Naib Presiden PAS merangkap calon Pakatan Rakyat Parlimen P125 Putrajaya, Dato Husam Musa, hari ini telah menunaikan solat Jumaat di Masjid Putrajaya.
Sebaik saja selesai solat Jumaat, para jemaah yang mengetahui akan kehadiran Dato' Husam Musa mereka pun ambil kesempatan menyerbu kearah beliau untuk bersalaman.
Cukup terharu betapa warga Putrajaya sebenarnya mengalu-alukan hasrat dan niat Husam Musa untuk bertanding di parlimen Putrajaya atas tiket PR.
Dari sambutan diberikan, jelas sekali harapan untuk PR rampas kerusi P125 Putrajaya dari UMNO/BN adalah cerah.
Mood kebangkitan rakyat kini yang mau melakukan perubahan sudah tidak mengenal latar belakang, status , pekerjaan, bangsa dan agama. -omakkau
Husam menang saman NST
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menang dalam samannya terhadap akhbar The New Straits Times, dalam satu keputusan yang dibuat hakim Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur sebentar tadi.
Hakim Datuk Su Geok Yiam membenarkan tuntutan Husam dengan mengarahkan pihak NST membayar gantirugi terhadap Husam yang ditohmah terbabit dalam penyelewengan dan salah guna kuasa di Kelantan.
Peguam yang mewakili Husam, Md Yunos Shariff berkata, pihak mahkamah menetapkan tarikh 17 Mei depan untuk membincangkan pengurusan kes dan segala aspek berkaitan gantirugi. -HD