Peristiwa ini diceritakan kepada saya oleh seorang yang rapat dengan Aisyah (nama sebenar Wan Aishah bt Wan Ariffin).
Maka, oleh
kerana saya kenal sumbernya dan kalau saya sebut nama sumber saya ini
nescaya tuan2 dan puan2 pembaca kenal siapa sumber saya ini.
Pada satu hari Aisyah telah menelfon sumber saya ini.
Beliau berkata
tiba-tiba dengan tidak semena-mena bumbung rumah beliau telah bocor.
Kebetulan hari itu hari hujan yang sangat lebat.
Air hujan telah
masuk ke dalam rumah Aisyah melalui bumbung. Lantas, sumber saya ini
meminta bantuan beberapa orang unit Amal di sebelah Ampang sana untuk
menengok-nengok apa yang telah berlaku kepada bumbung rumah Aisyah itu.
Manalah tahu, mungkin bumbung rumah Aisyah itu telah rosak akibat hujan yang sangat lebat itu.
Apabila beberapa orang Unit Amal Ampang memeriksa bumbung rumah Aisyah, didapati kebocoran itu berpunca dari lubang yang ditebuk di bumbung rumah Aisyah.
Lubang2 itu kemudiannya akan diletak kamera bagi mengintip Aisyah di kamar mandi atau di kamar tidur atau di tempat2 lain.
Tujuannya supaya gambar2 yang tidak elok itu boleh digunakan bagi memalukan atau meengugut Aisyah.
Cumanya belum
sempat kamera dipasang, tiba-tiba hujan dan air masuk melalui lubang2
yang ditebuk itu. Allah SWT menyelamatkan hamba Nya.
Kejadian ini
membuktikan bahawa ada skuad khas yang ditubuhkan UMNO untuk mengintip
serta merekod tindakan2 pemimpin pembangkang bagi tujuan menguntungkan
UMNO dan BArisan Nasional.
Usaha2 sebegini
sudah tentulah memakan wang yang banyak serta sumber yang besar dan
tidak mungkin dijalankan oleh parti2 politik yang bukan memerintah
seperti PAS, PKR dan DAP.
Usaha2 ini juga
membuktikan UMNO telah bangkrap idea dan terpaksa bergantung kepada
mendedahkan aib dan keburukan orang hatta gambar2 bogel dalam bilik
mamdi dan bilik tidur pun mereka mahu gunakan.
Tidak hairanlah
ada gambar PApagomo (seorang felon) bersama Ketua Polis Negara dan
tidak hairanlah blogger2 UMNO ini kaya sumber bahan lucah mereka. Bukanlah mereka itu hebat pun tapi mereka mendapat sumber dari kumpulan2 pengintip ini yang mengintip untuk tujuan yang sangat jahat.
Saya telah meminta sumber saya itu memujuk Aisyah untuk membuat PC berkenaan perkara ini supaya satu dunia tahu apa yang telah berlaku Dan supaya satu dunia sedar bahawa UMNO ini adalah parti lucah dan parti porno.
UMNO sekarang bergantung harap kepada fitnah dan lucah untuk survival hidup mereka yang semakin habis itu. - TULANG BESI