Ikuti Blog ini

Muhyiddin buta fakta kejayaan Kedah

KEANGKUHAN Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menerima hakikat kejayaan Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah terserlah apabila hanya memberikan gred E kepada kerajaan Pakatan Rakyat negeri. Penarafan itu dibuat hanya dengan mendengar taklimat Pengerusi BN Kedah, Dato’ Ahmad Bashah Md Hanipah.
Serangan Muhyiddin itu diungkapkan di hadapan rakyat sewaktu majlis peletakan batu asas cadangan pembinaan Pusat Sukan Parlimen Jerlun di Sanglang, 22 April lalu.
Terbukti kenyataan Muhyidin itu tidak berpaksi kepada fakta. Bermula dengan pujian Laporan Ketua Audit Negara yang menyatakan Kedah telah berjaya meningkatkan sebanyak 205 peratus hasil balak daripada RM8 juta pada 2008 kepada RM50 juta pada 2010, Kerajaan Negeri Kedah juga telah mencatatkan surplus atau lebihan pada tahun 2010 berjumlah RM22.50 juta.

Laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) juga menyebut, Kedah telah mencatatkan jumlah pelaburan masuk luar negeri yang tertinggi iaitu sebanyak RM1.58 bilion. Kedah juga menduduki tangga ketiga selepas Selangor dan Johor dengan pelaburan keseluruhan bernilai RM1,786,693,776.
Walaupun sering dotohmah pemimpin BN, Kolej Universiti Insaniah (Kuin) muncul di antara 16 institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang menerima penarafan Tier 4 (Sangat Baik) bagi Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia 2011 (SETARA’11) yang diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi pada 1 November lalu.
Kuin kini mempunyai kampus tetap di Kuala Ketil dalam masa empat tahun kerajaan Pakatan Rakyat memerintah.
Dari segi ketelusan dan tanggung jawab, tiada pemimpin Pakatan Rakyat Kedah dan pegawai kerajaan negeri yang terlibat dengan gejala rasuah.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .