


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengesahkan seorang bekas menteri besar akan menyertai PAS dalam masa terdekat ini.

Beliau berkata, bekas menteri besar itu sendiri menghubungi beliau dan menyatakan hasrat tersebut.

"Saya mengesahkan salah seorang bekas menteri besar akan menyertai PAS.

"Beliau sendiri menelefon saya pagi ini dan memberitahu hasrat itu dan akan menyatakan hasrat itu kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Tambah Salahudin, bekas menteri besar itu akan mengisytiharkan perkara tersebut kepada umum dalam masa terdekat.

"Beliau sendiri akan mengumumkan kemasukan ke dalam PAS dalam masa terdekat ini," katanya.

Harakahdaily difahamkan, bekas MB berkenaan adalah dari negeri utara semenanjung.

Beliau berbuat demikian kerana kesal dengan perebutan, cantas mencantas dan perpecahan teruk yang sedang berlaku dalam Umno sekarang.

.
-HD

Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin pernah menyatakan, sekalipun masih bersifat desas-desus, bahawa bekas seorang Menteri Besar akan menyertai PAS.

Cuma DS Nizar tidak menyatakan dengan jelas siapa MB yang dimaksudkan dan ramailah yang membuat telahan dan terkaan yang kebanyakan menumpukan bekas MB-MB Perak.

Rupa-rupanya bekas MB yang dimaksudkan ialah Tan Sri Muhammad Taib, yang pernah menjadi MB Selangor dari tahun 1986 hingga 1997. Di dalam UMNO, jawatan tertinggi yang pernah disandangnya ialah naib presiden (2000-03) dan ketua penerangan (2008-09).

Apa-apa pun kita mengalu-alukan penyertaannya ke dalam PAS, dan kita tunggu acara rasmi dalamasa beberapa hari lagi.-GB
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .