Ikuti Blog ini

Selepas 6 hari berkempen.


"Assalamualaikum warahmatullah,

 Disini aku ingin kongsi sedikit maklumat mengenai keadaan semasa di Permatang Pauh setelah masuk hari ke-6 berkempen. Mungkin penyokong-penyokong PR yang berada jauh dan tidak berkesempatan menjenguk dan menabur bakti untuk kempen kali ini ingin juga mengetahui perkembangan terbaru kami disini.

Menurut taklimat dari salah seorang pemimpin AMK malam tadi, Insya Allah, kemenangan ditangan kita, dan jika semuanya berjalan lancar, DSAI akan mengangkat sumpah sebagai MP pada 27/8 dan seterusnya kita akan menggegarkan Parlimen.

Tapi, menurut kenyataan Speaker Pendekar semalam, "...belum tentu Anwar akan angkat sumpah pada 27 Ogos ini..." Inilah yg kita takut, entah apa lagi taktik kotor yang bakal mereka gunakan untuk menidakkan kemenangan kita.

Namun begitu, pesan Tok Guru, "...kita jangan terlalu yakin, tapi kita kena kerja kuat, do'a, tawakkal, sebab depa buleh buat apa saja, sebagai contoh, walaupun di Sanglang kita dah menang dalam PRU12 yg lepas tapi mereka masih isytihar BN menang..." Jadi disini kita kena ambik iktibar dan menyeru kepada jentera kita untuk lebih berhati-hati.

Dengar khabar, Najib Altantuya juga sibuk berkempen semalam dan sempat menjenguk di satu kawasan perkampungan di Penanti, namum tidak langsung diendahkan oleh masyarakat setempat yang duduk melepak di kedai kopi sambil hisap rokok daun. So, si Najib ni pun kelitin (bahasa utara) tak tentu arah, lepas 5 minit terus belah... ha ha ha. Dan dimaklumkan malam sebelumnya dia ada buat ceramah di perkampungan Samagagah, tapi cuma 200 orang yg mendengar. Itupun bukan orang kampung, tapi mereka yang memang mengikut kemana saja dia pergi (pengampu le tu).

Dan semalam juga, dikhabarkan Shahidan Kasim bersama pengikutnya cuba berkempen di Pasar Basah pekan Bukit Mertajam (Market BM) tapi langsung tak boleh masuk dan tidak disenangi orang ramai.

Di Guar Perahu pula (tempat berkampongnya UMNO Kedah) diberitakan puak-puak UMNO tempatan langsung tak tolong. Katanya petugas-petugas pasang poster cuma diberikan RM10 seorang, padahal menurut mereka peruntukan yang diberikan oleh 'orang atas' ialah RM100 seorang. Dan malam tadi juga dilaporkan ada pergadohan sesama mereka di kawasan tersebut dan ramai polis ditugaskan berkawal disana.

Kita juga mendapat maklumat bahawa anggota polis juga telah ditambah dari 5000 orang kepada 7000 orang kelmarin. So, kita pun tak tau apa lagi taktik depa lepas ni.

Jadi kita minta kepada semua penyokong PR agar dapat sama-sama membantu, kalau yang jauh & tak dapat datang tu, banyakkan doa dan solat hajat memohon kemenangan semoga Allah memberkati segala usaha kita.

Takbir!!!

21 August 2008

Kempen Anwar Sekitar P44

Berita Bergambar..








Tok Guru Nik Aziz Berihat Di Hospital


MAKLUMAT yang saya terima dari Kota Bharu, Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kini sedang berihat di hospital pakar Perdana Jalan Mahmod Kota Bharu. Beliau masuk ke hospital berkenaan sejak tiga hari lalu.

Sekejap tadi salah seorang Exco Kerajaan Negeri Kelantan menghubungi saya dan memberitahu keadaan Tok Guru sihat dan tidak ada apa yang membimbangkan. "Tok Guru masuk ke hospital berkenana hanya untuk berihat... saya baru lepas menziarahinya" begitu jelas anggota Exco berkenaan.

