Himpunan aman yang dianjurkan oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Johor ini diadakan sebaik sahaja umat Islam selesai menunaikan fardu Jumaat.
Slogan-slogan anti-Israel dilaungkan dengan diselangi pekikan takbir bergemuruh sebaik sahaja pengerusi himpunan, Sdr Rosli Kemin merangkap YDP Pas Johor Bahru memulakan acara.
Bagi menunjukkan sokonngan, orang ramai yang hadir turut mengangkat sepanduk dan poster mengutuk kekejaman Israel tersebut.
Para Pemimpin Pas Johor seterusnya berucap mengutuk serangan ganas tentera rejim Zionis ke atas umat Islam Palestin yang kebanyakan terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.
Pesuruhjaya Pas Johor ,Dato Mahfuz Mohamad kemudiannya meneruskan ucapan dengan menyeru umat Islam tanpa mengira batasan fahaman politik bersatu mengutuk serangan ganas tersebutdan kemudiannya membacakan doa sebelum diakhiri dengan pembakaran bendera negara haram Israel.Perhimpunan aman ini berakhir kira-kira jam 2.20 petang tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.