Perkembangan dalam Umno sekarang disifatkan oleh Tok Guru Nik Aziz sebagai parti itu hilang daya tarikan sehingga ada pemimpinnya yang berpaling tadah.
Kata beliau, kalau diibaratkan sebatang pokok, Umno kini sebuah parti yang hampir mati dan akan gugur sendiri dahannya satu persatu sebelum menjadi pokok mati.

“Umno kini tiada daya tarikan atau ‘graviti’ untuk menarik rakyat menyokong perjuangannya dan ini menyebabkan ramai ahli dan pemimpinnya mula berpaling tadah menyertai parti pembangkang, terutama PAS,” katanya ditemui pada majlis rumah terbuka Exco Kerajaan Negeri Datuk Anuar Tan di sini hari ini.
Tok Guru itu berkata lagi apa yang sedang berlaku dalam Umno merupakan perkembangan yang baik bagi Pakatan Rakyat, khasnya PAS, yang sedang berusaha menarik sokongan rakyat terhadap perjuangan yang akan membawa perubahan kepada mereka.
Ditanya mengenai cadangan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail supaya sayap Umno dibubarkan bagi mengelak politik wang dalam parti itu, Nik Aziz berkata, itu adalah masalah dalaman Umno.
“Ia terjadi dengan sendiri apabila pemimpinnya tidak mengamalkan dasar yang betul.
“Inilah juga punca yang menyebabkan Umno diibaratkan parti yang hilang graviti untuk menarik rakyat menyokong perjuangannya,” katanya




















Umno dicadang menyusun semula struktur organisasinya dengan memansuhkan sayap-sayap parti, jika ia benar-benar serius hendak menghapuskan gejala politik wang.
"Saya dok (tidak) fikir perlukah ada Puteri dan Putera kerana lagi ada Puteri dan Putera banyak lagi duit dok main. Saya juga memikir barangkali Pemuda dan Wanita juga perlu dipertimbang (untuk dimansuhkan).