Minggu lalu Tok Guru bersama lebih 2,500 para pemimpin dan ahli Pas berhimpun di Ipoh Perak dalam muktamar tahun ke 54. Dalam keadaan bertongkat beliau hadir pada muktamar yang bersejarah itu.

Bukan itu saja beliau juga kali ini turut sama memberi ucapan penggulungan pada hari kedua mukatamar berkenaan di mana ini jarang berlaku. Biasanya Musryidul Am hadir sebagai penaung saja dan tidak mengambil bahagian apa lagi menggulung atau membahas usul.

Semacam ada sesuatu yang terdesak bagi Musrsyidul Am itu sehinggakan terpaksa menggunakan platform muktamar untuk membuat penjelasan mengenai sesuatu isu yang timbul ke belakangan ini. Dalam beberapa isu yang berlaku dalam Pas kini Tok Guru bersemangat macam roang muda.

Beliau juga turut sama berada di Permatang Pauh pad hari penamaan calon pilihan raya kecil kawasan itu apda 16 Ogos lalu bagi memberi sokongan padu kepada calon PKR, Anwar Ibrahim. Beberapa blog melaporkan beliau turut sama mendoakan dan mengimani solat hajat untuk kemenangan Anwar.

Dalam ulasannya mengenai pilihan raya itu sebelum ini Tok Guru itu mahukan Anwar menang besar.

Mungkin kerana agak penat dengan muktamar dan suasana dihari penamaan calon itu menyebabkan beliau perlu berihat. Didoakan semoga Tok Guru cepat sihat dan bertenaga kembali untuk sama-sama turun ke Permatang Pauh bersama Husam Musa bagi melihat proses pengundian pada Seleasa depan.

Bolehkah Abdullah di percayai?


Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menafikan tindakan Badan Pencegah Rasuah (BPR) menahan enam orang termasuk dua Exco Kerajaan Perak, kerana disyaki terbabit dalam rasuah bermotifkan politik.

Dia boleh berikan penafian sebanyak mana yang dia mampu – berbuih-buih mulut macam Sabry Cheek ; tapi belum tentu orang akan mempercayainya.

Berkata Abdulla lagi : "Saya gembira kini BPR aktif menjalankan siasatan dan membuat tangkapan hasil daripada penambahbaikan terhadap agensi itu dari segi pertambahan bilangan pegawai dan kemudahan untuk membuat penyiasatan," kata Abdullah.

Bolehkah anda percaya kata-kata Abdullah tersebut? Kalau benarlah sebagaimana apa yang dikatakan Abdullah begitu dan beliau sebenarnya tidak berbohong kepada kita semua, maka tidak lama lagi tentunya kita akan mendapat perkhabaran tentang penyiasatan keatas “18 lagi kes rasuah berprofil tinggi”

Negara pernah hangat dengan “18 lagi kes rasuah berprofil tinggi” yang didedahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Dr Rais Yatim pada 13 Feb 2004 selepas penangkapan dan pendakwaan bekas ketua pegawai eksekutif Perwaja Steel Bhd Tan Sri Eric Chia dan bekas Menteri Pembangunan Tanah dan Kooperatif Tan Sri Kasitah Gaddam .

Kes 18 Perasuah berprofil tinggi tersebut dipercayai melibatkan para menteri dan bekas menteri :

1) Muhammad Muhammad Taib (Bekas MB Selangor )
2) Adnan Yaakob (Bekas MB Pahang )
3) Daim Zainuddin (Bekas Menteri Kewangan)
4) RAP – Bekas Ratu AP
5) Samy Vellu (Bekas Menteri Kerjaraya)
6) Haji Abdul Taib ( KM Sarawak)
7) Mohd Ali Rustam ( KM Melaka)
8) Ling Liong Sik (Bekas Menteri Pengangkutan)
9) Khalil Yaakob (Bekas MB Pahang)
10) Rahim Tamby (Bekas MB Melaka)

Kes seorang ahli umno Kelantan yang melibatkan Pemalsuan / klon 1,000 X RM40 mill AP dan beberapa kes yang melibatkan kerugian Bank Negara, Proton, MAS, TNB , Anak bekas KPN dan banyak lagi!


Kalau bukan kerana konspirasi politik , bagaimana dan kenapa tiba-tiba 2 Exco Perak dicekup atas tuduhan meluluskan projek perumahan yang tak pernah ada lagi? Anda mahu percaya cakap Abdullah? Not me!

28 Ogos 2008 waktu terbaik membentuk kerajaan Persekutuan

" Kami menanti 16 September 2008 . Adakah pakatan rakyat dapat menujuk puncak? atau merubah suasana politik dan pemerintahan kerajaan persekutuan dari barisan nasional kepada kerajaan pakatan rakyat?.

Namun tarikh 16 septembar 2008 adalah satu tarikh yang dipanggil "PSYCHOLOGICAL DATE" tarian politik yang dipentaskan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Namun dari pandangan politik semasa pakatan rakyat yang akan diterajui oleh Anwar Ibrahim seharusnya boleh membuka laluan sebaik sahaja Anwar Ibrahim diangkat menjadi Ketua Pembangkang dalam parlimen.

Pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh sebagai indikator kepada pengaruh Anwar Ibrahim termasuk parti dalam pakatan rakyat dan pengaruh Najib Razak dan umno malah barisan nasional khasnya.

Kami rasa teruja menbaca laman "the riding MP blog" Yb sdr Zulkifli Nordin walaupun ringkas tapi daya penulisan cukup santai. "Jika pertukaran kerajaan di buat pada 27.Ogos. 2008 atau 28.Ogos 2008. dengan cara undi tidak percaya dalam sidang parlimen 28.Ogos 2008.
(untuk jelas sila layari laman "the riding MP').

Jika tiada apa-apa peristiwa pada tarikh tersebut peluang pakatan rakyat untuk tukar kerajaan pada 16.September 2008 agak sukar dan sekadar tinggal sebagai "PSYCHOLOGICAL DATE" sahaja.


Tuan Guru Hj Hadi mahu tiada diskriminasi banteras rasuah di semua negeri


SERDANG: Badan Pencegah Rasuah (BPR) perlu menjalankan siasatan berhubung kes rasuah di semua negeri secara telus sama ada negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional (BN).Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu BPR membongkar kes salah laku rasuah di semua peringkat hingga ke pentadbiran kerajaan Pusat."Kita harap tiada diskriminasi dalam usaha untuk membanteras rasuah kerana ia melambangkan imej negara kepada masyarakat luar," katanya selepas mengadakan lawatan ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2008 di sini hari ini.Abdul Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dua anggota Exco kerajaan negeri Perak ditahan bersama empat lelaki lain oleh BPR kerana disyaki terlibat dalam rasuah berkaitan satu projek perumahan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar, Perak.
Tambah beliau, negeri yang ditadbir BN sepatutnya menjadi contoh yang baik dalam usaha membanteras rasuah kepada kerajaan Pakatan Rakyat yang masih baru mentadbir empat buah negeri kecuali Kelantan yang diterajui PAS."Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP masih baru kerana pertama kali memerintah. Lain dengan PAS kerana sudah lama memerintah Kelantan," katanya.Ditanya sama ada penahanan Exco Perak itu ada kaitan dengan pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos ini, beliau enggan membuat sebaran spekuklasi."Saya tak mahu tuduh. Saya kira rakyat Malaysia sudah biasa dengan situasi ini seperti yang berlaku kepada Tan Sri Eric Chia dulu."Kes beliau juga dibangkitkan ketika musim pilihan raya malah membabitkan jumlah yang lebih besar, namun rasuah tetap salah dari segi moral walaupun melibatkan RM100, " katanya.Hadir sama dalam lawatan itu ialah Naib Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa

Bantahan kepada konspirasi BN : Ayuh turun ke Mahkamah Ipoh


Saya menyeru kepada semua penduduk Malaysia yang perihatin supaya turun beramai-ramai ke Mahkamah Seksyen Ipoh pada jam 9.00 pagi dan mahkamah Tinggi Ipoh pada jam 2.30 petang sebagai tanda bantahan sekaligus berdiri teguh dibelakang Kerajaan pakatan Rakyat Perak.
Dalam kenyataan bersama selepas bermesyuarat pada petang kelmarin, Menteri Besar, Exco Kerajaan Negeri, ADUN dan wakil-wakil parti yang hadir bersetuju untuk turun beramai-ramai bagi menunjukkan sokongan kepada 2 exco dan mereka yang lain yang dikaitkan dengan rasuah.


