Ikuti Blog ini

Fahami idea dan cadangan kerajaan perpaduan

Semalam Buletin utama menyiarkan kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang kononnya tidak bersetuju dengan idea dan gagasan Unity Goverment Tuan Guru Abd Hadi Awang. Mengulas isu kerajaan perpaduan ini, Mursyidul Am meminta apa-apa pun keputusan mesti diputuskan dalam mukatamar yang akan datang.

Nik Aziz dilaporkan sebagai berkata “Namun apa yang penting perkara diputus dalam muktamar tahun lalu perlu dijaga. “Sebab itulah perlu kepada mesyuarat khas membincangkan perkara tersebut bagi menjaga kestabilan parti dan mencerminkan disiplin perjuangan parti yang berlandas Islam,” katanya melalui laporan harakah.


Saya rasa kenyataan Tuan Guru Nik Aziz ini adalah betul dan tidak bercanggah pun dengan idea dan kehendak Tuan Guru Presiden, kerana Tuan Guru Presiden tidak pernah membelakangkan parti.


Pagi ini, saya cuba membelek kembali surat Khabar siasah bilangan 0137 dan 0138 yang menjadi punca tercetusnya idea ini.


Isu ini timbul bermula daripada cadangan Siasah agar semua parti politik mengambil pendekatan politik damai dalam menghadapi krisis politik dan ekonomi yang semakin meruncing.


Siasah telah bertanyakan kepada beberapa orang tokoh pembangkang mengenai cadangan politik damai. Antara tokoh pembangkang yang memberikan pendapat selain daripada Tuan Guru Presiden ialah Tuan Hj Mohamad Sabu, Dr Dzulkifli Ahmad, Datuk Mahfuz Omar dan Shamsul Iskandar.


Cadangan ini ditimbulkan ekoran tindakan BN yang merampas kuasa di Perak dengan membelakangi perlembagaan. Tindakan ini seolah-olah membalas dendam amaran ketua umum PKR sebelum itu bahawa terdapat 40 ADUN BN yang akan melompat kepada Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan baru di pusat.


Oleh yang demikian perlu wujud persefahaman supaya kerajaan BN dan Pakatan Rakyat tidak menggangu gugat antara satu sama lain sehingga PRU 13. Demikian juga, hak rakyat untuk memilih dan demokrasi akan turut dihormati.


Dikhuatiri politik kotor ini akan berterusan dan kesannya rakyat yang terpaksa tanggung. Sementara itu Pakatan Rakyat juga perlukan ruang yang kondusif untuk membuktikan kebolehan mereka memerintah.


Selain itu kemelut ekonomi yang melanda negara juga akan dapat diatasi secara bersama.


Dalam wawancara bersama siasah, Tuan Guru Presiden sendiri menyatakan bahawa sebarang usaha pembentukan kerajaan perpaduan perlu melibatkan semua parti.


Oleh itu “unity government” memerlukan persetujuan rakan-rakan lain dalam pakatan dan ia tidak bertentangan pun dengan keputusan muktamar yang mahu kita terus bersama pakatan.


Apa yang penting sekali ia masih diperingkat cadangan dan bukannya suatu keputusan. Saya merasakan presiden tidak akan lupa mengenai hal itu. Jika ditolak pun, tidak menjadi masalah kepada presiden.


Lontaran ini juga perlu mendapatkan respon semua parti supaya masing-masing memikirkan kepentingan rakyat melebihi kepentingan parti. Selepas itu ia dibawa untuk dibincang diperingkat parti masing-masing.


Dalam wawancara tersebut Presiden turut menegaskan bahawa penyertaan PAS ke dalam BN suatu masa dahulu satu sejarah hitam dan ia tidak akan diulangi.


Apabila ditanya kemungkinan PAS akan ditipu seperti dahulu, presiden menjawab “ Kita diajar oleh Islam, kita tidak boleh disengat sebanyak dua kali dalam satu lubang. Penyertaan kita dalam BN suatu sejarah hitam, yang pahit, yang tidak akan diulangi InsyaAllah. Dan kita menganggap PAS mempunyai tanggungjawab dalam menegakkan Islam yang mempunyai akidah perjuangan kita. Tetapi dalam menangani isu negara yang bersifat majmuk kita dibenarkan bertahalluf dengan semua pihak.


Tahalluf ini bukan sahaja dalam konteks pembangkang ia termasuklah bertahalluf dalam konteks mentadbir sebuah negara yang lebih besar. Tanpa kita masuk BN dan tanpa BN masuk kita, dengan suasana yang lebih terbuka yang memberi ruang untuk memikul tanggungjawab bersama bukan untuk menghabiskan masa berbalah dalam hal-hal yang kecil-kecil”


Ahli PAS perlu memahami dan menghayati kata-kata Presiden dalam wawancara tersebut, “PAS sebuah parti Islam. Kita mesti berbalik kepada prinsip Islam yang tercatat dalam Al-Quran. Islam mendahulukan perundingan, mendahulukan perbincangan, mendahulukan kerjasama sebelum pertembungan. Sekiranya tidak ada jalan, untuk selesaikan masalah melainkan pertembungan maka terpaksa kita hadapi pertembungan itu. Tetapi cara pertembungan cara yang terakhir, bukan cara yang awal. Apa yang berlaku hari ini adalah sikap yang terlalu bermusuh sehingga benda yang perlu kita bincangkan pun tak boleh nak bincang.


Ini merugikan masa kita sendiri dalam melayari perjuangan ini dan perbincangan ini bukan mesti dalam kerajaan bahkan boleh bincang antara kerajaan dan bukan kerajaan. Sebagai contoh isu Palestin dengan cara yang cepat boleh bersidang dan mengeluarkan keputusan sebulat suara. Ini bukan masalah Palestin, ini masalah negara kita, banyak hal lagi yang boleh dibincangkan.


Kalau takut nak buat kerajaan perpaduan boleh buat dialog yang boleh kita bekerjasama dalam titik perpaduan yang boleh selesaikan masalah secara bersama. Tetapi yang sebaik-baiknya kita sama-sama memikul tanggungjawab bersama. Bukan kerana gila pangkat, gila nak kan jawatan, ini adalah amanah yang sangat besar yang kita tak mahu mengambil sikap menebuk bahtera semata-mata kerana nak menyelamatkan diri dan kemudiannya menghancurkan semua”.


Diharap kita semua memahaminya, dan perwakilan boleh membahaskan dengan masak lontaran dan idea tersebut dalam muktamar akan datang.

Gempar!!: Apakah Kerana Rakuskan Kuasa Najib Guna Ilmu Hitam?


Mr. Thagarajoo dari Bandar Kinrara Puchong, Selangor yang pernah berkhidmat dengan Datuk KS Nallakaruppan dan kemudiannya berkerja sebagai pemandu kepada Datuk Kenneth Eswaran telah mendedahkan bahawa Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor telah menjadikan berbomoh (bomoh Hindu) sebagai amalan mereka.


Datuk Kenneth Eswaran adalah rakan akrab kepada Datuk Seri Najib Razak


Antara apa yang dinyatakan oleh Thagarajoo dalam ‘akuan bersumpah’nya ialah:


  • Beliau sendiri (atas arahan Datuk Kenneth) yang membawa bomoh bernama Mr. Ji berbangsa India dan beragama Hindu ke rumah Datuk Seri Najib untuk upacara berbomoh mengikut amalan Hindu. Bomoh tersebut didatangkan khas dari Kerala, India.
  • Bomoh tersebut bukan sekali ke rumah Najib tetapi banyak kali.
  • Antara kaedah berbomoh yang dilakukan di dalam rumah Najib termasuklah yang memerlukan Najib dan Rosmah duduk di tengah-tengah sementara Mr. Ji menjalankan upacara menteranya (mungkin dengan berjampi mengelilingi Najib dan Rosmah) yang menggunakan segala peralatan berunsur kepercayaan agama Hindu. Kemudiannya Najib dan Rosmah akan dimandikan dengan susu lembu oleh bomoh tersebut.
  • Menurut Thagarajoo, setiap kali amalan Hindu ini dilakukan ke atas Najib dan Rosmah, beliau hadir sama.
  • Semasa pilihanraya kecil Ijok pada tahun 2007, Thagarajoo telah memandu Mr. Ji ke Pusat Pembuangan undi untuk menjalankan aktiviti menteranya bagi menjamin kemenangan calon Barisan Nasional dari MIC, K. Partiban.
  • Thagarajoo penuh yakin amalan berbomoh Hindu ini masih diteruskan oleh Najib dan Rosmah. Malahan beliau yakin Mr. Ji turut dibawa ke Permatang Pauh.
  • Datin Seri Rosmah pernah meluahkan rasa bimbangnya kepada Datuk Kenneth sekiranya Datuk Seri Abdullah Badawi berkahwin dengan Jeanne. Datuk Kenneth kemudiannya memberi jaminan dia akan meminta bantuan bomoh Hindu itu untuk menghalang perkahwinan Abdullah dengan Jeanne.

Titipan di atas adalah akuan bersumpah yang tidak disiasat oleh PDRM kerana ianya melibatkan Datuk Seri Najib dan Rosmah Mansor. Cuba kita bandingkan dengan laporan berikut:

Polis menemui dua kertas putih dan sepotong kayu kecil, dipercayai dijampi, yang diselitkan secara misteri di bawah meja Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di bangunan Umno.

Ketua polis daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman hari ini dilaporkan mengesahkan penemuan objek tersebut, tetapi beliau enggan memperincikannya.

Menurut laporan Sin Chew Daily, skuad pemusnah bom polis Kuala Lumpur menemui objek misteri itu dalam pemeriksaan rutin mereka beberapa hari lalu di bilik mesyuarat Umno di tingkat 39 bangunan ibu pejabat parti.

Berdasarkan apa yang telah diperakukan melalui ‘Akuan Bersumpah’ oleh Mr. Thagarajoo, maka rakyat dapat membuat telahan siapakah yang cuba menggunakan ‘ilmu hitam’ atau ‘ilmu Setan’ terhadap Datuk Seri Abdullah Badawi. Mungkinkan orang itu terlalu rakus untuk menjawat jawatan perdana menteri.

Tahniah kepada pemimpin Pakatan Rakyat kerana pastinya mereka tidak terlibat dalam kerja-kerja khurafat dan syirik seperti itu.


Isu Ke Bukit Gantang : UMNO Bukan Parti Yang Berdisiplin dan SPRM Yang Melembu Lagi

UMNO sememangnya sebuah parti yang selama ini tidak berdisiplin. Gejala politik wang telah terlalu lama mendarah daging di dalam UMNO. Akibatnya pembersihan kecil yang cuba dilakukan oleh UMNO baru-baru ini sudah pasti menerima "tentangan", dan ini mengesahkan fakta bahawa UMNO tidak mungkin akan berjaya menghapuskan gejala politik wang di dalam partinya.

Berita terkini, Timbalan Ketua Perhubungan Umno Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin seperti dilaporkan oleh malaysiakini tidak menolak kemungkinan ada perwakilan ke perhimpunan agung Umno, yang akan mengusulkan pemansuhan Lembaga Disiplin Umno pula

Katanya, ini kerana akar umbi keliru dengan hukuman berbeza oleh lembaga tersebut walaupun mereka yang terbabit melakukan kesalahan yang sama.

Beliau merujuk kepada hukuman melarang Datuk Seri Mohd Ali Rustam bertanding jawatan timbalan presiden, sedangkan Khairy Jamaluddin hanya diberi amaran dan dibenarkan bertanding jawatan ketua Pemuda Umno Malaysia.

Kelmarin, Lembaga Disiplin Umno mengumumkan hukuman tersebut selepas kedua-duanya didapati bersalah melanggar tataetika berkempen dibawah fasal 10.1 yang melibatkan kesalahan pihak ketiga, iaitu ejen-ejen kempen mereka, dalam sogokan politik.

"Ada sesetengah (calon) yang kena, ada sesetengah yang tidak kena. Dan keputusan berbeza-beza telah menimbulkan kekeliruan kepada akar umbi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Ekoran itu, kata Zahidi yang juga ketua Umno bahagian Padang Besar, keputusan tersebut akan menghilangkan kepercayaan akar umbi kepada Lembaga Displin Umno.

Sehubungan itu, Zahidi berkata, perwakilan mempunyai kuasa untuk menentukan sama lembaga displin ini menguntungkan parti atau sebaliknya.

Sementara itu, ketua Pemuda Padang Serai, Ismadi Abu Talib berkata beliau kecewa kerana lembaga tersebut membuat keputusan siasatannya berhubung politik wang pada saat akhir bermulanya perhimpunan agung Umno.

"Saya tak suka lembaga disiplin membuat keputusan di saat akhir kerana keputusan tersebut akan mengecewakan sesetengah pihak. Keputusan sepatutnya dibuat dari awal," katanya.

Menurut Ismadi, akar umbi akan lebih menghormati lembaga displin sekiranya jawatankuasa tersebut membuat keputusan lebih awal berhubung isu tersebut.

Terlebih anih apabila Lembaga Disiplin apabila memutuskan Dato Seri Ali Rustam dilarang bertanding kerana disahkan terlibat dengan politik wang atau dengan perkataan lainnya "rasuah" Suruhanjaya Pencegahan "Rasuah" Malaysia (SPRM) berdiam diri.

Tetapi di Pulau Pinang, belum apa-apa lagi Pegawai SPRM Pulau Pinang telah menyoal beberapa orang ekoran dakwaan yang dibuat oleh ahli Angkatan Muda Keadilan Pusat, Amizudin Amat semasa mesyuarat penuh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) tehadap dakwaannya pemimpin PKR negeri Pulau Pinang "dipercayai" terlibat dengan unsur rasuah.

Bukankah benar tanggapan ramai yang SPRM itu lembu yang dicucuk hidungnya?



Susulan Lima Pemimpin UMNO Negeri Terlibat Politik Wang, Bahagian Paya Besar Gesa Agar Menteri Besar Pahang Meletakkan Jawatan

KUANTAN - Susulan lima pemimpin UMNO Pahang dikenakan tindakan oleh Lembaga Displin UMNO semalam, nampak kemelut parti itu kini semakin bertambah parah pula. Ia berikutan tindakan Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman yang menggesa supaya Menteri Besar Pahang Dato' Seri Adnan Yaakob (foto) meletakkan jawatan bagi mengambil tanggungjawab tersebut.


Ini kerana daripada lima yang terlibat empat daripadanya adalah merupakan Wakil Rakyat. Tambahan pula ia melibatkan bahagian yang sama iaitu Paya Besar yang diketuai olehnya. Ahmad Tajuddin yang juga merupakan bekas ADUN Lepar menyelar penglibatan pemimpin UMNO bahagian itu yang secara tidak langsung menjejaskan imej serta maruah parti berkenaan.


Semalam Lembaga Disiplin UMNO memutuskan Ahli Parlimen Paya Besar Datuk Abdul Manan Ismail digantung selama setahun, Ketua Pemuda Maran Mohamad Najuib Mohamad Shahaimi digantung keanggotaan selama tiga tahun manakala Timbalan Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah (ADUN Sg.Lembing), Naib Ketua UMNO Bahagian Paya Besar Mohd Shohaimi Jusoh (ADUN Lepar) dan Anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Paya Besar Mohd Zaili Besar (ADUN Panching) telah diberikan amaran semalam.


Menurut Ahmad Tajuddin, semua pemimpin terbabit sebenarnya mendapat "lesen" daripada Menteri Besar selaku Ketua Perhubungan UMNO Negeri untuk melakukan aktiviti rasuah tersebut. Tambahan pula dipercayai Datuk Manan adalah merupakan "proksi Adnan". Namun, beliau akhirnya ditewaskan oleh Ahmad Tajuddin yang sebelum ini telah mencetuskan kontroversi apabila meletakkan jawatan beliau selaku Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri Pahang.


Malah beliau selepas itu telah banyak membuka "fail-fail sulit" tentang penjualan tanah-tanah milik UMNO kepada bangsa lain seperti yang pernah disiarkan oleh media arus perdana sebelum ini. Beliau khabarnya tidak berpuas hati dengan MB kerana "memancung" karier politik beliau yang semakin memuncak. Tindakan Adnan yang memberikan kerusi DUN Lepar kepada calon lain amatlah tidak disenangi oleh Ahmad Tajuddin. Beliau akhirnya merangka strategi untuk memalukan Menteri Besar Pahang itu.


Hasilnya, beliau menang dalam perebutan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian terbabit. Ini memalukan Adnan dan amat mengecewakan Manan yang merupakan Ahli Parlimen kawasan terbabit. Kini wakil rakyat itu tidak memiliki sebarang jawatan lagi dalam UMNO bahagian Paya Besar setelah ditumpaskan oleh Ahmad Tajuddin dalam pemilihan lalu.


[Apakah tindakan Ahmad Tajuddin ini menggambarkan sudah mula wujudnya perpecahan besar dalam UMNO Pahang agaknya. Kami masih menantikan jawapan jujur dari Menteri Besar Pahang tentang desakan yang dibuat oleh Ketua UMNO Bahagian Paya Besar ini. Kami melihat Ahmad Tajuddin kini seolah-olah sudah mendapat "lampu hijau" daripada pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan kepimpinan Adnan Yaakob.


Jika beliau tidak berhati-hati dan membiarkan senario ini terus berlaku maka kempimpinan Adnan bakal berhadapan dengan masalah yang lebih besar selepas ini. Keretakan yang berlaku ini bakal membuka ruang untuk Pakatan Rakyat terus "mengganyang" UMNO Pahang sebenarnya. Bahkan kami juga sedang menyiasat beberapa perkara dan fail yang melibatkan Ahmad Tajuddin untuk didedahkan dalam masa terdekat ini].




UMNO-BN Akan Jadi Pembangkang

http://buletinonline.net/images/stories/berita2/DrAzman.JPGSetiu – UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) harus menerima hakikat parti itu akan menjadi pembangkang suatu hari, seawal Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.


Naib Ketua Pemuda PAS Setiu, Dr Azman Ibrahim berkata senario politik hari ini memberi petunjuk, UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) sedang menuju kehancuran.

“Kita (PAS) perlu menyedari, walaupun UMNO dan Barisan Nasional (BN) semakin gelisah menghadapi keadaan nazak dan mereka (BN) terpaksa menerima hakikat akan menjadi pembangkang suatu hari nanti dan mungkin seawal PRU 13,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Namun begitu, PAS dan Pakatan Rakyat tidak akan melalui jalan mudah sebagaimana untuk ke Putrajaya dan menjadi kerajaan persekutuan.

Beliau berkata UMNO-BN memang tenat dan peluang sembuh agak tipis tetapi tidak ada jalan mudah dan tidak ada istilah ‘automatic replacement’ dalam politik.

“Kita (PAS) perlu membuktikan bahawa bahawa PAS dan rakan Pakatan Rakyat mampu menjadi alternatif untuk mengisi ruang ‘vacum’ yang akan ditinggalkan UMNO-BN.

“Rakyat akan menerima kita sekiranya, PAS dan rakan Pakatan Rakyat dalam tempoh lebih kurang setahun ini benar-benar pakatan rakyat yang berjuang untuk kepentingan rakyat terutama rakyat ‘marhaen’ (bawahan),” ujarnya yang juga bekas calon PAS bagi DUN Jabi dalam pilihanraya umum lalu.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Setiu berpendapat rakyat perlu diyakini bahawa PAS dan Pakatan Rakyat tidak mengulangi kesilapan sama yang dilakukan oleh UMNO-BN.

“Kelemahan mungkin ada, atas sifat sebagai seorang manusia tetapi kelemahan dan penyelewengan adalah dua istilah berbeza.

“Buktikan kita (PAS) mampu menyuntik keyakinan bahawa Pakatan Rakyat mampu melaksanakan dasar dan perancangan dengan lebih baik, telus dan tidak berlaku ketirisan,” ujarnya.

Justeru itu, beliau mahu agar kehidupan pemimpin PAS yang kekal sederhana akan menyentuh serta menawan hati rakyat.

Katanya, letakkan masalah rintihan rakyat sebagai keutamaan kerana naluri kemanusian akan berterima kasih dan menghargai setiap kebaikan.




Cubaan BN Jatuhkan Kerajaan PR Di Selangor. Pengundi Bukit Selambau Perlu Tahu

Politik murahan - itu ungkapan yang diguna oleh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim terhadap tindakan Barisan Nasional memperalat agensi persekutuan untuk melancarkan program khusus menjatuhkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Selangor.

Anwar mendakwa beliau mempunyai dokumen berhubung satu mesyuarat yang diadakan oleh Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (PPNS) yang memperincikan program- program membabitkan agensi kerajaan.

Menurutnya, dokumen yang bertajuk "Pelaksanaan Program People Centric di Negeri Selangor" satu mesyuarat telah diadakan 26 februari lalu dan membabitkan Agensi Keselamatan Negara serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Program berkenaan dilaksanakan bagi menjatuhkan Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan Barisan Nasional menguasai negeri Selangor dan juga meraih kemenangan majoriti dua pertiga di Parlimen bagi pilihanraya akan datang.

PPNS adalah sebuah agensi Kerajaan Persekutuan bawah Jabatan Perdana Menteri yang sebelum itu ditubuhkan khusus bertujuan untuk bertindak sebagai medan perantaraan di antara Kerajaan Pakatan Rakyat dan Kerajaan Persekutuan.

Perkara ini telah pertama kali didedahkan di Dewan Undangan Negeri Selangor oleh Adun Kg Tunku, Lau Weng San.

Beliau saya menganggap tindakan yang dibuat adalah tindakan subversif dan tidak berdemokrasi. Beliau terkejut agensi keselamatan negara termasuk polis dan tentera diperalatkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat," katanya kepada media.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan usaha melalui pelaksanaan program yang sama telah dijalankan di negeri-negeri Pakatan Rakyat lain dan juga untuk menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak.



Pemimpin PKR dikepung penyokong Umno

Penyokong Umno berbaring di jalan, cuba menghalang ketua Angkatan Muda PKR keluar dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka selepas membuat aduan terhadap Datuk Seri Mohd Ali Rustam.


pkr pas umno ali rustam protest in melaka 180309 04Dua penyokong itu, daripada kira-kira 50 orang, berkumpul di depan pintu masuk kompleks suruhanjaya itu di Jalan Taming Sari di bandar Melaka tengah hari tadi.


Shamsul Iskandar Mohd Akin memberitahu Malaysiakini, beliau sewaktu kejadian berada di dalam sebuah kereta, ingin pulang selepas lebih sejam di pejabat SPRM mengadu kes politik wang ketua menteri Melaka.


Keretanya dikepung oleh penyokong-penyokong Umno itu dalam kawasan ibu pejabat SPRM, tambahnya.


Mohd Ali, juga seorang naib presiden Umno, semalam didapati bersalah mengamalkan sogokan politik oleh lembaga disiplin parti itu dan dilarang bertanding merebut jawatan timbalan presiden dalam pemilihan, hujung bulan ini.


pkr pas umno ali rustam protest in melaka 180309 03Shamsul Iskandar, yang berasal dari Melaka, berkata berlaku pertengkaran lebih kurang 15 minit di situ antara kira-kira 20 penyokongnya dengan kumpulan tersebut, yang dipercayai penyokong Mohd Ali.


Kumpulan itu, tambahnya, mula berkumpul sekitar kompleks itu mulai jam 12.30 tengah hari dengan membawa bendera Umno dan kain rentang menyatakan sokongan terhadap ketua menteri itu.


Identiti sebenar kumpulan itu tidak dapat dikenal pasti, kata Shamsul Iskandar lagi.


Beliau berkata, kumpulan yang menghalangnya itu mempersoalkan tindakan beliau membuat laporan kepada SPRM serta memberi amaran kepadanya supaya "jangan jaga tepi kain orang lain".


Akibat tindakan itu, berlaku perang mulut antara kedua-dua pihak menyebabkan suasana riuh-rendah.


Sepasukan 40 anggota polis datang meleraikan pertengkaran tersebut dan kedua-dua kumpulan itu kemudian bersurai.


Shamsul Iskandar berkata, sewaktu kekecohan itu, keretanya dibaling seketul batu yang menyebabkan cermin depannya retak.


pkr pas umno ali rustam protest in melaka 180309 01Beliau bercadang membuat aduan polis berhubung kerosakan tersebut.


Shamsul Iskandar juga menjelaskan, beliau tampil membuat laporan itu sebagai reaksi terhadap keputusan lembaga disiplin Umno semalam.


"Kalau lembaga disiplin Umno sendiri sudah putuskan perkara itu, takkan SPRM tidak boleh siasat?" katanya.


Dalam aduannya, pemimpin muda itu turut melampirkan laporan pelbagai akhbar hari ini yang menyiarkan keputusan lembaga berkenaan.


Beliau ditemani ketua Angkatan Muda PKR Melaka, Hairis Nordin dan ketua Pemuda PAS negeri Kamarudin Sidek ketika membuat aduan itu.


Anwar Ibrahim bimbang keselamatan Pak Lah




sin chew daily report on pak lah cursed jampi table materials in umno building 180309Polis menemui dua kertas putih dan sepotong kayu kecil, dipercayai dijampi, yang diselitkan secara misteri di bawah meja Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di bangunan Umno.

Ketua polis daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman hari ini dilaporkan mengesahkan penemuan objek tersebut, tetapi beliau enggan memperincikannya.

Malaysiakini : Kertas jampi di bawah meja Pak Lah?




Pantun berbalas kepada ali!

Hajat di hati nak peluk gunung,
Apakan daya tangan tak sampai
Dari semalam duduk termenung
Tiada lagi ketawa dan hilai

Cita-cita nak jadi TPM
Kempen di buat serata negeri
Jangan-jangan dicekup SPRM
Malu muka pucat gigi

Malunya muka kena tindakan
Tamak kuasa dan juga kedudukan
Ali Rustam letak jawatan
Itulah langkah mesti dilakukan

Buka tak malu muka tembok
Diri sendiri tiada maruah
Tiap hari buat-buat sibuk
Rupanya terlibat dengan rasuah

Rakyat segan ketua rasuah
Sudah rasuah tidak mengaku
Pemimpin kita tiada maruah
Tebalkan muka hendak merayu

Makan lada makan cili
Terasa pedas makan gula
Ketua Menteri tiada integriti
Lebih baik berhenti bertaubat segera

(muttaligat)


Ali dan penyokongnya sila la jawab...projek tak dapat dah...duit rasa dah bagi... aku syorkan ali kutip semula wang yang dah dibahagi!




Bakal PM: Zaid mahu Yang di-Pertuan Agong pilih "calon rakyat"

KUALA LUMPUR Ketika tinggal beberapa hari sebelum Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatannya, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berharap Yang di-Pertuan Agong akan melantik pengganti yang benar-benar dapat memenuhi kehendak rakyat jelata.


"Budi bicara melantik seorang Perdana Menteri yang akan menggantikan Abdullah terletak pada Yang di-Pertuan Agong.


"Walaupun Yang di-Pertuan Agong, di bawah Perlembagaan diperlukan untuk melantik seorang yang memperoleh keyakinan majoriti anggota Parlimen, ia hanya satu bentuk keputusan Yang di-Pertuan Agong," katanya.


Berucap pada majlis anjuran Rotary Club di sini, Zaid yang meletakkan jawatan ekoran isu syor pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tahun lalu memberitahu, tidak pernah dalam sejarah negara Yang di-Pertuan Agong diletakkan dengan tugas amat berat bagi Seri Paduka membuat keputusan berani dan yang tepat.


Tiada peruntukan perlembagaan bagi Yang di-Pertuan Agong untuk melantik Presiden Umno sebagai Perdana Menteri, kata beliau.


"Terdapat anggota-anggota Parlimen daripada kalangan Ahli Parlimen Umno yang layak untuk menjadi Perdana Menteri bagi membolehkan kita keluar daripada suasana yang tidak jelas," kata beliau yang juga bekas Ahli Parlimen.


Kata beliau, Malaysia memerlukan seorang pemimpin yang rakyat boleh berharap tanpa sebarang kesangsian.


"Seseorang yang mereka boleh percaya dan boleh hormat. Seseorang yang tiada skandal untuk beralih daripadanya dan oleh itu memperoleh penghormatan daripada masyarakat antarabangsa," katanya.


"Ini merupakan antara suasana sukar dan perlu bersedia untuk berhadapan dengan suasana lebih buruk yang bakal dialami.


"Malaysia memerlukan seorang pemimpin yang boleh menyatukan negara bagi menghadapi suasana malang. Kita akan lemah jika berpecah," kata bekas Ketua Umno Bahagian Kota Bharu.


Zaid telah dipecat dari Umno tahun lalu memberitahu, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak yang bakal menggantikan Abdullah akan memecahbelahkan rakyat negara ini.


Sebelum itu beliau melepaskan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan anggota Senat.


alaysia memerlukan seorang pemimpin yang rakyat boleh berharap tanpa sebarang kesangsian.
Malaysia memerlukan seorang pemimpin yang rakyat boleh berharap tanpa sebarang kesangsian.Seseorang yang mereka boleh percaya dan boleh hormat. Seseorang yang tiada skandal untuk beralih daripadanya dan oleh itu memperoleh penghormatan daripada masyarakat antarabangsa.Terdapat anggota-anggota Parlimen daripada kalangan Ahli Parlimen Umno yang layak untuk menjadi Perdana Menteri bagi membolehkan kita keluar daripada suasana yang tidak jelas - Zaid



Beberapa Keistimewaan Era Rasuah Sebelum Beralih Ke Era Najib Altantuya

UMNO menutup usia politiknya dengan mencipta Era Rasuah dalam politik Malaysia. Tidak perlu bercerita panjang tentang kehebatan UMNO dalam rasuah politik, yang menjadi kebanggaan para pemimpin dan ahli UMNO sendiri. Kata mereka, rasuah dalam parti-parti lain tidak diketahui, atau tidak dibincang secara terbuka, kerana parti-parti itu tidak telus dan tidak malu menutup rasuah dalam parti mereka.

UMNO lain, kata ketua-ketua UMNO dan ahli-ahlinya dengan bangga. UMNO telus dan jujur kepada rakyat, dengan mendedahkan keburukan di dalam UMNO supaya diketahui rakyat bahawa para pemimpin UMNO jujur dan tidak takut mendedahkan perangai rasuah mereka.

Inilah keistimewaan pertama UMNO pada saat-saat terhapusnya parti Melayu ini. Memang istimewa, kerana selama ini UMNOlah yang paling berapi-api menafikan adanya rasuah di kalangan mereka. Tidak ada politik wang, kata mereka dengan bangga.

Sekarang pula, mereka berkata dengan bangga: “Kita mengaku terdapat politik wang, tapi bukan rasuah. Kita telus dan jujur memberitahu rakyat kita pun sama dengan orang lain sukakan wang yang mudah diperoleh dengan adanya kuasa memerintah negara. Siapa boleh cabar kita? Kita boleh tumbangkan mana-mana kerajaan pembangkang yang tidak rasuah.”

Inilah keistimewaan UMNO yang patut dibanggakan: Tidak saja UMNO melaksanakan pembangunan negara, malah lebih istimewa lagi UMNO juga kini mengaku mereka melaksakan rasuah dalam negara dengan teratur dan menurut undang-undang. UMNO sangat tegas dalam melaksanakan undang-undang ini.

Satu sejarah baru telah dimulai oleh UMNO untuk mengugut lawan politiknya. Inilah keistimewaan kedua Era Rasuah UMNO. Seorang Ahli Parlimen digantung satu tahun tanpa gaji dan elaun kerana menuduh Datuk Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak terbabit dalam isu Siti Altantuya yang malang itu, yang datang dari Monggolia mencari kekasihnya dan wang sagu hati kerana telah melaksanakan tugas dengan baik dan memuaskan.

Penggantungan ini istimewa kerana motifnya untuk melampiaskan kemarahan UMNO terhadap Ahli Parlimen berkenaan dan bapanya yang tidak mengikut undang-undang walaupun beliau dan bapanya seorang peguam.

Tidak perlu mengikut peraturan biasa dalam melaksanakan penggantungan itu, kata Menteri yang membawa usul penggantungan itu dalam Dewan Rakyat. Peraturan dan undang-undang hanya melambatkan tindakan yang perlu disegerakan demi kebaikan rakyat dan demi menjaga maruah ketua UMNO yang difitnahkan. Inilah kehebatan Era Rasuah UMNO, yang menguasai Dewan Rakyat sejak Malaysia merdeka.

Yang paling istimewa di atas segala-galanya ialah usaha gigih UMNO menjadikan bahasa Inggeris bahasa glokal (?) Malaysia melalui pelaksanaan PPSMI, walaupun projek ini bertentangan dengan undang-undang yang diluluskan oleh UMNO sendiri (kata orang bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia dan menyalahi Akta Pelajaran).

Kata Dr. Mahathir Mohamed, hero UMNO yang melaksanakan PPSMI itu, bangsa Melayu mesti maju dalam ilmu sains dan teknologi dan matematik, yang hanya boleh dicapai melalui bahasa Inggeris. Rugi besar orang Melayu jika tidak tahu bahasa Inggeris, malah tidak cukup patriotik dan tidak nasionalistik sepertinya jika hanya tahu bahasa Melayu. Bahasa Inggeris kepunyaan semua manusia, termasuk orang Melayu.

Itu bahasa dunia. Zaman dulu, kata hero Melayu UMNO ini, orang putih dari Eropah belajar bahasa Arab kerana nak tahu ilmu-ilmu yang maju ketika itu yang tertulis dalam bahasa Arab. Ketika itu orang Eropah pandai berbahasa Arab dan semua mereka dapat memahami ilmu matematik, aljibra, ilmu perubatan kerana mereka belajar bahasa Arab.

Ketika itu sudah ada PPSMA dilaksanakan oleh kerajaan Eropah. Tidak ada yang membantah kerana yang betul-betul mendalami bahasa Arab hanya beberapa kerat ilmuan mereka, bukan semua rakyat Eropah seperti kini semua orang Melayu mesti tahu cakap Inggeris. Itulah keistimewaan Melayu yang dipimpin oleh UMNO.

Dalam Era Rasuah UMNO yang serba mungkin ini, hero Melayu yang istimewa ini (yang pernah dipanggil superman oleh Subki Latif dalam majalah Mastika lama dulu) adalah satu-satunya pemimpin UMNO yang tidak rasuah sedikit pun, malah dengan penuh jujur dia melepaskan jawatannya (sambil menangis terisak-isak dalam perhimpunan UMNO yang bersejarah itu) kepada penggantinya Mr. Clean yang kemudiannya dikutuknya sebagai Raja Rasuah yang mencipta Era Rasuah UMNO. Sungguh istimewa para pemimpin UMNO ini, kerana mengikut hero Melayu ini, seorang pemimpin UMNO boleh berubah sekelip mata dari Mr. Clean kepada Raja Rasuah.

Maka berwasiatlah hero Melayu ini kepada pengganti Mr. Clean alias Raja Rasuah supaya jangan ambil ketua-ketua UMNO yang rasuah yang semua orang tahu memang rasuah menjadi menteri dalam Kabinetnya, supaya UMNO tidak kalah besar dalam pilihan raya dan hapus dari arena politik Malaysia.

Ini satu keistimewaan yang sangat pelik: biasanya orang dari jahat menjadi baik, tetapi UMNO terbalik, dari “baik” menjadi jahat. Tidakkah rasuah itu jahat? Baiknya UMNO ialah para pemimpinnya mengaku mereka rasuah. Itulah kutukan terbesar yang boleh menimpa manusia apabila mereka dengan sedar mengaku kejahatan mereka dan meneruskannya dengan bangga kerana sangka mereka itulah kejujuran paling agung yang perlu dikekalkan. MashaAllah!



Tuan Guru Dato' Nik Aziz ke dunia blogger politik tanah air.

KOTA BHARU - Menteri Besar, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menyertai senarai komuniti blogger politik tanah air apabila melancarkan blognya sendiri pada 26 Mac ini.

Setiausaha Politik beliau, Anual Bakhri Haron memberitahu, medium Internet yang semakin besar pengaruhnya dalam masyarakat dapat dimanfaatkan seluas mungkin untuk menyebarkan wadah pemikiran pemimpin itu.

Katanya, sudah terdapat ramai ahli politik menggunakan kemudahan itu dan kini sampai masanya Menteri Besar itu bergerak seiring dengan perkembangan teknologi dan tuntutan keadaan semasa.

"Beliau (Dato' Nik Abdul Aziz) akan cuba menyampaikan pandangannya berhubung isu-isu semasa kepada masyarakat dan penyokong parti dengan lebih pantas dan jelas," ujarnya.

Anual Bakhri memberitahu Utusan Malaysia, ia juga akan memberi ruang kepada Dato' Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas selaku pemilik blog untuk menyeimbangkan informasi daripada segenap pihak terutama media.

"Kegiatan-kegiatannya dalam kerajaan dan parti serta ceramah-ceramahnya akan turut dipaparkan untuk rujukan masyarakat, para pengkaji atau mereka yang ingin membuat analisis," katanya.

Beliau memberitahu, melalui blog berkenaan, ia akan turut memudahkan pihak media mendapatkan ulasan Dato' Nik Abdul Aziz dalam pelbagai isu semasa yang berbangkit.

"Ia akan menjadi satu alternatif kepada pihak media sendiri bagi mendapatkan maklumat dengan lebih jelas dan mengelak daripada berlakunya kekeliruan, salah faham dan juga pentafsiran," ujarnya.

Katanya, blog itu buat permulaan tidak dibuka kepada pihak yang menjenguk laman untuk membuat sebarangan ulasan atau mengemukakan pandangan.

"Ia akan dilakukan secara berperingkat-peringkat dan pada masa depan, pandangan Dato' Nik Abdul Aziz juga akan turut diterjemahkan dalam bahasa Inggeris di samping penggunaan tulisan jawi.

"Ia selaras dengan dasar langit terbuka kini apabila masyarakat dunia boleh turut memahami dan mengetahui apa yang berlaku," ujarnya.

Katanya, blog ini akan dilancarkan oleh Dato' Nik Abdul Aziz serentak dengan pelancaran WiFi Aptus Net yang dikendalikan oleh syarikat Aptus Net Comunity.

Aptus Net Comunity merupakan sebuah anak syarikat Infra Quest milik penuh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).


Ulangtahun kelahiran MB Nizar di bawah pokok istimewa...

Petang semalam dekat bawah Pokok Demokrasi ada majlis potong kek, makan kek dan jugak makan-makan sampai kenyang. Majlis menyambut ulang tahun kelahiran MB Ir Nizar yang ke 52. aku sampai lewat. tengah jalan dah kena bantai dek hujan. Dugong Darat pulak bantai bawak kereta CyberBoron macam Skyline GTR. dia ingat kereta tu 4WD ka?

Masa aku sampai, majlis dah jalan. MSK pun dah sampai. Dugong drop aku tepi kemah, tapi tetap basah jugak.

Nak cakap ramai tu tak dak la. ada la dalam 30 orang yang datang. aku tengok Sivakumar pun ada. mana sekuriti guard dia yang depa dok kecoh ada sampai 20 orang tu? ceh... berita sewel.

Tak banyak sangat cerita dekat sana... ala, majlis makan-makan, mana dan nak sembang? kena pulk hari hujan... puh... ada kopi 'o' kaw sedap ni. tambah lagi ubi kayu rebus cicah dengan sambal tumis ikan bilis... umang aih... kecor ayaq liyor teman...

Makan-makan sapa sponsor aku tak tau. kambing ada, udang ada, kuih-muih ada, mi ada, bihun ada, nasik goreng ada, buah tembikai ada, macam-macam ada... Aku tengok YB-YB DAP, PAS ngan PKR pun ada. nama aku tak ingat.

Pilih jangan tak pilih...
Ni Birthday Boy... Selamat Panjang Umur Dato' Seri. semoga dipermudahkan oleh Allah dalam setiap urusan dan semoga setiap perancangan mendapat keberkatan dari Allah.

Hari ni semua YB-YB happy. masing-masing dok layan... santai sungguh...
Kek ni aku tak tau sape sponsor... aku tak sempat makan pun sebab sibuk dok snap gambar. semua orang happy, semua orang gembira.

Ulang tahun ke 52 Dato' Seri, ulang tahun pertama Dato' Seri sebagai MB Perak dan yang specialnya bila majlis dibuat bawah pokok demokrasi. hangpa agak lepas ni ada tak keluar arahan supaya pokok tu ditebang?

Ni photo yang paling aku suka... 3 bangsa - Melayu, Cina dan India... ini baru kita panggil perpaduan. dalam Pakatan Rakyat je ada benda ni. dalam UMNO/BN depa dok salak je perpaduan tiap-tiap hari, tapi cuba hangpa pi jenguk dalam blog pro UMNO/BN. tak habis-habis dok pelaga melayu dengan cina, melayu dengan india... perpaduan kepala taik hangpa..!

Dia ni aku dok perati, tiap kali gelak mesti katup mata. hahaha...!!! jangan marah YB..!

Pokok perpaduan tersergam indah. kalau panas boleh berteduh, kalau hujan pun boleh berteduh... kalau kunci Bangunan SUK kena kunci pun boleh jugak berteduh. tapi ada mangkaq-mangkaq yang takut dekat pokok ni.

Masa balik aku perati je Sivakumar, saje nak skodeng yang mana satu bodyguard dia... aku ingat nak ambik gambar buat kenangan... bukan senang nak ambik gambar Speaker dengan 20 orang bodyguardnya...

Hampeh... Siva datang naik keretaa Perodua Kelisa je... ceh... koman punya Speaker... macam mana nak lawan UMNO/BN ni..? lenkali pakai la Porsche Cayenne Turbo, baru la ada class..! hahaha...!!!

Oi..! boleh muat ke Siva dengan 20 orang bodyguard dia dalam Perodua Kelisa tu? ntah... hat tu kena tanya orang UMNO/BN...

Ingat geng... tak dak pokok, tak dak oksijen.


Halatuju PAS, Hamas sama

http://buletinonline.net/images/stories/berita2/HamasUnwrittenChapters.jpgKuala Terengganu – Al- Harakah al-Muqawwamah al-Islamiyah atau Hamas yang wujud di Palestin hari ini mempunyai halatuju yang sama dengan gerakan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di negara ini.

Tekanan, halangan serta ancaman yang dihadapi oleh gerakan Islam Hamas di Palestin oleh tentera zionis Israel kerana mempertahankan Islam sama seperti yang dialami oleh PAS di Malaysia.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata Hamas boleh bertahan dari serangan Israel meski pun tanpa persenjataan berat kerana Islam.

Katanya, Hamas telah meletakkan asas perjuangan Islam dilandasan yang betul dengan mengharapkan kemenangan atau mati syahid.

“Kenapa Hamas boleh bertahan daripada serangan Israel walau pun Hamas tidak mempunyai senjata berat seperti kereta kebal, helikopter dan lain-lain.

“Kita (PAS) telah diberitahu oleh pemimpin Hamas bahawa mereka meletakkan perjuangan Islam dilandasan yang betul.

“Mereka (Hamas) berjuang menentang Israel sama ada akan mencapai kemenangan atau mati syahid di Palestin,” jelasnya ketika berucap pada Majlis Penutup Kempen Rayuan Gaza Air Mata Palestin, anjuran Yayasan Amal Malaysia (Amal) di Kampung Gelung Bilal, dekat sini, baru-baru ini.


Menurutnya, asas perjuangan Hamas di Palestin adalah sama dengan dasar dan gerakan PAS di negara ini yang sama sekali menentang kezaliman Israel.

Beliau yang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok secara terbuka berkata PAS menyokong serta mengiktiraf perjuangan Hamas di Gaza, Palestin.

Ini kerana, katanya gerakan Islam Hamas merupakan tunggak bagi mempertahankan Masjid al-Aqsa di Palestin.

Hadir sama pada majlis tersebut Naib Presiden PAS Pusat, Mohamad Sabu, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustafa Ali dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut.

Buletinonline di maklumkan sumbangan serta kutipan derma yang dilancarkan selama sebulan bagi mengumpul dana Rayuan Gaza, Palestin tersebut mencecah angka melebihi RM350,000 serta melepasi sasaran awal RM250,000 di negeri ini.




Projek 'Mee Jenis Lain' Rancak di Bkt Selambau

TERKINI SUASANA PEKAN BUKIT SELAMBAU
oleh N25 Bkt Selambau




Beginilah keadaan jalan menuju ke pekan BUKIT SELAMBAU. Mungkin ini bukan projek 'mee segera' tetapi 'mee yang jenis lain'. Jalan sudah di turap dengan kemas hanya menanti petugas PARTI POLITIK BERKEMPEN DI BUKIT SELAMBAU.


Sudah ada pondok polis didirikan di dalam PEKAN BUKIT SELAMBAU.Ini semestinya menjadi tanda tanya kehadiran pihak polis yang begitu awal.Jika di imbau apa yang berlaku di PRK KUALA TERENGGANU melihatkan kehadiran anggota POLIS yang luar biasa sehinggakan mencecah 10 ribu orang anggota.Adakah BUKIT SELAMBAU akan menerima nasib yang sama?menerima kehadiran ANGGOTA POLIS yang begitu ramai.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .