Pergh!!!!.. Paling sengkek pun tidak kurang 10,000 yang datang mendengar ceramah Perdana Anjuran DAP/PR di Kulai, Johor malam tadi.
Mursyidul Am PAS, TGNA diberi penghormatan sebagai tetamu istimewa selain Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Ingatkan apabila UMNO cuba laga-lagakan PAS dengan DAP dengan mainkan isu hudud maka kaum Tionghua akan menjauhi PAS dan masyarakat Melayu akan benci dengan DAP....Rupa-rupanya tidak.. isu tersebut isu makan tuan.. Lagi galak dan rancak dimainkan lagi ramai rakyat menyokong PAS/DAP/PR.
UMNO sebenarlah telah mati akal cara mana nak tambat dan pikat hati rakyat kerana sokongan kepada partinya semakin hari semakin menguncup, merudum dan mengecil serta mengecut.
Sebab itu politik jaja video lucah fitnah kini menjadi senjata terakhir UMNO untuk pertahankan Putrajaya yang kelihatan bakal terlucut dari gengaman.
Buatlah apa saja... mood rakyat kini adalah mau melakukan perubahan. rakyat sudah bangkit sedangkan UMNO masih lagi seronok tidur lena dibuai mimpi. -Omakau