Ikuti Blog ini
Walau Cuba Dihalang Polis, 500 Orang Berjaya Demo Bantah Kekejaman Israel Terhadap Umat Islam Palestin Di Masjid Abu Bakar !! , at 3.1.09,
TEMERLOH - Lebih 500 terdiri daripada penyokong parti politik, NGO dan orang ramai hadir di Masjid Abu Bakar, Temerloh membantah dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadab Zionis Yahudi menyerang dan membunuh penduduk Gaza Palestin selepas Sembahyang Jumaat tengahari semalam (2 Januari). Perhimpunan aman tersebut berjaya berjalan selama setengah jam walau pun cuba dihalang pihak polis kerana dikatakan pada mulanya tidak mendapat keizinan daripada pihak polis daerah. Pengerusi Panel Panasihat Undang-Undang PAS Pahang, Abdullah Abdul Karim telah mempengerusikan majlis dan Yang DiPertua PAS Kawasan Temerloh Ustaz Abdul Rahim Latif serta Ketua Bahagian PKR Temerloh Ahmad Nizam Hamid telah berucap. Sementara Ketua Pemuda Kawasan Ustaz Jauhari Ishak membacakan doa. Turut hadir dalam perhimpunan tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Yusof Embong, Bendahari PAS Pahang Musaniff Abdul Rahman serta wakil-wakil NGO. Selain itu, pasukan polis juga menempatkan ramai anggotanya termasuk yang berpakaian awam. Umno Temerloh dikatakan pada mulanya berhasrat untuk menaja Solat Hajat untuk tujuan yang sama selepas Solat Jumaat, namun tidak berlaku pula program seperti yang dirancang.Penunjuk perasaan bantahan melaungkan takbir dan mengibar bendera Palestin, sepanduk, kain rentang dan poster sebagai tanda mengecam Yahudi dan dan meminta umat Islam negara itu bersabar. Di samping itu, bendera negara haram Zionis Israel turut dibakar sebagai tanda membantah dan menyatakan kemarahan atas tindakan buas dan ganas Yahudi terhadap umat Islam selatan Gaza yang dibedil bermula 27 Disember lalu itu. Sehingga kini, korban kematian sudah mencecah 420 orang dan lebih 2,000 yang lain cedera parah. Sepanjang beberapa hari ini lebih daripada 20 lokasi di Gaza telah dibom dari udara, darat dan laut termasuk kediaman dua pimpinan senior Hamas. Sementara dalam sidang media yang diadakan selepas itu, Yusof Embong menggesa Malaysia menarik balik kedutaan negara ini di negara-negara yang menyokong Israel seperti Britain sebagai tanda bantahan terhadap persekongkolan negara tersebut dengan pengganas Yahudi.
Yusof juga mengingatkan, bahawa kezaliman tindakan rejim Israel ini bukan sahaja berkaitan isu agama tetapi juga berkaitan isu kemanusiaan sejagat. Dalam pada itu, Nizam Hamid memberitahu demonstrasi hari ini mendapat sokongan kuat peguam-peguam daerah Temerloh jika pihak tertentu mengambil tindakan. Beliau juga memberitahu akan membuat ‘road show’ seluruh negeri Pahang dengan memanggil wakil Hamas. Antara tujuannya ialah untuk memberi penerangan dan mengumpul derma untuk membantu umat Islam Palestin. Sementara itu derma kilat yang dilancarkan bagi umat Palestin semasa demonstrasi tersebut telah berjaya mengumpul RM1,075.50 dan 15 Riyal hasil sumbangan orang ramai.
[Terkadang kita naik hairan dengan pihak berkuasa terutamanya pasukan polis di Malaysia negara Islam Hadhari ini. Biarpun demonstrasi yang diadakan bukan bertujuan politik tetapi untuk memberi sokongan kepada umat Islam di Palestin. Namun, mereka masih mahu menghalang rakyat untuk menyatakan bantahan atas kekejaman yang dilakukan oleh Zionis itu. Sungguh malang bagi umat Islam di Malaysia, jika perkara seperti ini pun dianggap sebagai perhimpunan haram. Walhal ia bertujuan untuk menyatakan perasaan kecewa atas segala kezaliman yang berlaku itu].
Lojik Menjelang Maghrib - Pahala & Dosa..!! , at 3.1.09,
- “Kalau undi PAS dapat pahala, adakah undi BN dapat dosa?”
- “Bagaimana orang PAS yang undi DAP, dapat pahala juga?”
- “Adakah undi BN yang buat masjid tidak dapat pahala?”
Dalam ilmu lojik, bila dikata sesuatu itu begitu tidak semestinya yang selainnya tidak begitu. Misalnya saya kata, “Baju saya hitam”. Tidak semestinya baju orang lain putih. Bila saya kata begitu, orang lain boleh jawab begini, “Baju saya pun hitam juga”.
Tapi Wan Farid tak kata pun, “Undi BN pun dapat pahala juga”. Mengapa? Kalau dia tidak berbuat begitu kerana tidak mahu dikata sebagai mencampur-adukkan agama dengan politik, ini lebih bahaya. Politik suku agama suku, sekular.
Orang PAS undi DAP macam mana? Dapat pahala juga ke?
Jika ada seorang pencuri yang ingin menangkap pencuri yang lain, kita menolongnya. Adakah berpahala? Jawabnya, ya. Sebab kita bukan menolongnya mencuri tetapi menolongnya menangkap pencuri. Kalau dia pula yang mencuri kita tangkap dia pula.
DAP tolak hudud, BN pun tolak hudud. DAP tolak ISA tapi BN pertahan ISA. Kita undi DAP sebab dengan undi DAP kita dapat kukuhkan usaha mansuhkan ISA. Adakah undi DAP dalam situasi ini dapat pahala. Jawabnya, ya.
Undi BN dapat pahala atau tidak?
Umno ada Hamid Othman, Yusof Nor, Zainal Abidin Kader dan ramai lagi. Biar merekalah yang jawab.
Sebagai orang PAS saya kata macam Nik Abdul Aziz kata, “Undi PAS dapat pahala”.
Laungan 'Jahanam Israel ' berkumandang di Masjid Negara ,Jumaat, Januari 02, 2009 at 2.1.09,
KUALA LUMPUR - Api kemarahan dan kebangkitan umat Islam meledak ke seluruh negara dan pelusuk dunia membantah sikap 'kebinatangan' Israel membunuh dengan kejam penduduk Palestin sehingga mengorbankan lebih 300 nyawa.

Akibat daripada itu, bertempat di Masjid Negara Kuala Lumpur sebentar tadi, sejumlah 500 umat Islam berkumpul menyertai Himpunan Aman Palestin sambil meluahkan rasa amarah yang tidak berkesudahan kepada rejim zionis Israel itu sambil menggesa negara-negara Islam mengambil tindakan drastik bagi mengelak pertumpahan darah berlaku lagi yang bermula sejak 60 tahun lalu tanpa henti. 
Pelbagai slogan dan sepanduk dinaikkan antaranya "Support Palestin" di samping laungan penuh benci orang ramai seperti "Jahanam Israel!" "Hancur Yahudi!" berkumandang di pekarangan masjid tersebut yang turut menarik perhatian kenderaan-kenderaan yang lalu-lalang di bulatan berhampiran pintu masuk masjid.
Himpunan hari ini diketuai sendiri oleh Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub bersama pimpinan PAS dan NGO yang lain seperti Ketua Pemuda PAS Wilayah Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad dan Ketua Angkatan Muda KeADILan Shamsul Iskandar Mat Akin.
Sungguhpun terdapat sejumlah 50 anggota polis, kehadiran mereka dilihat sekadar memantau perjalanan himpunan aman tersebut dan setakat ini tiada sebarang insiden yang tidak diingini dan tangkapan berlaku. 
Sementara itu di Pahang Ketua Penerangan Pemuda PAS Pahang, Abdullah Abdul Karim memaklumkan bahawa Gabungan NGO-NGO Islam Pahang dan Pakatan Rakyat turut mengadakan Himpunan Aman Intifadah pada hari ini selepas solat Jumaat di Perkarangan Masjid Abu Bakar, Temerloh.
Manakala Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) juga mengutuk serangan kejam rejim Yahudi ke atas rakyat Palestin dengan mengadakan himpunan sama di perkarangan Masjid Sultan Haji Ahmad Shah (SHAS), UIAM Gombak selepas solat Jumaat hari ini. 
Pada 30 Disember lalu Naib Presiden PAS Mohamad Sabu telah menghantar memo bantahan kepada wakil kedutaan Amerika dan lebih 500 orang daripada pelbagai NGO dan parti-parti politik menyertai himpunan di hadapan kedutaan Amerika tersebut.
Dilaporkan setakat ini seramai 360 orang dan hampir 1700 orang cedera akibat kebiadapan Israel yang melakukan serangan di Gaza sejak Sabtu lalu. Dalam pada itu sesiapa yang berhasrat untuk menyumbang dana bagi membantu meringan beban penduduk Palestin bolehlah dimajukan ke Tabung Palestin di nombor akaun Maybank 564070703248 atas nama PARTI ISLAM SEMALAYSIABiodata Abdul Wahid Endut calon PAS Kuala Terengganu , at 2.1.09,
Pengumuman tersebut dibuat di hadapan kira-kira 10,000 ahli dan penyokong PAS dalam majlis peristiharan calun yang diadakan di Stadium Negeri dekat sini, semalam.
Beliau berkata beliau sendiri yang memilih Mohd Wahid, 51, dan ia telah mendapat restu Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Menurutnya dalam pemilihan calon itu, beliau mendapat pandangan daripada pelbagai pihak termasuk mengadakan isytisyarah (pandangan daripada orang ramai)dan istiqarah (sembahyang dan minta petunjuk).
"Sangat susah pilih calon PAS kerana calon-calon yang diketengahkan semuanya baik-baik... tiada rasuah, tiada politk wang dan tiada penyelewengan politik," katanya.
Wahid, sebaik sahaja diumumkan sebagai calon kelihatan ‘sebak’ (gambar bawah) dan terus memeluk sahabat-sahabat seperjuangan sebelum tampil untuk berucap.
Beliau menyatakan rasa terharu atas pemilihan beliau dan berjanji akan memikul tanggungjawab yang diamanahkan oleh pimpinan.
Katanya prinsip beliau dalam politik tidak akan mencari musuh namun apabila bertemu dengan musuh, beliau tidak akan lari.
Bercakap kepada pemberita dalam sidang media selepas itu, Abdul Hadi berkata Mohd Abdul Wahid dipilih berdasarkan kepada ketokohannya sebagai ADUN Wakaf Mempelam selama
Katanya Abdul Wahid menjadi Exco Pembangunan Usahawan dan Belia Negeri semasa PAS memerintah Terengganu dari 1999 hingga 2003, justeru beliau mampu menarik sokongan pengundi dari setiap lapisan masyarakat.
"Calon kami (PAS) mempunyai banyak pengalaman sebagai wakil rakyat... tidak pernah kalah dalam
Beliau berkata Abdul Wahid juga adalah Bendahari Badan Perhubungan PAS Terengganu merangkap Yang Dipertua PAS Kuala Terengganu yang memiliki Ijazah Sains Marin dan Perikanan dari Universiti Putra Malaysia (UPM – dulu Universiti Pertanian ).
Sementara itu, dalam sidang media yang sama Abdul Wahid berkata beliau mempunyai banyak isu yang hendak ditimbulkan semasa berkempen dalam pilihan raya kecil itu nanti.
"Tunggu. Banyak masa lagi untuk berkempen. Bila tiba masanya saya akan kupas satu persatu ikut keperluan semasa," katanya.
Mohd Abdul Wahid berkata beliau juga tidak akan menyerang peribadi lawannya ketika berkempen untuk pilihan raya kecil itu.
Mengenai calon Barisan Nasional (BN) Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang merupakan pemimpin peringkat nasional, Mohd Abdul Wahid berkata kedudukan itu tidak menjamin kemenangan seseorang calon.
Berikut disiarkan biodata calun PAS, Mohd Abdul Wahid Endut;
Nama penuh : Haji Mohd Abdul Wahid bin Hj. Endut
Umur : 51 tahun
Tarikh lahir : 29 hb September 1957
Tempat kelahiran : Kampung Pulau Rusa, Kuala Terengganu
Tempat tinggal : Kampong Seberang Baruh Kiri,
Jalan Kelantan, Kuala Terengganu.
Keluarga
Isteri : Wan Fatimah binti Wan Abdullah
Pekerjaan Isteri : Guru (P.K. HEM)
Anak : 9 orang – 2 lelaki dan 7 perempuan.
Taraf Pendidikan
1. Sekolah Rendah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
2. Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
3. Universiti Pertanian
Pengalaman kerja
1. Pegawai Tadbir UPM
2. Peniaga
3. Exco Kerajaan Negeri Terengganu – 1999 – 2004
4. ADUN Wakaf Mempelam sejak 1990 – hingga sekarang
Jawatan Dalam Parti
1. Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu
Teruja Dengan Pengumuman Calon PRK P036 , at 2.1.09,

Kuala Terengganu - Majlis pengistiharan calon Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu di Stadium Negeri Terengganu hari ini dihadiri oleh lebih 10000 penyokong, terdiri daripada warga tempatan mahupun dari luar negeri Terengganu.
Anggota polis yang bertugas mengawal lalulintas di sepanjang jalan serta luar stadium bagi memastikan kelancaran majlis serta mengelakkan sebarang provokasi dan kekecohan timbul.
Penyokong mula membanjiri stadium tersebut seawal jam 7.00 malam untuk sama-sama solat berjemaah serta solat hajat yang diimamkan oleh Presiden PAS. Gerai-gerai jualan yang didirikan di luar stadium turut memeriahkan suasana.
Menurut sumber,sumbangan orang ramai yang mencecah RM8000 semasa majlis ini jelas menunjukkan sokongan serta kesungguhan rakyat Terengganu untuk melihat perubahan pada pilihan raya kali ini.
Sumbangan tersebut akan disalurkan kepada gerak kerja jentera pilihan raya Dun Kuala Terengganu.

Kata-kata amanat dari wakil komponen Pakatan Rakyat, iaitu DAP dan PKR disambut dengan laungan takbir penuh bersemangat oleh para hadirin.

Suasana dewan hening sejurus sebelum Tuan Presiden PAS mengumumkan calon bagi pilihan raya kecil ini. Calon yang dipilih hasil istiqarah serta pandangan semua pimpinan ini, Tuan Haji Ahmad Wahid Endut berjanji akan mendokong amanah yang telah dipertanggungjawabkan.






Kuala Terengganu: YB Abdul Wahid Endut calon PAS ,Khamis, Januari 01, 2009 at 1.1.09,
Akhirnya calon PAS untuk pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu telah pun diisytiharkan. Beliau adalah seorang yang berpengalaman, disenangi oleh pimpinan PAS negeri, ahli-ahli dan pengundi di Kuala Terengganu. Beliau tidak ditonjolkan atau menonjol sebagai calon terkanan sebelum ini tetapi ternyata beliau pilihan yang tepat untuk berhadapan dengan Senator Wan Farid dari Umno/BN.Beliau yang dimaksudkan adalah ADUN Wakaf Mempelam, bekas EXCO kerajaan negeri Terengganu ketika PAS memerintah iaitu Sdr Abdul Wahid Endut.
Abdul Wahid, 52 tahun adalah ADUN sejak lima penggal, lulusan UPM dalam bidang perikanan dan sains marin. Beliau memiliki rekod yang cemerlang samada sebagai ADUN atau EXCO selama sepenggal dan sebagai ADUN pembangkang. Hubungan beliau dengan rakyat baik dan begitu juga dengan kakitangan kerajaan, media dan ahli-ahli parti. Ada yang mengumpamakan Wahid sebagai anak didik Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato Mustapha Ali kerana kerusi Wakaf Mempelam yang beliau wakili kini adalah kerusi yang dimemanangi oleh Mustapha ketika PAS melakukan “comeback” di Terengganu pada tahun 1982.
Apa pun ternyata pemilihan Wahid ini menamatkan segala spekulasi dan menurut maklumat yang diterima segala bacaan Umno dan BN tersasar dan kini mereka berhadapan dengan seorang yang berkaliber, tidak kontroversial dan pasti memiliki rekod yang jauh lebih baik dari calon mereka sendiri.
Tahniah YB, tahniah PAS Terengganu mudah-mudahan dengan kerja kuat semua pihak dan bantuan Allah swt, kerusi Kuala Terngganu akan jatuh ke tangan PAS/ Pakatan Rakyat.
ALLAHUAKBAR!!!
BERJUANG TEGAKKAN ISLAM , at 1.1.09,

WALAU SIAPA CALONNYA
Teka teki siapakah calon pilihanraya kecil di P.36 Kuala Terengganu dan spekulasi mengenainya insyaallah akan terungkai dan terlerai pada malam ini , di mana Sohibus Samahah Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS akan mengisytiharkannya .
Saya terlebih dahulu mengucapkan mabruk ( muqaddam ) kepada siapa jua yang diisytiharkan sebagai pemegang amanah ( calon ) mewakili parti/jamaah untuk turun ke medan membawa segala dasar dan risalah perjuangan .
Semoga Allah mengurniakan kemenangan kepada perjuangan suci yang kita dokongi bersama ini . Biarpun kita menyedari terlalu banyak halangan dan rintangan yang bakal ditempuh , namun berbekalkan keikhlasan dan kesungguhan untuk menjulang syariat dan syiar Islami segalanya dihadapi dengan sabar dan tabah.
Perjuangan ini sememangnya mempunyai sunnah dan tabiat yang wajib difahami serta dihayati oleh semua pejuangnya agar kita TIDAK salah langkah dan silap perhitungan semasa mengenderainya meredah segala cabaran luar dan karenah dalam yang dihadapi .
Saya percaya bahawa dalam menghadapi pilihanraya kecil P.36 Kuala Terengganu ini , semua pimpinan , jentera dan ahli telahpun bertungkus lumus melaksanakan taklif perjuangan ini semampu mungkin .
Lantaran itu suka saya mengingatkan semua peringkat jentera kita , agar laksanakan tugas dengan ikhlas mengharapkan redha dan restu Allah Qadhi Rabbul Jalil serta gigih tanpa memperdulikan penat lelah dan persoalan remeh temeh yang mungkin timbul dikalangan kita .
Sebagai contoh : siapa pun calon yang bakal diisytiharkan kelak tidak menjejaskan prestasi perjuangan kita sehingga mengganggu potensi kemenangan .
Penegasan ini berasaskan prinsip perjuangan kita yang berpaksikan Islam dan juga prinsip amal Jamaei , justeru itu siapa pun calon yang mewakili parti tidak menjadi persoalan apatah lagi calon yang bakal dikemukakan oleh parti tentu sahaja calon yang terbaik dan berwibawa .
Kita dengar dan taat malah thiqah ( percaya penuh ) terhadap pimpinan kita . Tugas penting kita saat ini ialah mengaktifkan seluruh organ jentera dipelbagai peringkat khasnya di UPU dan pemuda pastinya insyaallah mengambil posisi - posisi utama mendepani segala cabaran dan kemungkinan demi memenangkan perjuangan ini .
Selamat berjuang dan berangkatlah ke medan dengan keberkatan dari Allah swt.
by Nasrudin bin Hassan at Tantawi
“Tahniah kepada Umno kerana konsisten tolak Hudud ..” - Husam , at 1.1.09,
“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Umno kerana pendirian mereka yang tidak pernah berubah itu, dan sekarang ini saya lebih risaukan Umno berbanding DAP kerana Umno mendakwa mereka Islam. “Macamana orang Islam boleh menolak hukum Hudud dan sekali lagi, tahniah kepada Umno kerana konsisten menolak Hudud dari dahulu,” kata Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS.
Husam berkata, PAS dan Umno dari dahulu lagi tetap dengan pendirian masing-masing dimana PAS akan tetap melaksanakan hukum Hudud manakala Umno akan tetap menolaknya.
“Sebagai Umnat Islam kita kena menerima hukum Hudud ini kerana hukum ini adalah yang terbaik dan paling berkesan dalam mencegah jenayah,” katanya.
Tambah Husam lagi, dari segi pelaksanaan, Islam membenarkan hukum hudud dilaksanakan mengikut kedudukan dan kemampuan pihak terbabit.
Husam memberi contoh seperti solat Zohor, dimana solat zohor tersebut tidak dapat ditunaikan selagi belum masuk waktunya.
Sekarang ini yang memerintah adalah Barisan Nasional (BN) dan Umno menolak hukum Hudud walaupun mereka mengaku beragama Islam.
Himpunan Aman Palestin di Masjid Negara esok , at 1.1.09,
KUALA LUMPUR - Pemuda PAS akan menganjurkan perhimpunan aman Palestin di Masjid Negara esok ( 2 januari 2009) selepas menunaikan solat Jumaat. Perhimpunan ini akan diketuai sendiri oleh Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub.Perhimpunan ini bagi menunjukkan bantahan dan rasa tidak puas hati umat Islam terhadap kekejaman Israel terhadap umat Islam Palestin yang mana kejahatan dan kekejaman Israel tidak boleh dibiarkan begitu sahaja malah seluruh umat Islam wajib mempertahankan negara di mana terletaknya kiblat pertama umat Islam itu, demikian kenyataan.
Sementara itu di Pahang Ketua Penerangan Pemuda PAS Pahang, Abdullah Abdul Karim memaklumkan bahawa Gabungan NGO-NGO Islam Pahang dan Pakatan Rakyat turut akan mengadakan Himpunan Aman Intifadah pada hari yang sama.
"Kita akan mengadakan himpunan mengutuk kezaliman regim zionis selepas solat Jumaat di Perkarangan Masjid Abu Bakar, Temerloh. Kita berharap orang ramai yang bersimpati dengan penderitaan penduduk Palestin dapat turut serta dalam himpunan itu untuk menyatakan bantahan atas kekejaman Israel itu," katanya.
Sehingga semalam jumlah yang maut ialah seramai 360 orang dan hampir 1700 orang cedera akibat kebiadapan Israel. Pada hari Sabtu lalu Israel melanggar ketetapan yang telah dibuat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan dengan sengaja membunuh lebih 200 penduduk awam di Palestin.
Memorandum bantahan telah diserahkan oleh Naib Presiden PAS Mohamad Sabu kepada wakil kedutaan Amerika pukul 12.00 tengahari 30 Disember lalu dan lebih 500 orang daripada pelbagai NGO dan parti-parti politik menyertai himpunan di hadapan kedutaan Amerika tersebut.
Perhimpunan aman palestin di masjid Negara pada Jumaat ini adalah siri seterusnya bantahan umat Islam kepada kebiadapan Israel selama ini.
Masyarakat Cina Berpusu-pusu Dapatkan Rawatan Perubatan Percuma , at 1.1.09,
Masyarakat Cina setempat datang dari jauh dan dekat, berpusu-pusu mendapatkan khidmat tersebut yang diadakan bermula jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang.
Buletinonline agak hairan kerana ada diantara mereka yang datang dari Batas Baru dan Gong Kapas semata-mata bagi mendapatkan khidmat pemeriksaan dan berjumpa mata dengan para doktor ‘PAS’.
Antaranya adalah pasangan suami isteri Puan dan Tuan Ong, dua warga emas yang bemastautin di jalan Gong Kapas dekat sini.
Sewaktu didekati, sambil berbisik Puan Ong berkata dengan nada terharu,”kita menang, kita menang,”
”ambil balik lah, kita menang, saya dan suami saya selalu pangkah ’Hijau’ tapi sebelum ini, nak buat macamana,”kata Puang Ong, 59.
Apabila ditanya sudah berapa kalikah mereka mengundi PAS, beliau berkata telah pangkah ’Hijau’ sejak mereka berdua boleh mengundi.
”Kita sudah tolong, tapi tak boleh (menang sebelum ini), keluarga saya 9 orang semuanya pangkah ’Hijau’, tapi kali ini kita ambil balik lah,”katanya yakin.
Seorang pasangan Ong, seorang warga emas, Encik Ong Herg Ghok, 70, pula menyambut baik usaha kebajikan yang dilakukan oleh Kelab Penyokong PAS yang menawarkan khidmat rawatan percuma.
Katanya, program rawatan percuma sangat dialu-alukan bagi membantu golongan miskin dan kurang upaya membuat pemeriksaan kesihatan.
“Saya orang lama di sini, sebelum ini tidak pernah ada program-program yang boleh memberi kemudahan kepada rakyat yang susah dan miskin,” ujarnya.
Rakannya, Encik Kam Yat Liong, 60, merakamkan ucapan terima kasih kepada kelab terbabit yang menganjurkan program-program khidmat masyarakat bagi penduduk di Kampung Tiong ini.
Katanya, masalah kemiskinan bandar tidak pernah diambil peduli oleh pemerintah dan hanya mengambil berat ketika musim pilihan raya.
“Saya ucap terima kasih pada penganjur (kelab) ini. Kami orang susah ‘nok’ (hendak) pergi klinik swasta buat pemeriksaan kesihatan tidak mampu kerana kos mahal,” ujarnya.
Justeru gembira dengan rawatan percuma yang dianjurkan PAS, Puan Khoo Mee Wah, 49, secara terus-terang menggesa kerajaan negeri lebih bersikap adil membantu rakyat tanpa mengira fahaman politik masing-masing.
Katanya, rakyat di negara ini ada kebebasan memilih dan berpolitik yang perlu dihormati dan bukan meminggirkan kelompok yang tidak sehaluan.
“Kami tidak mahu kerana politik ada orang (rakyat) yang dapat dan ada yang tidak dapat apa-apa bantuan kerana politik.