Penafian bahawa tiadanya projek bernilai RM 180 juta dan penagkapan kepada salah seorang exco oleh pihak BPR adalah suatu pakatan jahat dan konspirasi yang semacam dirancang sedemikian di Restoran Keluang Ipoh. Kenyataan bercangah yang dikaitkan dengan sex yang tidak disebutkan dalam mahkamah tetapi dalam kenyataan ahbar sebagaimana yang disiarkan dalam akhbar menunjukkan tidak konsistennya fakta pihak berkenaan.
Tertuduh dipaksa membuka beg yang diletakkan di atas meja oleh individu yang tidak dikenali dan juga pejabat mereka disahkan telah digeledah tanpa ada surat waran dan diwakili peguam yang terang-terang menyalahi undang-undang.
Unsur perangkap jelas sebagaimana penjelasan yang diberikan oleh saksi-saksi dan individu yang berada di tempat kejadian. Salah sorang pegawai exco yang terlibat yakin kita dpt bebaskan yang tertuduh pada 3.00 petang ini. Semua tertuduh telah beri kerjasama yang baik kepada BPR. . Yakinlah ini satu tindakan UMNO dan BN disamping isu PR kecil Permatang Pauh.http://idhamlim.blogspot.com/

Golongan Yang Suka Bersumpah Menurut Al Quran


"اتَّخَذُوا أَيْمَانَهُمْ جُنَّةً فَصَدُّوا عَن سَبِيلِ اللَّهِ إِنَّهُمْ سَاء مَا كَانُوا يَعْمََ Mereka itu menjadikan sumpah mereka sebagai perisai, lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang tela mereka kerjakan. (Al-Munafiqun:2)

 Mereka menjadikan sumpahnya sebagai perisai (untuk menyelamatkan diri dan harta bendanya daripada dirampas atau dibunuh), maka Dengan Yang demikian dapatlah mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari jalan Allah; oleh itu mereka beroleh azab seksa Yang menghina. ( Al Mujadilah : 16 )


Dan mereka bersumpah dengan nama Allah dengan sesungguh-sungguh sumpahnya. Sesungguhnya jika datang kepada mereka seorang pemberi ingatan, sudah tentu mereka akan lebih betul jalan agamanya dari sebarang umat yang lain. Setelah datang kepada mereka seorang pemberi ingatan Maka kedatangannya itu hanya menyebabkan mereka bertambah liar dari kebenaran. ( Faathir : 42 )


Dan (telatah kaum munafik itu menjadikan) orang-orang Yang beriman berkata: "Adakah mereka ini orang-orang Yang bersumpah Dengan nama Allah, Dengan sebenar-benar sumpahnya, Bahawa mereka benar-benar menyertai dan menolong kamu?" telah gugurlah amal-amal mereka, lalu menjadilah mereka: orang-orang Yang rugi. ( Al Maidah : 53 )

Sumber : http://talkjanz.com/index.php?option=com_content&task=view&id=192&Itemid=43

Lain - Lain : i. Imam Masjid Wilayah Ahli Umno?
Sumber : http://talkjanz.com/index.php?option=com_content&task=view&id=194&Itemid=43


 "

MB dakwa konspirasi politik


Kerajaan negeri Perak mempertahankan dua ahli exconya yang ditahan Badan Pengecah Rasuah (BPR) kerana dipercayai terlibat dengan rasuah dan mendakwa ia berpunca daripada konspirasi politik,
kata Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

"Kerajaan Pakatan Rakyat menafikan ada meluluskan mana-mana projek perumahan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar. Projek tak wujud jadi mustahil kedua-dua exco boleh membantu meluluskan projek.

"Kami yakin kedua-dua exco dan rakan-rakan telah dianiaya. Kerajaan Pakatan Rakyat tidak tergugat dan akan terus tadbir dan urus negeri seperti biasa," katanya mengulas kes penahanan dua ahlli exco atas tuduhan rasuah, selepas mempengerusikan mesyuarat Pakatan Rakyat di kediamannya di Ipoh semalam.

Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah naib presiden PKR Dr Lee Boon Chye, pengerusi PKR negeri Ismail Yusof dan pengerusi DAP Datuk Ngeh Koo Kham serta Ahli Dewan Undangan Negeri pakatan itu, demikian menurut laporan Bernama.

Menurut Mohammad Nizar, kerajaan negeri tidak akan menghalang BPR daripada menjalankan siasatan ke atas mana-mana adunnya.

"Biarlah proses undang-undang berjalan," katanya, sambil menambah beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kes itu untuk mendedahkan pembohongan dan penyelewengan kes itu.

Selain itu, Mohammad Nizar berkata Pakatan Rakyat juga akan menubuhkan panel peguam untuk membantu pembelaan.

Mesyuarat Pakatan Rakyat yang diadakan di kediaman rasmi menteri besar itu berlangsung selama satu setengah jam.

Demontrasi Membantah Penguatkuasaan Parking Bermeter DBKL


Ahli Parlimen Titiwangsa, YB. Dr. Lo’Lo’ Binti Dato’ Hj. Mohamad Ghazali akan turun bersama rakyat bagi membantah penguatkuasaan penggunaan parking bermeter oleh DBKL.

Program dijangka berlangsung pada 21 Ogos 2008 (KHamis), 9.00pg bertempat dihadapan hadapan Mc. Donald, Desa Pandan, Kg. Pandan.

Para penduduk dan peniaga tidak bersetuju kewujudan parking bermeter itu kerana selama ini mereka boleh meletakkan kenderaan dengan percuma dikawasan berkenaan. Sebelum Ahli Parlimen Titiwangsa pernah berdemo untuk membantah kenaikkan 35% caj parking sedia ada (Gambar).

Dalam isu terbaru ini pula, Ahli Parlimen Titiwangsa telah menghantarkan surat bantahan penduduk kepada DBKL. Namun jawapan DBKL agak mengecewakan. DBKL memberikan alasan bahawa masalah ‘double parking’ yang sering berlaku menyebabkan mereka terpaksa meletakkan meter itu disitu.

Alasan bodoh ini menimbulkan kemarahan penduduk dan peniaga kerana masalah itu tidak wajar diselesaikan dengan cara mengenakan caj. Pada masa ini, masih terdapat banyak kenderaan yang diletakkan secara ‘double parking’ dan para pengguna tiada pilihan kerana ruang tempat letak kereta adalah terhad khususnya pada waktu puncak.

DBKL dilihat cuba menyelesaikan masalah ini umpama menangguk di air keroh. Mereka dapat untung berganda hasil dari caj dan saman yang dikeluarkan. Penduduk dan peniaga sekitar Desa Pandan tetap menderita kerana kos hidup mereka meningkat ekoran tindakan jahil DBKL.

Perkara ini turut berlaku dibeberapa kawasan lain dan benar-benar menyusahkan rakyat di seluruh Kuala Lumpur. Antara kawasan lain yang turut dikenakan bayaran parking bermeter adalah Taman Sri Hartamas, Desa Sri Hartamas, Bandar Baru Sri Petaling, Bangsar Utama, Bukit Damansara, Taman Sri Rampai, Bandar Tasik Selatan, Sungai Besi, Taman Desa, Danau Entrepreneurs Park, Kuchai Entrepreneurs Park, Metro Prima Kepong, Kepong Entrepreneurs Park, Kepong Baru and the Wholesale Market complex.

Oleh itu kami menyeru pada rakyat yang prihatin untuk turun bersama ke demontrasi ini.

2 Exco: Pejabat MB Perak serah kepada BPR


IPOH, 20 Ogos: Pejabat Menteri Besar Perak menyerahkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk menjalankan siasatan terhadap dua anggota Exconya yang kini ditahan.

Menurut Setiausaha Politik MB Perak, Misbahul Munir Masduki, kedua-dua Exco berkenaan kini ditahan reman sehingga Jumaat ini.

"Saya diberitahu wang RM20,000 yang ada dalam beg salah seorang Exco yang ditahan itu adalah wang pinjaman beliau untuk membaiki rumahnya.

"Bagaimana beliau ditangkap BPR, saya tidak tahu dan tidak dapat lagi bercakap dengan kedua-duanya untuk mengetahui perkara sebenar kerana kini mereka ditahan BPR," kata Misbah ketika dihubungi Siasah.

BPR menahan tiga pemimpin PKR Perak termasuk dua Exco kerajaan negeri dan seorang lagi bekas Adun untuk membantu siasatan terhadap satu dakwaan rasuah.

Sehingga kini, apa yang berlaku belum dapat dipastikan lagi.

"Kerajaan kita masih stabil kerana kita ada 31 manakala BN ada 28. Apabila kita hilang dua, katakanlah begitu, kerajaan yang ada ini masih majoriti satu kerusi iaitu kita jadi 29 kerusi berbanding BN 28," kata Misbah

Jangan Terkejut.. memang Pengarah BPR Perak Penyokong kuat UMNO!!


Pagi ini saya menerima sms kata dua Exco Perak ditangkap, mungkin ramai yang terkejut? tapi tidak pada saya. saya bukan tidak terkejut oleh kerana sudah mengetahui mereka ini memang kaki rasuah tetapi saya mengetahui Pengarah BPR itu memang kuat Umnonya dan menjadi barua kepada UMNO. Ibunya bekas ketua cawangan Umno, manakala Idolanya adalah Rafidah Aziz.dalam temuramah mingguan Malaysia 11 febuari 2007. katanya Pengarah BPR ini , rafidah Aziz ini memang contoh terbaik bagi wanita. sebagai pegawai tinggi BPR apakah Shamsiah ini tidak tahu yang Rafidah itu sudah disabitkan rasuah oleh BPR .

cuma dokumennya tidak dimajukan untuk tindakan, serupalah bekas pengarah BPR yang diberhentikan tetapi tidak didakwa.mereka ini memang barua UMNO, termauklah ketua pengarah BPR sekarang yang muka panjang tetapi akal pendek, pantas membuka siasatan terhadap Yong teck Lee atas arahan Umno untuk mengugut agar tidak melompat parti. BPR sekarang bekerja untuk UMNO, sudah tentu BPR Perak kini bekerja untuk Umno sebagai sebahagian jentera kempen untuk pilihanraya Permatang pauh. masakan tidak ramlang Porigi yang menjadi ahli pemuda Umno permatang Pauh tiba tiba boleh jadi Imam Masjid Wilayah persekutuan.yang mendengar sumpah Saiful Bukhari. ini semua jentera Kerajaan yang digunakan untuk kempen UMNO.

Saya pernah menulis sebelum ini bagaimana BPR Perak bersengkongkol dengan Cina Kelab Malam dan Pemimpin Umno memerangkap Ketua Hakim Mahkamah Syariah dengan dakwaan Rasuah, tuduhannya mudah, katanya Hakim terima RM 4ribu untuk bebaskan GRO? buktinya hanya duit masuk dalam Akaun si hakim ini, apa susahnya mana mana ATM bank boleh kita Bank In duit cuma perlu tahu No Akaunnya, katanya hakim ini masih dikuarantin dibagunan SUK Perak. pada sebelum itu jabatan Agama Islam hebat menjalankan pembersihan orang melayu yang melacurkan tubuh dalam industri ini. akibat serangan yang tidak henti henti perangkap telah dibuat? siapa dalangnya? ia didalangi pemimpin UMNO yang menjadi rakan kongsi kelab kelab malam dan karoeke di sekitar IPOH. mereka mendapat lesen hiburan hanya dengan Cop dari pejabat Istana Raja Kecil Besar untuk memohon apa apa permit, Raja Kecil Besar adalah keturunan Sultan Idris, atas sebab itu Sultan Perak menarik keistimewaan Raja Kecil Besar pada tahun lepas atas banyak sebab yang umum tidak mengetahui.

apa yang lebih menarik sejurus Hakim ini didakwa dan ditangkap oleh BPR, tuntutan fasakh isteri ketua bhagian Umno Ipoh Timur Hamzah Zainuddin yang kini timbalan Mneteri Perumahan sebanyak 11juta ditarik balik oleh Mahkamah Rayuan Syariah, sudah pastilah tuntutan itu boleh dibatalkan kerana Pemimpin Umno ini berjaya merosakkan kredebiliti Hakim mahkmah Syariah Perak, dan penghakiman nya dahulu untuk tuntutan 11juta terhadap hartanya dulu sudah boleh diragui, pandai atau tidak pemimpin UMNO ini bermain wayang dengan BPR perak yang pengarahnya seorang penyokong kuat UMNO.

jadi apa yang perlu Pengarah BPR juga harus disiasat. Hamzah Zainudin juga antara nama Konspirator dakwaan liwat tahun 1998, dan yang terlibat secara langsung adalah isterinya sendiri. bayangkan jika tuntutan fasakh 11juta.. berapa hartanya yang sebenar, apakah Pengarah BPR Perak yang kuat Umnonya mahu siasat? pesanan saya kepada Pengarah BPR Perak jangan buat kerja kempen UMNO menjelang Pilihanraya kecil.

Tunggu Pendedahan seterusnya..

Lawan tetap Lawan

reformis muda

Datuk Wira Ayob Yaakob: Dari Batu Burok ke Permatang Pauh


Aku sebenarnya sudah lama berniat menulis sesuatu berkaitan pertukaran Ayob ke Pulau Pinang. Namun, kerana tidak mahu selamanya bersangka buruk dengan pihak polis, maka aku diamkan sahaja dengan beranggapan ianya adalah pertukaran biasa.

Mungkin ramai yang tidak menyedari Datuk Wira Ayob Yaakob yang kini bertugas sebagai Ketua Polis Pulau Pinang adalah bekas Ketua Polis Terengganu. Ayob dilantik sejak 16 Jun 2008 yang lalu selepas tempatnya di Terengganu diganti oleh Pemangku Senior Asisten Komisioner I (SAC I) Sidin Abdul Karim, Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika hadir di sesi taklimat mengenai persiapan anggota polis pada pilihan raya kecil Permatang Pauh di Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Tengah. Turut hadir Ketua Polis Negeri Datuk Wira Ayob Yaakob (kanan).

Kerana politik juga, beberapa foto individu tertentu yang diambil gambar mereka pada malam kejadian PBB 809 dimuatkan di dalam akhbar dan diminta menyerah diri kepada pihak berkuasa. Sehingga hari ini kes PBB 809 masih dalam perbicaraan.

Datuk Wira Ayob Yaakob kini bukan lagi berkhidmat di Terengganu. Dosanya membiarkan si polis yang melepaskan peluru hidup bebas masih dikenang penduduk Terengganu. Suwandi dan Azman yang menjadi mangsa sudah tentu masih kekal parut di tubuh mereka, namun luka di hati mereka sudah tentu masih merah berdarah.

Hari ini, kepanasan Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh melonjak kembali nama bekas Ketua Polis Terengganu itu. Apatah lagi bilamana beberapa keping gambar individu didedahkan kepada media untuk disiarkan yang kononnya membantu siasatan insiden yang telah mencederakan wartawan.

Harakahdaily melaporkan insiden memukul jurugambar berkenaan sebagai satu kejadian aneh. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengatakan tiada sebab mengapa dua jurugambar itu perlu dipukul oleh ahli KeADILan kerana tidak ada sebarang kejadian yang menimbulkan kemarahan penyokong Pakatan Rakyat.

Peliknya, dalam banyak-banyak kes, insiden politik memihak kepada UMNO dan BN sahaja yang sibuk dijaga oleh Ketua Polis yang seorang ini. Bukan mahu bersangka buruk, tetapi tindakan dan keputusan yang diambil dilihat begitu. Apakah pihak polis terus digunakan untuk merancang rusuhan sebagaimana PBB 809?

Jika tindakan pro-aktif sebegini dilakukan, (mendedah muka pesalah di akhbar) mungkin wajah-wajah penderhaka kepada Tuanku Sultan yang digelar NATANG oleh pihak-pihak terbabit juga patut disiarkan di dalam akhbar dan media. Kes ini juga terus senyap. Apakah berlaku pendakwaan atau tidak, rakyat langsung tidak mengetahuinya.

Polis melenting jika dikatakan anjing UMNO dan BN oleh sesetengah pihak. Merasa terhina dengan logo berkepala anjing, 'bertuhankan' C4 dan RM semata. Namun, realiti dan kebenaran yang ada sukar menafikan begitulah polis diperKUDAkan ( jangan baca ANJING. Polis marah).

Bukan tidak percaya kepada pihak polis yang ada. Tapi ternyata tindakan dan keputusan yang diambil selalunya tidak boleh dipercayai dan diyakini. Bukang sangsi dengan kebijaksanaan polis, tetapi selalunya kesangsian yang diperlihatkan oleh pihak polis dalam menangani kes-kes terutamanya melibatkan politik.

Apakah pertukaran Datuk Wira Ayob ke Pulau Pinang tersimpan suatu agenda yang besar? Mungkin Datuk Wira Ayob Yaakob ada jawapannya!

Anwar sanggah fitnah, puji jentera kempen PAS




PERMATANG PAUH, 20 Ogos - Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim membidas dengan tegas fitnah bahawa kononnya PAS tidak bersama membantu kempen pilihan raya kecil di Permatang Pauh yang sedang berlangsung semenjak 16 Ogos lalu.


Ini termasuk manipulasi media yang cuba menggambarkan hubungan retak antara KeADILan dan PAS lanjutan perbahasan perwakilan Muktamar PAS yang ke-54 di Ipoh baru-baru ini.
"Di Permatang Pauh ini sendiri sebenarnya mereka fitnah kononnya PAS tidak membantu kempen sedangkan kalau tengok jentera bantuan ketara sekali dan kerjasama PAS cukup baik.
"Dalam satu majlis baru-baru ini ramai pemimpin PAS datang. Saya katakan kepada pemimpin Umno bahawa inilah sokongan yang PAS berikan, tetapi ini tak dilaporkan oleh media arus perdana," katannya ketika diwawancara Harakah secara eksklusif petang semalam di Bangunan Yayasan Aman di Permatang Pauh.
Katanya media milik Umno sudah tentunnya memperbesarkan pandangan dalam muktamar PAS yang berlaku malah tidak terkecuali dalam kongres KeADILan dan DAP yang akan datang seolah-olah KeADILan di Kedah dan Perak merasa tidak puas hati dengan kerajaan negeri untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat.
"Seperti juga PAS di Pulau Pinang yang tidak puas hati kepada kerajaan negeri, ini soal biasa yang bukan isu besar yang boleh sebabkan ketegangan, namun ini dilaporkan oleh media arus perdana untuk mencetus kemelut kononnya.
"Isu ini sebenarnya isu yang boleh dirundingkan dan pandangan mereka yang tidak berpuashati itu hanyalah sekadar pandangan mereka dan ini bukanlah mewakili parti secara keseluruhannya," katanya.
Soal adanya kritikan dalam muktamar PAS baru-baru ini adalah terpulang kepada kebijaksanaan pimpinan parti dalam pakatan dan beliau menyifatkan kekeliruan yang timbul itu sebab wujudnya kerja fitnah akhbar arus perdana, kata Anwar
"Kalau tengok Nik Aziz telah memberi penegasan terhadap sokongan kepada Pakatan Rakyat di sini dan datang pada hari penamaan calon.
"Selain itu kalau dengar doa oleh Ketua Dewan Ulama, Ustaz Mohd Daud Iraqi, dia berdoa sangat kuat supaya kerjasama dalam pakatan semakin kuat, ini satu signal yang jelas bagi saya, cara mereka hormati kami dalam muktamar cukup baik tetapi media tak perbesarkan," katanya mengakhiri perbualan memandang terpaksa bergegas ke aktiviti selanjut bertemu masyarakat.

POSTER KEMPEN




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .