Ikuti Blog ini

UMNO-BN Akan Jadi Pembangkang

http://buletinonline.net/images/stories/berita2/DrAzman.JPGSetiu – UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) harus menerima hakikat parti itu akan menjadi pembangkang suatu hari, seawal Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.


Naib Ketua Pemuda PAS Setiu, Dr Azman Ibrahim berkata senario politik hari ini memberi petunjuk, UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) sedang menuju kehancuran.

“Kita (PAS) perlu menyedari, walaupun UMNO dan Barisan Nasional (BN) semakin gelisah menghadapi keadaan nazak dan mereka (BN) terpaksa menerima hakikat akan menjadi pembangkang suatu hari nanti dan mungkin seawal PRU 13,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Namun begitu, PAS dan Pakatan Rakyat tidak akan melalui jalan mudah sebagaimana untuk ke Putrajaya dan menjadi kerajaan persekutuan.

Beliau berkata UMNO-BN memang tenat dan peluang sembuh agak tipis tetapi tidak ada jalan mudah dan tidak ada istilah ‘automatic replacement’ dalam politik.

“Kita (PAS) perlu membuktikan bahawa bahawa PAS dan rakan Pakatan Rakyat mampu menjadi alternatif untuk mengisi ruang ‘vacum’ yang akan ditinggalkan UMNO-BN.

“Rakyat akan menerima kita sekiranya, PAS dan rakan Pakatan Rakyat dalam tempoh lebih kurang setahun ini benar-benar pakatan rakyat yang berjuang untuk kepentingan rakyat terutama rakyat ‘marhaen’ (bawahan),” ujarnya yang juga bekas calon PAS bagi DUN Jabi dalam pilihanraya umum lalu.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Setiu berpendapat rakyat perlu diyakini bahawa PAS dan Pakatan Rakyat tidak mengulangi kesilapan sama yang dilakukan oleh UMNO-BN.

“Kelemahan mungkin ada, atas sifat sebagai seorang manusia tetapi kelemahan dan penyelewengan adalah dua istilah berbeza.

“Buktikan kita (PAS) mampu menyuntik keyakinan bahawa Pakatan Rakyat mampu melaksanakan dasar dan perancangan dengan lebih baik, telus dan tidak berlaku ketirisan,” ujarnya.

Justeru itu, beliau mahu agar kehidupan pemimpin PAS yang kekal sederhana akan menyentuh serta menawan hati rakyat.

Katanya, letakkan masalah rintihan rakyat sebagai keutamaan kerana naluri kemanusian akan berterima kasih dan menghargai setiap kebaikan.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .