
Mereka yang memberi keterangan secara berasingan di ibu pejabat SPRM Perak di sini, adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kepayang, Loke Chee Yan; Adun Tebing Tinggi, Ong Boon Piow; Adun Bercham, Sum Cheok Leng dan Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai.
Jawatankuasa berkenaan yang dipengerusikan Speaker dewan, V Sivakumar, membuat keputusan berkenaan berikutan aduan Adun Canning, Wong Kah Woh, terhadap kesemua Zambry dan enam yang lain daripada Barisan Nasional yang didakwa menghina Dewan kerana menerima pelantikan jawatan masing-masing.
Seorang lagi ahli jawatankuasa itu, Adun Selinsing, Husin Din sudah disoal oleh SPRM di rumahnya pada 17 Mac lalu manakala Sivakumar sudah memberi keterangan di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di sini pada 26 Februari.
Pegawai SPRM enggan mengulas mengenai siasatan berkenaan.