Ikuti Blog ini

Gerhana Matahari Separa



FENOMENA
Gerhana Matahari Separa yang dirakamkan di Masjid Wilayah Persekutuan di sini semalam. Ia berlaku apabila bulan merentas di hadapan matahari tetapi tidak menutup matahari sepenuhnya kerana saiz ketara bulan adalah lebih kecil daripada matahari.



Tajol Tidak Tahu Siapa Pembangkang Di Perak…


engunaan kalimat "pembangkang" yang ditujukan kepada Pakatan Rakyat di Perak adalah memalukan. Ia menunjukkan dan mengesahkan bahawa Tajol masih belum bangun dari tidurnya yang lena. Sedarlah kamulah yang duduk dikerusi pembangkang dan kamulah ketuanya dan kami adalah kerajaan yang diamanahkan secara sah oleh rakyat Negeri Perak dalam proses Demokrasi.

Pengunaan kalimat "pembangkang" yang ditujukan kepada Pakatan Rakyat di Perak adalah memalukan. Ia menunjukkan dan mengesahkan bahawa Tajol masih belum bangun dari tidurnya yang lena. Sedarlah kamulah yang duduk dikerusi pembangkang dan kamulah ketuanya dan kami adalah kerajaan yang diamanahkan secara sah oleh rakyat Negeri Perak dalam proses Demokrasi.


Siapa lagi akan meloncat ?


Mesyuarat khas Badan Perhubungan UMNO Perak yang di adakan ekoran tindakan Nasaruddin meninggalkan BN dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Ipoh malam kelmarin dilaporkan media dihadiri seramai 20 daripada 28 orang wakil rakyat BN. Antara alasan mereka yang tidak dapat hadir mesyuarat berkenaan ialah sedang berada di luar negara.


Media juga melaporkan kenyataan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin di mana terdapat beberapa lagi pemimpin daripada BN akan melompat parti.


Bila ditanya oleh media Tajol dengan spontan menjawab,”Itulah kerja pembangkang, bila kita uar-uarkan ada orang dia nak masuk BN dia tuduh kita beli, tetapi bila dia sendiri buat tidak mengapa pula,”


Terdapat beberapa percanggahan dan kekeliruan dari apa yang dilaporkan media di atas. Pengunaan kalimat “pembangkang” yang ditujukan kepada Pakatan Rakyat di Perak adalah memalukan. Ia menunjukkan dan mengesahkan bahawa Tajol masih belum bangun dari tidurnya yang lena. Sedarlah kamulah yang duduk dikerusi pembangkang dan kamulah ketuanya dan kami adalah kerajaan yang diamanahkan secara sah oleh rakyat Negeri Perak dalam proses Demokrasi yang mesti diakui semua pihak.


Kenapakah angka yang dihitung masih lagi 28 sedangkan sepatutnya bilangan yang sepatutnya hadir ialah 27 orang(26 UMNO dan 1 MCA). Tidakkah mesyuarat diadakan khusus membincangkan tentang seorang ADUN UMNO telah keluar dari Partinya.


Selain itu menjadi persoalan besar hanya 20 orang sahaja yang hadir sedangkan menurut pengetahuan saya kebanyakan ADUN memang berada di kawasan masing-masing dan yang pastinya berada di dalam negara bukannya di luar negera.


Alasan dan laporan mereka berada di luar negera adalah mengelirukan dan alasan yang saya ingin sifatkan sengaja diada-adakan bagi melindungi alasan sebenar bahawa mereka yang tidak hadir memang sudah tidak sayangkan lagi UMNO dan sekaligus merasakan tidak penting untuk mengajak kembali Dato’ Nasharuddin ke pangkuan parti.


Desas-dasus mengenai ada lagi beberapa orang lagi ADUN UMNO akan meninggalkan partinya sedang bertiup kencang di Negeri Perak. Malah saya menerima talipon bertanyakan siapakah mereka yang dimaksudkan dan ke parti mana pula mereka akan masuk PAS atau PKR ?


Kalau alasan kekalahan dalam pertandingan dalam perebutan Ketua Bahagian UMNO banyak melihat kepada ADUN Lintang, Dato’ Fakih Adam yang kalah kepada pencabarnya. Beliau yang saya anggap sebagai bapa kepada UMNO Perak dan seorang vateren yang cukup saya hormati. Ucapannya dalam sidang yang lepas adalah teguran yang membina dan dengan suatu semangat setia kawan yang tinggi. Selamat datang saya ucapkan kepada Dato’ Fakih adam ke Pakatan Rakyat.


Selain itu saya mengagak sudah sampai masanya ADUN Batu Kurau yang sudah tidak boleh berfungsi dengan keilmuan Islamnya kalau terus berada dalam UMNO. Bayangkan dalam Sidang DUN yang lalu Dato’ Najmuddin Alias semacam menyebelahi kami dengan banyak berdiam diri. Oleh itu saya menjemput Dato’ untuk berjuang bersama kami Parti Islam Semalaysia.


Saya anggap Dato’ sebagai kawan dan regu yang saya alu-alukan untuk menguatkan Kerajaan Negeri Perak pakatan Rakyat.


Selain itu saya menganggap masih ada ADUN UMNO yang menyimpan suatu keputusan yang Tajol pun tidak dapat mengagak dan menciumnya. Siapapun saya ucapkan SELAMAT DATANG KE PAKATAN RAKYAT.

http://idhamlim.blogspot.com

Pemimpin MCA/ BN Ugut Pengundi Pada Malam Terakhir.

http://buletinonline.net/images/stories/berita/tenteramerahKPP.JPG
Kemaman – Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Negeri Terengganu, Haji Hanafiah Mat @ Ramli menyangkal dakwaan pemimpin MCA dan Barisan Nasional (BN) bahawa masyarakat Cina Kuala Terengganu (KT) menolak PAS dan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil (PRK) KT pada 17 Januari lalu.(Gambar - Hanafiah berkempen bersama 'tentera merah' 35 orang ahli kelab peyokong PAS Parit Buntar merayu undi dari kedai ke kedai bermula dari Pulau Kambing sehingga Pasar Cabang Tiga)


Sekaligus beliau berkata MCA dan BN sepatutnya malu kerana menggunakan taktik yang kotor dan jijik dengan mengugut masyarakat Cina dan memfitnah serta memburuk-burukkan calon PAS.

Dalam temubualnya baru-baru ini, beliau telah menghuraikan dengan panjang lebar arah aliran sokongan masyarakat Cina KT dan mengapakah undi masyarakat Cina KT dianggap kurang oleh sesetengah pihak.

“Selepas penamaan calon, kita (PAS) bersama Parti KeADILan Rakyat (PKR) Cina dan DAP Cina berjalan untuk bertemu orang-orang Cina dari rumah ke rumah, dari kedai ke kedai, dari flat ke flat. Bertemu muka ke muka,

“Orang-orang Cina memberi kesanggupan untuk bertemu dengan Pakatan Rakyat kerana dia (Cina) melihat telah berlaku satu perpaduan di kalangan orang Terengganu antara DAP dengan orang-orang PAS. Maknanya, orang Cina sudah boleh bersama-sama dengan orang Melayu PAS,”ujarnya yang hampir sebulan berkampung di DUN Bandar khususnya kawasan Kampung Cina.

Menurut beliau hasil dari pertemuan demi pertemuan, sehingga ke hari akhir (16 Januari), masyarakat Cina KT merasakan sudah tiba masanya untuk mereka membuat perubahan, beralih daripada menyokong MCA yang tidak lagi boleh diharap memberi pertolongan kepada mereka.

“Sehingga hari terakhir sambutan yang diberikan oleh orang Cina semua menyatakan bahawa ‘bulan terang-bulan terang’, kita (rakyat) kena berubah, lama ‘doh’ (sudah), kita (rakyat) tidak mahu pemimpin yang korupsi,”jelas Hanafiah.

http://buletinonline.net/images/stories/berita/tenteramerahKPP1.JPGOleh yang demikian, beliau berkata analisa pengundian pada 17 Januari mengesahkan sokongan masyarakat Cina kepada PAS diamana hanya peti undi di Kampung Cina sahaja PAS kalah 61 undi tetapi tiga peti undi lagi mengalami peningkatan sebanyak 98 undi berbanding Pilihan Raya Umum (PRU) bulan Mac 2008 lalu.

Walaupun begitu, katanya berdasarkan 3000 buah rumah yang telah beliau lawati dan telah memberikan kesanggupan untuk menyokong PAS dan Pakatan Rakyat, peningkatan undi termasuk adalah dianggap kecil.

Beliau telah menyenaraikan beberapa faktor yang dikenalpasti mengapa arah sokongan masyarakat Cina berlaku sedemikian. (Gambar kanan - Rombongan 'tentera merah' di arahkan oleh polis supaya jangan berjalan dalam satu kumpulan kerana dianggap sebagai sebuah perarakan, setelah menerima aduan dari orang BN)

Antaranya, kata beliau, pengundi-pengundi muda Cina tidak balik mengundi kerana tarikh sambutan Tahun Baru Cina terlalu hampir.

“Saya melihat seramai 450 orang pengundi yang keluar mengundi bulan Mac 2008 lalu tidak datang mengundi. Maknanya, PAS boleh mendapat undi yang lebih dalam hal ini,”jelasnya.

Beliau turut mendedahkan faktor ‘ugutan dan fitnah’ yang telah dilemparkan oleh Presiden MCA sendiri pada malam terakhir menjadi punca mengapa arah sokongan masyarakat Cina sedikit ‘terencat’ pada saat akhir.

“Pada malam terakhir Presiden MCA, Dato’ Ong Tee Kiat telah memanggil orang-orang Cina dan memberitahu mereka (pengundi) semasa PAS memerintah Terengganu calon kita (PAS) Haji Mohd Abdul Wahid Endut pernah mengeluarkan satu surat untuk merobohkan tokong Cina dekat hotel Seri Malaysia sekarang,

http://buletinonline.net/images/stories/berita/hanafiahkmmna.JPG“sebenarnya, Wahid tidak memegang portfolio (Kemudahan Awam dan Komunikasi) itu semasa kerajaan PAS memerintah Terengganu, tapi pada malam itu Ong Tee Kiat bersama Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said telah memfitnah dengan menunjukkan satu surat kononnya, Wahid lah orang yang hendak robohkan tokong dan kenapa orang Cina hendak beri undi kepada dia,”katanya.

Justeru katanya, pada malam itu orang Cina ‘terkejut’ dan mengalami kecelaruan kerana sebelumnya mereka melihat Wahid sebagai seorang yang mesra dan bersih.

Selain itu, yang paling memeranjatkan, katanya, BN juga mengugut segolongan orang Cina KT, mereka akan dihantar balik kenegeri China sekiranya mereka tidak mengundi BN dan memberi kemenangan kepada calon PAS.

“Masyarakat Cina khususnya golongan tua amat takut dengan ugutan bahawa mereka akan dihantar balik ke negeri China,”tambah Haji Hanafiah (Gambar - Hanafiah ketika di temubual baru-baru ini)




Tindakan ADUN Bota disambut baik oleh penduduk setempat.

Tindakan ADUN Bota disambut baik oleh penduduk setempat.

Petang semalam saya menalipon pimpinan PAS Kawasan Parit bertanyakan suasana di Bota dan Parlimen Parit setelah ADUN Bota, Dato' Nasharuddin Hashim mengumumkan keluar dari UMNO dan menyertai PKR.

Mereka memaklumkan terdapat tanda-tanda masyarakat setempat gembira dengan tindakan tersebut. Katanya banyak bendera KeAdilan dan PAS dikibarkan sejak kelmarin. Malah telah ada yang menyembelih kambing buat kesyukuran.

Paling menggemparkan menurut maklumat itu seramai 21 orang Tok Sidang/Ketua Kampung akan turut serta keluar dari UMNO mengikuti langkah ADUN Bota itu.

Kalau itu semua menjadi kenyataan, akan lumpuhkan UMNO Parit khususnya di DUN Bota. Apa yang berlaku di Petaling Jaya Selatan akan berulang di Bota.

By..
DRS. KHALIL IDHAM LIM
PARIT BUNTAR

Perwatakan Menteri Zahid ...?

 Musim haji 1429H yang lalu, Menteri Zahid antara orang yang popular masuk TV terutama TV3. Saban hari, ada saja berita tentang aktiviti beliau di Tanah Suci. tiada diketahui samada itu kempen untuk pemilihan UMNO Mac ini. Yang ingin ditonjolkan oleh media adalah beliau seorang yang cakna tentang masalah jemaah haji. Imej kecaknaan beliau terserlah di musim haji. Kalau anda seorang yang layak mengundi dalam pemilihan UMNO sudah tentu mengundi beliau sebagai Naib Presiden UMNO.

Malangnya, sebaik sahaja beliau menjejak kaki ke bumi Malaysia, perwatakkan beliau berubah 360.5% ! Tak tahulah apa yang dia buat kat Mekah sehingga perangainya berubah. Imej "baiknya" jatuh merundum.

Tuduhan beliau kepada Kerajaan Perak menutup dan menghalau pelajar KEMAS merupakan satu tuduhan berat yang mengaibkan beliau sebagai Menteri "Haji". Kemudian beliau meneruskan langkah"bodoh lagi angkuh"nya melarang pegawai kerajaan Pusat menghadiri Mesyuarat dengan Kerajaan Negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat.

Jelas, tingkahlaku Menteri Zahid tidak mencerminkan "aksi"nya di Tanah Suci. Rakyat tambah meluat lagi jijik dengan UMNO.

Zahid dengan Khir Toyo sama sahaja. Cuma bezanya Khir Toyo selepas buat fitnah kat Teresa Kok, beliau terus terbang ke Mekah. Manakala Zahid selepas balik dari Mekah terus buat onar kepada rakyat Malaysia yang mengundi PR.

Jika Khir Toyo mungkin ziarah pusara "Abdullah bin Ubai" sebaik buat fitnah, Menteri Zahid pula buat apa kat Mekah? Terkenang amalan jemaah Haji zaman Jahiliyyah, mereka tawaf keliling Kaabah sambil berbogel.

Adakah Zahidpun berbuat demikian yang menyebabkan beliau berperangai "aneh" di tanahair sendiri?

Solat Hajat & Ceramah sokong Palestin di Alor Setar malam ini!


KERAJAAN negeri Kedah dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS negeri Kedah akan mengadakan solat hajat dan ceramah perdana yang akan berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim, Jalan Suka Menanti, Alor Setar pada malam ini.

Program ini antara lain menyokong perjuangan rakyat Palestin yang tertindas angkara kekejaman rejim zionis Israel.

Bagi memeriahkan suasana program ini, aturcara ceramah perdana turut disusun. Tokoh-tokoh utama yang akan mengambil bahagian terdiri daripada Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Menteri Besar Kedah yang juga Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dan wakil dari Pertubuhan HAMAS.

Aturcara Program

7.00 malam: Solat maghrib dan solat hajat

8.30 malam: Solat isyak

9.00 malam: Tayangan video kesengsaraan di Gaza Palestin

9.30 malam: Ceramah Perdana

Kepada individu atau pertubuhan yang berminat untuk memberi sumbangan boleh diserahkan pada majlis ini. Jika menggunakan cek, sila tulis cek berkenaan atas nama " TABUNG SUKARELAWAN PEMUDA KEDAH" atau NO AKAUN BIMB 02011010058915.

* Pameran Palestin dan jualan amal untuk Palestin bermula jam 5.00 petang* Sila bawa sejadah dan alas untuk solat maghrib/hajat dan isyak* Sila datang awal untuk mengelakkan kesesakan lalulintas dan kemudahan parking.



Terkini: Lagi ADUN BN Di Perak Bakal Berhijrah !!


KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menafikan bahawa ada lagi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang akan menyertai Pakatan Rakyat.

Beliau menyifatkan semua itu sebagai khabar angin sahaja.

"Semua itu khabar angin sahaja...saya tidak fikir (ada lagi yang akan berpaling tadah)," katanya.


IPOH - Ini lagi berita panas dan pasti menggemparkan, kami mendapat maklumat bahawa seorang lagi ADUN Perak bersiap sedia untuk satu sidang media lewat hari ini bagi mengumumkan keputusan meninggalkan BN. Sumber memberitahu ADUN berkenaan akan mengumumkan salah satu daripada tiga pilihan iaitu sama ada meletak jawatan parti (UMNO), meletak jawatan sebagai ADUN atau keluar parti untuk menyertai salah satu parti Pakatan Rakyat. Jika berita ini menjadi bukti, maka pasti UMNO akan lebih kepanasan di Perak. Tambahan pula dalam mesyuarat khas yang diadakan semalam, 8 orang ADUN didapati tida hadir. Apakah mereka juga akan turut serta berhijrah ke Pakatan Rakyat?. Harap Maklum !!


Sudah Dua Kali Watan Sengaja Cari Pasal

http://buletinonline.net/images/stories/berita/sessiminumpetangrumahwahid.jpg
Kuala Terengganu - Sudah dua kali dalam bulan ini akhbar Mingguan WATAN seolah-olah sengaja mencari pasal dengan PAS.


Bilangan 22 Ahad 25-31 Januari akhbar tersebut mendakwa Abdul Wahid Endut dijangka melepaskan jawatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam sekaligus satu lagi pilihanraya kecil di Terengganu akan diadakan.

Dalam keluaran tersebut, akhbar itu meletakkan tajuk utama muka depan 'Wahid Lepas Adun' dan tajuk kecilnya 'Satu lagi pilihanraya kecil di Terengganu untuk malukan BN' melaporkan dalam intro beritanya bahawa satu lagi pilihanraya kecil dijangka berlaku di Terengganu berikutan kemenangan ahli parlimen Kuala Terengganu yang baru, Abdul Wahid Endut

http://buletinonline.net/images/stories/berita/watansasau.gifPada keluaran sebelum itu, Watan turut membuat percubaan ‘mengusik’ PAS dengan tajuk sensasi ‘PAS Beli AKIM’, selepas penarikan diri calon AKIM pada hari penamaan calon pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Muka depan Watan bertarikh 10 Januari itu menyiarkan menyiarkan berita PAS dikatakan telah membeli calon parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Harun Mohamad supaya menarik diri pada saat akhir sebelum mengemukakan kertas pencalonan bagi bertanding dalam pilihanraya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu.


Ekoran dari siaran Watan yang dianggap fitnah itu, Harakhdaily melaporkan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd. Abdul Wahid Endut menafikan beliau melepaskan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam dan bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang.


Pada petang 18 Januari lalu, dalam sesi bersama wartawan di rumahnya di Seberang Baruh, dekat sini, ketika ditanya, Wahid menegaskan beliau akan kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam.

Katanya beliau tidak sama sekali akan meletakkan jawatan walaupun ada pihak-pihak tertentu mendesakknya berbuat demikian.

"Saya dipilih oleh rakyat, bukan dilantik... tiada sebab untuk meletakkan jawatan sebagai ADUN," katanya.

Mohd. Abdul Wahid menjelaskan beliau ada menerima SMS yang meminta beliau melepaskan jawatan ADUN jika menang.

"Saya tidak membalas SMS itu dan saya pun akan tetap kekal sebagai ADUN," katanya.

Jelasnya, beliau tiada masalah untuk meneruskan kedua-dua kerusi ADUN dan Ahli Parlimen serentak memandangkan telah mewakili DUN Wakaf Mempelam dengan baik.

"Malah ada juga wakil rakyat memegang kedua-dua kerusi peringkat negeri dan Parlimen seperti Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) dan beberapa wakil rakyat yang lain.

"Cuma saya hendak membahagi-bahagikan masa dengan seimbang dalam hal ini," katanya




Kes Adun Bota: Fitnah dan hasutan Umno menikam diri - Nik Aziz


KOTA BHARU - Penyertaan Adun Bota, Dato' Nasharuddin Hashim, ke dalam Parti KeAdilan Rakyat membuktikan fitnah dan hasutan Umno terhadap Pakatan Rakyat selama ini demi untuk meraih sokongan akhirnya 'menikam' diri.


Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, juga menyifatkan 'penghijrahan' Adun Bota itu sebagai hukuman terhadap pemimpin Umno yang mengecam Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohd Nizar selama ini.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas penyertaan Nasharuddin yang menyertai KeADILan sambil mengucap tahniah di atas tindakan itu.


Sambil melahirkan rasa terharu serta rasa syukurnya, beliau berkata fenomena itu memberi tamparan hebat kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) di mana rakyat semakin menolak mereka.


"Sekiranya sebelum ini angin perubahan telah berlaku kepada rakyat sehingga BN kalah teruk dalam pilihan raya umum lalu, namun perkara yang sama turut berjangkit di kalangan Adun.


"Perkembangan ini amat membanggakan kita dan sewajarnya kita perlu bersyukur kepada Allah di atas kurniaan yang amat besar ini," ujarnya lagi.


Tuan Guru seterusnya berkata, dengan penyertaan itu juga, bererti warga wakil rakyat di kalangan Pakatan Rakyat turut bertambah dan ia akan menjadi benteng pertahanan yang semakin kuat khususnya di Perak.


Sehubungan itu, beliau menyeru semua anggota dan penyokong Pakatan Rakyat sama-sama mengukuhkan perpaduan di samping menterjemahkan imej yang cukup baik pada masyarakat umum.


"Dengan imej yang baik, bersih selain perjuangan kita yang lebih pada kebajikan berbanding lawan, rakyat termasuk penyokong parti akan tertawan," ujarnya.


Tambahnya, tidak mustahil ada lagi dikalangan Adun BN akan menyertai Pakatan Rakyat sama ada menyertai PAS, KeAdilan atau DAP.



Perutusan Tahun Baru Cina - Presiden PAS



Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua anggota masyarakat Tionghua di Malaysia.Semoga tahun yang baru ini akan membawa kesejahteraan dan keamanan kepada semua, dan mudah-mudahan ia menjadi tahun yang baik, malah lebih baik dari yang terdahulu khasnya dari segi ekonomi dan politik buat negara kita yang tercinta dan seluruh dunia amnya.


Sesungguhnya masyarakat Tionghua tempatan telah memainkan peranan yang penting dalam membentuk dan mempengaruhi lanskap politik baru di Malaysia dan dengan dokongan kaum-kaum lain termasuklah orang-orang Melayu dan India, kita telah bersama-sama memberikan harapan baru ke arah lahirnya nanti satu negara Malaysia yang lebih adil dan aman buat semua.


Terbaru adalah peranan mereka dalam memenangkan calon PAS dari Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.


PAS akan sentiasa menghormati dan mengiktiraf kehadiran dan peranan masyarakat Tionghua di Malaysia dalam membentuk sebuah kerajaan yang lebih adil dan makmur.


PAS juga kini melalui Kelab Penyokongnya telah berjaya menjalin hubungan baik dengan masyarakat Tionghua khususnya dalam saling faham-memahami dan hormat-menghormati serta saling tolong-menolong di antara satu sama lain. Semoga sifat bersefahaman dan saling menghormati ini akan terus diperkasakan. Image


Allah swt sendiri menyeru agar hubungan seumpama ini sentiasa dibentuk sebagaimana firman Nya dalam surah al-Hujuraat ayat 13 yang bermaksud:


"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain)."


Gong Xi Fa Cai kepada semua.


Ikhlas
Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang
Presiden PAS




Selamat Tahun Baru Cina




Panggil Saja Yusof Islam

boycott202Mungkin kerajaan memandang sebelah mata sahaja cadangan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan untuk mengadakan demonstrasi membantah penganjuran konsert Rihanna Live In Kuala Lumpur, 13 Februari ini. Bagi KEKWA siapalah sangat Pemuda Pas Wilayah.


Celcom pun tak kisah sangat dengan bantahan itu. Bagilah alasan apa pun, bagi KEKWA dan Celcom, jangankan tergugat atau luruh bulu roma, gatal pun tidak.


Pemuda Pas tidak membantah acara hiburan total asalkan ia mempunyai tatacara yang sesuai.


Inilah sebahagian daripada kelaian Pas dengan Umno. Perbezaan cara berfikir Pas dengan Umno. Hairannya, kemana pemuda Umno termasuk para agamawan dalam pergerakan itu. Adakah mereka turut merestui Rihanna memijak bumi negara ini? Tak bolehkah Hishamuddin pengaruhi sepupunya Najib atau Khairi pengaruhi bapa mentuanya Abdullah untuk menilai semula konsert ini? Batalkan terus atau gantikan dengan artis lain?


Mengapa KEKWA pula bermati-matian mempertahankan konsert artis wanita itu? Mengapa pula Celcom sanggup untuk berbelanja besar demi Rihanna?


Jangan lihat suara itu datang daripada siapa tetapi fikirkan mengapa suara itu datang. Ketua Pemuda Wilayah adalah pemuda Pas. Adakah salah untuk Umno mendengar suara pemuda Pas untuk kebaikan negara dan masyarakat?


Kalau tak mahu dengar suaranya sebagai orang Pas, dengarlah suaranya sebagai anak muda Malaysia yang bakal mewarisi negara ini suatu masa kelak. Salahkah dia melakukan sesuatu untuk negaranya dan kebaikan generasi akan datang supaya dia tidak dikutuk mereka kerana membiarkan kerosakan berlaku di zamannya.


Kalau KEKWA dan Celcom nak teruskan juga konsert itu, apa salahnya panggil Yusof Islam? Dia pun bukan calang-calang artis. Albumnya terjual sebanyak 60 juta unit di serata dunia. Agaknya melebihi jualan album Rihanna.


Kalau KEKWA dan Celcom panggil Yusof Islam tentu ramai mereka yang berketayap putih dan berserban seperti penyanyi itu hadir menyaksikannya. Tentu hebat...




ADUN BN Perak Sertai Pakatan Rakyat(PKR)

GEMPAR DAN MENGEJUTKAN!!

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota di Perak, Nasarudin Hashim menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini. Ia diumumkan pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya pada pukul 3.10pm. Beliau merupakan ADUN pertama dari BN menyertai Pakatan Rakyat sejak 8 Mac lalu.

Nasarudin ketika mengumumkan keputusannya itu berkata, beliau bertindak sedemikian setelah mempertimbangkan kepentingan rakyat khususnya penyokong dan pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bota.

Nasarudin, 58, berkata, beliau amat yakin dengan kepimpinan PKR yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini.


"Setelah mengambil pertimbangan terutamanya melihat perkembangan suasana politik khasnya melihat arah tuju sokongan rakyat selepas pilihan raya umum ke-12 Mac lalu serta keadaan yang wujud dalam parti dan kepimpinan Umno masa kini, saya dengan ini mengambil keputusan untuk keluar dari Umno dan seterusnya menyertai PKR iaitu salah satu parti dalam Pakatan Rakyat," katanya.


Bagaimanapun beliau belum memaklumkan keputusan itu kepada Umno dan menulis surat dalam waktu terdekat. Dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, Nasaruddin menewaskan calon PKR, Usaili Alias dengan majoriti 2,068 undi. Nasarudin dari Umno memperoleh 6,556 undi.


Perak kini diterajui Pakatan Rakyat dengan menguasai 31 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala Barisan Nasional (BN) pula 28 kerusi.

PENASIHAT Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenakan jaket sebagai simbolik penyertaan ADUN Bota, Nasarudin Hashim (kiri) ke dalam parti itu petang ini. Turut memerhatikan ialah Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Berikutan itu, Pakatan Rakyat kini menguasai 32 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Barisan Nasional (BN), yang tewas kepada Pakatan dalam pilihanraya umum Mac lalu, kini tinggal 27 kerusi negeri.






Isu Kugan : KPN Selangor Patut DiPecat

Kematian Kugan Anandan ketika disoal siasat yang oleh polis di Balai Polis Taipan, Subang Jaya setelah ditahan di Kajang pada 15 Januari lalu berhubung kes kecurian kereta amat mengejutkan negara.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar tanpa memperdulikan isu pokok mengenai kematian A.Kugan tiba-tiba cuba mengalihkan pandangan orangramai dengan mengambil tindakan ke atas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, T. Murugiah dan rakan sejawatnya, K. Devamany dari MIC kerana memasuki bilik mayat Hospital Serdang bagi melihat keadaan mayat tahanan, kononnya ia menjejaskan bukti.

Telah menjadi kelaziman oleh pihak polis untuk mengambil langkah ugutan dengan menyoal-siasat pihak lain untuk menutup kelemahan dan kezaliman yang dilakukan oleh mereka.

Masyarakat India seluruhnya samada dari MIC, PKR, DAP, Hindraf atau tidak berparti nampaknya telah bersatu hati mengutuk kezaliman polis yang menyebabkan kematian A.Kugan tersebut. Kesedihan tersebut diperkongsikan bersama oleh mereka yang berjuang menuntut kebenaran dan keadilan di samping menentang segala kebatilan dan kezaliman yang dilakukan oleh Polis di bawah regim BN selama ini.

Tindakan Ketua Polis Selangor itu jelas telah cuba menipu rakyat dan tindakan perlu diambil bukan sekadar meminta beliau meletakkan jawatannya tetapi perlu dipecat dari jawatannya dan dipenjarakan ekoran dari percubaan untuk menutup kezaliman yang dilakukan oleh anak buahnya.

Beliau adalah simbol kezaliman polis, beliau bersama Ketua Polis Negara turut dikenali sebagai ikon pengampu kerajaan UMNO/BN selama ini apabila terlibat secara lansung menahan dan menangkap aktivis sosial dan pemimpin pembangkang secara semborono di dalam mana-mana perhimpunan.

MIC sepatutnya telah menyedari hal ini dan perlu meninggalkan kerajaan BN yang jelas selama ini mempergunakan Polis untuk bertindak zalim ke atas rakyat.

Ia adalah segelintir dari kes kezaliman polis yang terdedah. Mungkin lebih banyak kes interogasi berlebihan yang dilakukan oleh polis selama ini yang tidak diketahui oleh orang ramai dengan pihak polis telah meletakkan undang-undang di dalam tangan mereka.

Polis tidak boleh sepatutnya mempersalahkan orang lain seperti menuduh blogger dan pemimpin pembangkang menghasut orang ramai membenci polis, tetapi polis mesti menyedari bahawa kezaliman dan kekejaman mereka selama inilah yang telah menyebabkan mereka dibenci oleh rakyat.


The leading car that went before the hearse and which bore banners that must have irked the men in blue

lead-car1


lead-car4

The frontliners in the procession


Umno sudah menyimpang jauh, rakyat makin meluat - Dr Mahathir

" KUALA LUMPUR - "Umno di bawah pemimpin Dato' Seri Abdullah sudah menyimpang jauh dari jalan yang lurus, dan perjuangan Umno yang sebenar."


Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad menyifatkan Umno dibawah pemimpin Dato Seri Abdullah sudah menyimpang jauh dari jalan yang lurus, dan perjuangan Umno yang sebenar.


" Malah katanya oleh sebab itu ahli-ahli Umno pun tidak lagi pegang kepada matlamat perjuangan untuk bangsa, agama dan negara termasuk setia dan patuh kepada pemimpin tanpa mengambilkira apa yang dilakukan olehnya.


"Sesungguhnya banyak kesalahan dan dosa yang telah dilakukan oleh pucuk pimpinan UMNO dan konco-konconya.


"Saya boleh senaraikan semua kesalahan yang dilakukan oleh Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Presiden Umno dan Perdana Menteri. Tetapi ia terlalu panjang. Memadai jika saya sebut beberapa sahaja yang menyebabkan saya tolak Umno sekarang," katanya dalam blog peribadi beliau. Image


Antara kesalahan yang dilakukan kata Mahathir iaitu memberi kuasa kepada anak dan menantu dalam urusan parti dan kerajaan sehingga calon-calon PRU 12 ditentukan oleh mereka dan hampir semua dari mereka yang dipilih menjadi calon kalah dalam pilihan raya tersebut.


"Penglibatan anak menantu dalam perniagaan yang dikuasai oleh Kerajaan. Bantuan Kerajaan kepada perniagaan mereka. Umpamanya pengambilalihan Avenue Asset oleh ECM Libra.


"Kegiatan beberapa pembantu khas yang ditempatkan di tingkat 4. Mereka lebih berkuasa dari Kabinet," katanya yang mengulangi kritikannya sebelum ini


Katanya Umno di bawah pimpinan Abdullah telah jadi begitu lemah sehingga dikecam sewenang-wenangnya oleh kaum-kaum lain dan parti mereka.


Dalam pada itu beliau yakin apabila dalam Mesyuarat Agung Mac ini calon-calon yang diketahui menyogok wang kepada wakil ke mesyuarat agung menang, Umno akan dipandang jijik oleh rakyat semua kaum dan Umno akan kalah pada PRU 13.


"Biarlah kekalahan Umno di Kuala Terengganu menjadi pengajaran pada Umno. Janji-janji memberi wang untuk pembangunan tidak lagi berkesan kepada pengundi umum.


"Sesungguhnya rakyat termasuk orang Melayu meluat melihat sikap ahli dan pemimpin Umno.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .