- “Kalau undi PAS dapat pahala, adakah undi BN dapat dosa?”
- “Bagaimana orang PAS yang undi DAP, dapat pahala juga?”
- “Adakah undi BN yang buat masjid tidak dapat pahala?”
Dalam ilmu lojik, bila dikata sesuatu itu begitu tidak semestinya yang selainnya tidak begitu. Misalnya saya kata, “Baju saya hitam”. Tidak semestinya baju orang lain putih. Bila saya kata begitu, orang lain boleh jawab begini, “Baju saya pun hitam juga”.
Tapi Wan Farid tak kata pun, “Undi BN pun dapat pahala juga”. Mengapa? Kalau dia tidak berbuat begitu kerana tidak mahu dikata sebagai mencampur-adukkan agama dengan politik, ini lebih bahaya. Politik suku agama suku, sekular.
Orang PAS undi DAP macam mana? Dapat pahala juga ke?
Jika ada seorang pencuri yang ingin menangkap pencuri yang lain, kita menolongnya. Adakah berpahala? Jawabnya, ya. Sebab kita bukan menolongnya mencuri tetapi menolongnya menangkap pencuri. Kalau dia pula yang mencuri kita tangkap dia pula.
DAP tolak hudud, BN pun tolak hudud. DAP tolak ISA tapi BN pertahan ISA. Kita undi DAP sebab dengan undi DAP kita dapat kukuhkan usaha mansuhkan ISA. Adakah undi DAP dalam situasi ini dapat pahala. Jawabnya, ya.
Undi BN dapat pahala atau tidak?
Umno ada Hamid Othman, Yusof Nor, Zainal Abidin Kader dan ramai lagi. Biar merekalah yang jawab.
Sebagai orang PAS saya kata macam Nik Abdul Aziz kata, “Undi PAS dapat pahala”.